Situasi 9

Short Random Fanfiction

 

SITUASI 9

Berjumpa dengan Tok Bomoh.

 

Situasinya berlaku bila Ken dan Hong Bin merasakan yang kawan baik mereka bernama Ravi selalu dirasuk hantu setiap malam. Mereka berdua berasa sangat penat untuk menenangkan budak histeria itu maka mereka berdua mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan tok bomoh N. yup, tok bomoh ini dikenali dengan huruf  N.

 

“Tak faham betul lah aku, kenapa kita kena jumpa dengan tok bomoh yang nama nya pelik. Kenapa N, bukan J ke, K ke, M ke, isshhh, baik letak nombor terus aku benci alphabet,” bebel si Ken tak habis-habis dari tadi lagi. Dia yang sememangnya tak berpuas hati dengan cadangan Hong Bin kerana ingin berjumpa dengan tok bomoh yang pelik itu.

 

“Kau ni boleh tak berhenti merungut, kita ni nak kena cari benda yang diminta oleh tok bomoh itu.  Kalaulah kita tak berjumpa dengan dia, siapa lagi yang nak  tolong si Ravi dari Bombay itu   yang dirasuk histeria malam-malam, ish,ish,” Hong Bin mengelengkan kepala melihat telatah rakannya yang suka membebel itu.

 

“Kenapa kau kata Ravi dari Bombay?” soal Ken kehairanan.

 

“Dah nama dia macam india, kau tak rasa yang dia tu dari Bombay ke?” persoalan yang dituju oleh Hong Bin itu dibiarkan tergantung  kerana Ken malas nak masuk campur tentang asal usul si Ravi itu.

 

“Apa yang tok bomoh itu nak?”  tanya Ken.

 

“Dia kata nak ayam KFC bucket satu, bubble tea perasa jagung plus strawberry satu dan juga satu peginapan percuma. Pelik betul tok bomoh ni, bukannya kalau tok bomoh aku tengok dalam cerita seram dekat TV tu dia minta ayam panggang dengan pulut kuning kan?”

 


“Hello, ada orang tak? Tok oh Tok bomoh, hang kat mana Tok Bomoh oiii,” laung si Hong Bin depan rumah Tok bomoh N itu. Manakala si Ken itu sedang bersusah payah memegang KFC bucket dan sebagainya.

 

Pintu rumah Tok Bomoh N itu terbuka dengan sendirinya terkejutlah dua orang manusia itu, maka mereka segera masuk ke dalam rumah itu. Kelihatan Tok bomoh N sedang mengoncangkan buah kelapa dan dirinya dikepung oleh asap.

 

“Kamu berdua ada bawak tak apa yang Tok minta?” soal N yang terpenjam mata sambil mulutnya kumat kamit membaca mentera yang tak difahami oleh semua orang.

 

“ADA!” segera dan serentak jawapan yang diberikan oleh Kent dan Hong Bin ‘Kong’.

 

“Nama awak Hong Kong kan?” soal tok bomoh N itu.

 

“Hong Bin lah…”

 

“Okey, tutup pintu dan semua tingkap. Tok nak mula bomohkan kawan kamu ni,” arah tok bomoh N dengan segera.

 

“Tok ada ben..da bela…kang tok,” ujar Kent dengan tergagap gagap.

 

“Alah, kain langsir aje tu,” jawab tok bomoh N dengan yakinnya.

 

Tetapi keyakinannya mula hilang apabila ada tangan menyentuh bahunya. Tok bomoh N yang sudah mula rasa takut dan saat ini dia rasa nak terkencing pun ada terus berpaling. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat hantu perempuan berambut panjang di belakangnya.

 

Apa lagi, dengan terkejutnya tok bomoh N membaling buah kelapa nya itu ke arah hantu tadi.

 

“ARhh! Hantu, lari kau, lari!!!,” N menejrit dan melolong. Dia yang kehilangan akal itu terus terjun melalui tingkap rumah dan balik ke rumah neneknya.

 

“Apa punya tok bomoh lah, takut hantu. Macam mana nak halau hantu,” bebel si Hong Bin sambil makan ayam KFC yang dibawa tadi. Tanpa dia sedar Ken pun sudah hilang sama.

 

“HAI!!!” sapa hantu itu kepada Hong Bin.

 


A/N: Khas untuk yang request VIXX. Maaf jika menghampakan anda semua. Enjoy ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
vixxobang #1
Chapter 11: Omo...Sica yah! Tutup mata anda...x'D
imraen_
#2
Chapter 11: Inilah yang dikatakan orang tua tak sedar diri.

ayat perli yg mmg menusuk jiwa bhai . bwahahahaha
hyeora99
#3
Chapter 5: “YAH! Siapa punya saka yang buat kerja ni?” marah Pengetua Sekolah itu, lebih menyedihkan lagi bikini V dan Jin yang sedang berenang bersama dengan buih itu terus melayang hingga ke muka pengetua sekolah tersebut menyebabkan dia diketawakan.

lesian pengetua XDXDXD adoiii tergelak tak henti-henti!
hyeora99
#4
Chapter 4: “Apa punya beritalah. Penyanyi terkenal tanah air iaitu Oh Sehun baru pandai masak nasi di dormnya. Ini pun nak bagitahu. Tao bakal buka Zoo Panda di belakang rumahnya. Ini sahih ke tak?” bebel Ryeowook seorang diri yang sedang khusyuk membaca surat khabar tidak bernama itu.

saya gulin-guling baca part ni XDXDXD waduhhh gawat *terindon pulak* XDXDXD SERIUS XDXD
vixxobang #5
Chapter 9: Lol...bleh plak hantu tu tegur hongbin...x'DD
Chocolate_Crush
#6
Chapter 10: Kris, nk troll Chenchen?
huhu...
Dragneel09 #7
Chapter 10: Hoi kris....kau tau kan yg kau memang xdpt nk troll blik troll king chen tu XD.....hahaha
AszSoo_ChanAszTaeAsz #8
Chapter 9: serius sakit perut gelak ! daebak !