Situasi 1
Short Random FanfictionSITUASI 1
Situasi Sehun ingin pergi makan gulai di rumah kawannya.
Sehun mengajak Kai dan Tao pergi makan gulai tetapi dia tidak tahu nak pakai baju apa, maka dengan pertolongan dua orang manusia yang boleh dikategorikan sebagai genius itu telah mencadangkan Sehun untuk pakai kain pelekat dengan baju batik. Kelas kau Sehun.
"Hyung kenapa Sehun rasa pelik pakai baju ni?" tanya Sehun membetulkan baju batiknya dengan kain pelekat yang hampir nak terlondeh itu.
"Itu fesyen legenda Mak Jemah, kau tak tahu ke?" kata Tao sambil membaiki rambutnya.
"Sehun pakai kasut boot yang Atok pakai time pergi kebun ni sekali," kata Kai lalu menghulurkan kasut boot itu kepada Sehun.
Sehun yang sudah siap pakai kasut boot, berkain pelekat dan berbaju batik dengan yakinnya pergi makan gulai ke rumah kawannya, Tao dan Kai hanya ikut secara jauh dari belakang. Bimbang di copkan sebagai makhluk gila dalam abad ini.
"HAHAHAHAHAHA," Sehun sudah diketawakan oleh semua orang di tempat makan gulai tadi. Ada yang tercekik daging kambing kerana terlalu kuat ketawa sambil makan gulai, ada yang tersembur air, ada yang sudah jatuh gigi palsu kerana terkejut melihat Sehun. Mujurlah tak ada yang telefon hopital bahagia sekarang!
Comments