Anak ayam

Chibi Jun-Chan!

Dalam perjalanan pulang ke kampung, bukan mereka berempat sahaja yang berada di dalam kereta. Tanpa disedari oleh Jun dan Jay, Papa Rapmon dan Mommy Jin membawa sekotak anak ayam- maksud saya 12 anak ayam yang diletak di dalam kotak. Bunyi chirp chirp anak ayam yang becok tu memang ada, tapi Jun fikir tu bunyi wiper kereta dan Jay sedang mendengar lagu meggunakan earphonenya.

 

 

Pen pen pen! Kereta keluarga Kim masuk ke perkarangan rumah nenek Kai. Nenek Kai yang ketika itu sedang menanam ubi kayu segera memaling ke belakang. Dari minggu lepas lagi dia sudah diberitahu, mereka mahu datang. Kelihatan matanya bersilau-silau bak permata intan. Cangkul yang dipegangnya tadi dicampak ke dalam longkang.

 

 

"Hai mak!!!!!" Jerit Rapmon dan Jin seretak selepas sahaja keluar dari perut kereta.

 

 

"Hai uols!!!" Balas nenek Kai lalu memeluk anak dan menantunya itu.

 

 

"Eh, mana budak-budak tu? Takkan lah tetinggal dekat rumah?" Kai menjongketkan kakinya untuk melihat kelibat Jun dan Jay.

 

 

"Sini nek sini!" Jerit Jun yang tergesa-gesa keluar lalu memeluk neneknya.

 

 

"Ah kau yang tak aci! Cik Su yang menang bukan Cik Ji!" Jerit Jay dari dalam kereta. Dia segera membuka pintu kereta dan *pup* kepalanya terlanggar bumbung kereta, "mommy!!!!! Kepala!! Wuuu!!!" Jay mula menangis tresak-esak ditemani dengan gelakan maut semua orang.

 

 


 

 

Setelah beberapa jam menunggu, akhirnya keluarga Irene pula yang datang. Jun yang sedang bermain-main dengan ayam lantas berdiri setegak tiang wifi lalu membersihkan dirinya. Mana taknya, pujaan hati nak datang woi.

 

 

"Ehem ehem." Jun berdehem sebelum membuka langkah. Dia sebenarnya tidak perasan akan kehadiran lopak di hadapannya. Maka terjadilah kejadian yang sungguh dramatik. Jun tergelincir. Lebih sadis lagi, punggung dia yang jatuh dulu!

 

 

"Bodoh la lopak ni! Aku saman karang! Nasib kau lopak! Ish!" Nasib baiklah dia berada di kebun. Jauh dari kereta pakcik Sehun iaitu ayah kepada Irene. Jun bangun pelahan-lahan sambil memegang punggungnya. 

 

 

"Huhuhu taknak jadi bongkok..." Rungutnya lalu jalan terbongkok-bongkok. Untunglah, dekat je dengan pintu belakang kalau tak dah pengsan agaknya si Jun tu.

 

 


 

 

Selepas sahaja Jin memandikan anak jantannya sorang ni, siapa lagi kalau bukan Jun! Jun terus berlari ke ruang tamu untuk bersalam-salaman dengan keluarga pakcik Sehun. Hahaha dapat jumpa Irene!

 

 

Meeudon: Tak malu dah besar gorila pun nak suruh mak mandikan.

 

Jun: Ah sukati ah! Masa tu aku bongkok mana dapat mandi sorang-sorang! Kau tu nama macam makanan!

 

 

Nasiblah, penyakit bongkok Jun kembali pulih (penyakit ke? Lol) setelah Jin ..entah la, dia jampi kot. Kalau aku jahat dah lama aku buat si Jun ni bongkok sampai ke tua.

 

 

"Irene Irene! Kau nak tengok tak ayam aku?" Jun meluru ke pintu hadapan ditemani oleh Irene.

 

 

"Nak nak! Mana?" Soal Irene dengan penuh gummmbiraaa.

 

 

"Dekat kebun nenek. Jom." Jun dan Irene menyarung selipar jepun mereka lalu berlari menuju ke kebun nenek Kai.

 

 

"Ni haa! Warna-warni lagi tau! Tadaa!!"

 

 

"Wah! Jun nak pegang warna pink!" 

 

 

"Orait! Tunggu ye aku kejar-" 

 

 

*prak* Jun terpijak seekor anak ayam yang berwarna biru.

 

 

"Omg...." Jun menaikkan semula kakinya. Muka dia dan Irene berubah menjadi pucat lalu mereka berdua berpandangan sesama sendiri.

 

 

"A-aaaaaa...aku terpijak! Betul!" Jun mengangkat tangan kanannya dan berundur perlahan-lahan.

 

 

"Err.....kita kena kuburkan dia cepat! Nanti orang perasan!" Bentak Irene.

 

 

Mereka berdua pun bertungkus-lumus menanam anak ayam yang baru sahaja dipijak oleh Jun. Walaupun agak sedih tetapi mereka perlu terima keadaan. Selepas kejadian itu, Jun agak trauma untuk bertembung dengan anak ayam. Walau bagaimanapun, rahsia tersebut tetap terkunci di dalam hati Jun dan Irene kerana takut akan dibebeli dan dimarahi oleh nenek Kai kerana berkelakuan kejam terhadap haiwan dan mereka takut masuk lokap akibat kelakuan mereka itu. Terima kasih kepada Irene kerana tidak mengadu kepada nenek Kai.

 

 

Selepas itu juga, Rapmon dan Jin berasa pelik kerana ayam yang dibeli oleh mereka tinggal 11.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
meeudon
Chapter 5 (hantu maggi) will be released tonight! Stay tuned!

Comments

You must be logged in to comment
starlight_miss
#1
Chapter 9: ujian dan exam? lol! XD
aquariusxpisces
#2
Chapter 6: HAHAhahaha XS
aquariusxpisces
#3
Chapter 5: Hahahahahh XD kelakar tahap gaban XD gila lah!!!
minlee123 #4
Chapter 8: Sampai sekarang x suka mkn sayur cuma mkn sayur kubis dgn carrot je
jiumin #5
Chapter 7: Lulz.. Teringt kecik2 dulu... Selalu sgt buat mcm tu..
minlee123 #6
Chapter 7: Gila punya org
jiumin #7
Chapter 6: Terserah lah kt awok nk subscriber-only ke ape ke.. Tpi subscriber-only pun bagus jgk! Dpt karma~~ lulz...
Apa2 pon update lah lagi~~ buat lah long chapter.. Huhu
UUUUUUUU #8
Chapter 6: hahaha
yang time racing titik air tu serius aktiviti saya dalam kereta daripada kecik sampai.... sekarang hahaha
author jjang!!
minlee123 #9
Chapter 5: jay dah tergila2 kat suraya tu ke mcm nama kawan sy je
minlee123 #10
Chapter 4: mark pun ade yeah tapi buat lah chapter dia sekali