WARNING!! DANGER!!
Prison School [slow-update]Aku berdiri disebalik pokok yang berhadapan Polar HighSchool. Sekolah ini betul-betul berada ditengah-tengah hutan. Ia agak jauh dari bandar, lebih kurang 6KM . Kini, aku memerhati sekolah tersebut. Ia sunyi seperti tiada penghuni didalamnya. Tetapi pintu pagarnya terbuka luas. Ni bukan sekadar sekolah biasa, mana ada sekolah yang didirikan ditengah hutan dan tiada satu penghuni yang ada disini, pasti ada sesuatu menarik didalam sekolah ni! Nampak macam sekolah biasa tapi ia lebih mirip seperti penjara.
“TRUU! TRUU! TRUU!”
Telefonku berbunyi, aku segera mengangkatnya.
“[Min??!! Kau masih hidup?]”
“a-ayaahh??!! Asal telefon Min waktu genting macam ni??!”
“[hurrff...baguslah..kau masih hidup, maksudnya kamu belum masuk sekolah lagi ke??]”
“ya...Min nak cuba ingat semua bentuk persekitaran luar sekolah je”
“[hmm? Persekitaran luar sekolah? Buat apa?]”
“penyiasat...tidak akan pernah membiarkan rancangannya terbongkar..kerana ia rahsia..”
“[waaaahhh!! Kenapa tak nak bagitahu?? Ni ayah kamu!! Bagilah tahu!!!]”
“nope! maaf...dan..Min janji akan pulang ke rumah...jangan risaukan Min..”
“[ayah tahu....selamat jalan Min..]”
“ermm....terima kasih ayah...”
Aku tersenyum sendiri lalu segera mematikan panggilan dari ayahku. Aku pasti akan berjaya selesaikan kes ni, tunggu dan lihat.
“anak mudaa!!!!”
Seorang nenek tua berada dibelakangku. Aku terkejut lalu memalingkan wajahku ke belakang. Wajahnya yang bengis, matanya yang hitam, dan tidak mempunyai pergelangan tangan disebelah kirinya. Tetapi dia tidak kelihatan kotor. Berada di hutan, pasti akan membuatkan badan menjadi berpeluh dan berbau, tapi nenek ini lansung tidak berbau busuk. Sesuatu yang tak kena dengan nenek ni. Tetapi aku tidak mempunyai waktu yang lama, aku patut segera masuk ke sekolah sebelum pintu pagar akan tutup!
“nenek?? Saya pergi dulu!!”
“ooiiii!!!! jangan pernah kau jejak kaki ke dalam sekolah ni!!! Jangan sesekali!!”
“errkkk!!”
Aku tiba-tiba menjadi kaku, biar betul!! garangnya nenek ni! Bila aku lihat nenek ni, dia dipenuhi perasaan marah, benci terhadap sesuatu atau aku sendiri. Dia ni, ada kaitan dengan sekolah ni ke?? Tiba-tiba muncul entah dimana, ni membuatkan
Comments