Situasi 6

Short Random Fanfiction

 

SITUASI 6

Menolong kereta yang rosak.

 

Di sebuah jalan kampung yang tenang kelihatan sebuah kereta sedang memandu dengan berhati-hati. Dalam kereta tersebut terdapat beberapa orang pemuda yang sangat derp tahap yang tak dapat digambarkan. Seorang pemandu bernama Kyuhyun diikuti penumpang di sebelahnya ialah Siwon yang banyak duit sedang tidur. Manakala penumpang lain pula ialah Henry, Shindong dan Heechul. Semua kelihatan sangat penat kerana baru lepas balik memancing di loji kumbahan.

 

“Menyesal aku ikut korang pergi memancing dekat loji kumbahan tadi, ikan tak dapat. Entah apa yang kita semua dapat,” bebel Heechul sambil mencebik.

 

“Ini semua Henry punya idealah,” kata Shindong.

 

“Dah aku tengok dalam kartun banyak giler diorang dapat tangkap ikan dekat loji kumbahan itu, aku apa lagi suggest lah dekat korang semua, fuhuhuhu,” ujar Henry bersahaja.

 

Disebabkan itu Heechul dan Shindong terus mengetuk kepala Henry yang sedang duduk di antara mereka berdua. Bergoyang-goyang kereta itu.

 

“YAH! Korang boleh diam tak, dah lah aku kena memandu,” marah Kyuhyun.

 

“Diamlah Magnae,” bidas Heechul.

 

“KYUHYUN!!!!!!!! BERHENTI!!!!!!!!!” Tempik Henry dan Heechul dengan sekuat-kuatnya menyebabkan Siwon terjaga dari tidurnya manakala Kyuhyun terpaksa buat brek mengejut.

 

“Ada apa?” tanya Kyuhyun dengan benggang.

 

“Tu ada kereta rosak, jom kita pergi tolong dia,” kata Heechul dan segera turun dari kereta.

 

 

“Kenapa ni pak cik?” tanya Heechul.

 

“Dah kau nampak kereta aku rosak, rosaklah maknanya. Ke kau nampak aku tengah jual air kat tengah jalan ni,” jawab Pak Cik itu dengan kasar dan tidak berbudi bahasa sekali.

 

“Ingatkan pak cik tengah mandi tadi,” kata Shindong sambil ketawa.

 

“Pak cik, saya ada idea macam mana nak tolong pak cik,” kata Kyuhyun.

 

“Macam mana?”

 

“Pak Cik masuk dulu dalam kereta,  dan tengoklah macam mana saya tolong,” Kyuhyun segera masuk ke dalam keretanya itu. Yang lain hanya memandang pelik antara satu sama lain.

 

Kyuhyun terus meletakkan keretanya dekat-dekat di belakang kereta pak cik itu dan sesautu yang tidak di jangka oleh pak cik itu dan yang lain ialah apabila Kyuhyun melanggar belakang kereta itu. disebakan impak langgaran bumper kereta Kyuhyun dan Pak Cik itu, kereta pak cik itu bergerak ke depan.

 

“Yah! Kyuhyun kau buat apa tu? Musnahkan kereta pak cik ni ke?” marah SiWon yang berada di luar itu.

 

“Taklah, aku tengah tolong pak cik ni lah, kau tak nampak ke. Aku langgar belakang kereta pak cik ini supaya kereta ini bergerak, so senang lah kereta pak cik ini nak jalan.”

 

“Ada jugak manusia sebodoh ini,” kata Heechul sambil menggelengkan kepalanya.


#Failed

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
vixxobang #1
Chapter 11: Omo...Sica yah! Tutup mata anda...x'D
imraen_
#2
Chapter 11: Inilah yang dikatakan orang tua tak sedar diri.

ayat perli yg mmg menusuk jiwa bhai . bwahahahaha
hyeora99
#3
Chapter 5: “YAH! Siapa punya saka yang buat kerja ni?” marah Pengetua Sekolah itu, lebih menyedihkan lagi bikini V dan Jin yang sedang berenang bersama dengan buih itu terus melayang hingga ke muka pengetua sekolah tersebut menyebabkan dia diketawakan.

lesian pengetua XDXDXD adoiii tergelak tak henti-henti!
hyeora99
#4
Chapter 4: “Apa punya beritalah. Penyanyi terkenal tanah air iaitu Oh Sehun baru pandai masak nasi di dormnya. Ini pun nak bagitahu. Tao bakal buka Zoo Panda di belakang rumahnya. Ini sahih ke tak?” bebel Ryeowook seorang diri yang sedang khusyuk membaca surat khabar tidak bernama itu.

saya gulin-guling baca part ni XDXDXD waduhhh gawat *terindon pulak* XDXDXD SERIUS XDXD
vixxobang #5
Chapter 9: Lol...bleh plak hantu tu tegur hongbin...x'DD
Chocolate_Crush
#6
Chapter 10: Kris, nk troll Chenchen?
huhu...
Dragneel09 #7
Chapter 10: Hoi kris....kau tau kan yg kau memang xdpt nk troll blik troll king chen tu XD.....hahaha
AszSoo_ChanAszTaeAsz #8
Chapter 9: serius sakit perut gelak ! daebak !