Satu-Aku dan Dia

Our Love Story (Re-write)
Please Subscribe to read the full chapter

     Angin sejuk menyapa diriku membuatkan aku berasa kesejukan lalu segera aku berpeluk tubuh bagi mengekalkan suhu badan aku. Dari tadi aku hanya bersin tanpa henti kerana kesejukan. Mata kuyu aku memandang langit yang gelap. Jam tangan aku lirik lalu aku melepaskan keluhan.

     Sekali lagi angin sejuk menyapa diri aku. "Sejuknya. Dah sejam aku tunggu tapi hujan masih tak berhenti. Aku patut buat apa?" aku merungut. Mata aku beralih memandang kafe siber yang sudah tutup. Sekali lagi aku mengeluh. "Younghee! Sebelum keluar tu bawa payung. Omma tengok langit ni mendung semacam." Kata-kata omma terngiang di fikiranku. Omma dah pesan suruh bawa payung tapi aku lupa. Haih! Betul apa kata Hyejin yang aku ni nyanyuk. Aku mengetuk perlahan dahi aku dek geram.

     "Dah lama tunggu?"

     Aku segera mencari suara itu. Muka aku dipalingkan ke arah suara itu. Kelihatan seorang lelaki dengan berpakaian sweater hitam dan jeans berdiri di belakang aku. Berkerut dahi aku memandang lelaki tersebut. Disebabkan tiada perasaan ingin tahu,aku kembali memandang ke hadapan. Sekali lagi jam tangan aku lirik.

     "Urgent ke?"

     "Hurm." aku menjawab dengan malasnya. Hey! Of course lah urgent. Esok aku kena pergi sekolah tapi belum balik rumah. Jam pun hampir menunjukkan pukul 12 tengah malam. Memang risau lah.

     "Nah!"

     Tangan kiri aku ditariknya lalu payung diletakkan di atas tapak tangan. Hoodie disarung di kepala sebelum dia meredah hujan yang lebat tanpa kisah akan buruk baik yang dia akan dapat. "Hey awak!" aku cuba memanggil dia tapi dia sudah jauh meninggalkan aku.

     Payung dan figura lelaki yang semakin hilang dari pandangan,aku pandang silih berganti. Bibir aku dikemam. Perasaan bersalah menyelubungi diri aku. Aku mengeluh. Perlahan aku membuka payung tersebut. "Ni apa?" soal aku. Tangan aku memegang tag yang tergantung di pemegang payung. 'Jung Hoseok.' Owh! Jadi nama dia Jung Hoseok. Aku menterbalikkan tag dan membaca tulisan di belakang. "Tch! Gatal!" aku menyindirnya kerana sempat lagi dia menulis nombor telefonnya di situ. 

 

1

 

     "Shin Younghee..."

     Aku seperti mendengar sesuatu berbisik ke arah aku. Apakah bunyi itu? Aku perlahan-lahan membuka mata aku. Rupa-rupanya...Cikgu Ren yang memanggil aku.

     "Sedap tidur Cik Shin?"

     Dia memerli aku. Naik merah pipi aku apabila semua mata memandang ke arah aku.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
k-hope
sayangilah bias anda...lol...hai...im comeback dan hrp enjoy membaca..

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 4: hahaahaha......jimin berdengkur.cehhh...
b2stFanz
#2
Chapter 5: update soon a/n..jhope sweeeettttt sngt..♥
Hanna27 #3
Chapter 4: rindu dengan authornim!! ^0^
Jimin tidur berdengkur!!xD
teringatkan abang saya yang kuat berdengkur, sampai satu rumah pun boleh dengar!!
apa pun, authornim..update soon!!^^
AhSongyi #4
Chapter 4: Mana da boring xD
lawak ahh xD
and cute owo
sweet_berry #5
Chapter 4: Update soonnnnn
ierashahira
#6
Chapter 3: hehehehehe..perhubungan yang ingin berputik ^^..janganlah buat pendek lagi tau