StarDorm

Behind The Door

Joy POV

Nama aku Joy. Aku merupakan anak angkat didalam keluarga Adams, walaupun aku merupakan ahli keluarga yang tiada pertalian dengan keluarga ini namun keluarga ini selalu menyayangi aku seadanya. Nama ibu angkat aku ialah Clara Hans, nama bapaku ialah Adams Weest manakala anak kandung didalam keluarga ini adalah adik beradik kembar iaitu John Adams(abang) dan Josh Adams(adik). Hari ini merupakan hari untuk aku dan keluarga aku berpindah ke rumah agam yang baru di sebuah kampung berdekatan dengan bandar besar. Aku sungguh gembira sangat ketika bersama dengan keluarga ini. Kami ke rumah agam tersebut dengan kereta yang dipandu oleh ayah.

Author POV

"Joy, kamu nampak sungguh ceria hari ini..,"kata bapanya sambil memandu.

"ha'ah..Joy gembira sebab tak sangka hari ini kita semua berpindah ke rumah baharu!!,"ceria Joy menjawab.

Ayahnya hanya memberikan senyuman yang manis pada Joy dan juga pada isteri dan anak kembarnya yang masih kanak-kanak. Ia merupakan perjalanan yang agak jauh, hampir setengah hari untuk tiba di rumah agam tersebut. Semua orang didalam kereta tidur dengan lena kecuali ayah mereka yang masih lagi memandu kereta.

Joy POV

"Sayang..Joy..John..Josh....kita dah sampai,"kata ayah pada mereka sambil mengejutkan mereka semua.

"ugh..kita dekat mana??,"jawab John dan Josh dengan serentak sambil menggosok mata mereka sendiri.

Apabila mereka keluar dari kereta sambil muka yang masih lagi mengantuk, tercegat apabila melihat rumah agam berada tepat dihadapan mereka. Aku dan keluargaku berasa terkejut apabila melihatnya. Aku sekeluarga meluru masuk ke rumah agam untuk melihat didalamnya. Aku melangkah masuk ke rumah agam ini dengan rasa teruja sambil melihat persekitarannya yang bersih dan cantik perhiasan didalam rumah agam tersebut. Ibuku memanggil aku di tingkat atas. Aku terus menaiki tangga dengan cepat lalu berlari ke arah ibuku.

"Joy..Ibu mahu menunjukkan bilik baru kamu..,"ucap Ibu aku.

"Bilik baru??,"aku mula tertanya-tanya dimanakah bilikku.

Ibuku membawa aku ke sebuah bilik berdekatan dengan cermin yang agak besar walaupun pintu bilik ini nampak bersih tetapi agak lama. Ibuku membuka pintu lalu memasuki bilik tersebut bersama aku. Aku melihat disekeliling bilik itu dengan hati yang riang. Tetapi ibuku keluar semula apabila Josh dan John bergaduh besar ketika berebut bilik disebelah bilikku. Ia merupakan bilik yang besar dan cantik. Semasa aku berguling-guling diatas katil, aku baru menyedari ada sebuah almari yang agak besar dan usang walaupun usang, almari ini sugguh cantik kerana mempunyai ukiran yang indah dan sebuah tulisan yang tidak aku fahami.

"lawanya ukiran ini....,"tanganku menyentuh almari itu dengan perlahan.

"Joy!! bantu ibu kemas dapur!!,"jerit ibuku di tingkat bawah.

"baiklah ibu!!,"aku jawab dari tingkat atas.

Aku keluar dari bilikku lalu menuruni tangga kemudian menuju ke dapur untuk membantu ibuku membersihkan dapur manakala ayah, John dan Josh membersihkan ruang tamu sahaja. Bermulalah hari aku sekeluarga hidup didalam rumah agam ini dengan gembira.

Sudah hampir waktu malam baru kami sekeluarga habis membersihkan rumah yang berdebu ini, Ia sungguh memenatkan badan kami semua. Hari ini kami semua masuk ke bilik masing-masing untuk membersihkan badan kemudian tidur tanpa makan malam dirumah ini bersama-sama akibat berasa sangat penat ketika mengemas rumah ini tadi.

Aku pun membersihkan diri lalu masuk tidur.
Keesokan paginya, jam locengku berbunyi kuat petanda bahawa sudah waktu pagi. Aku menutup bunyi jam loceng semula kemudian menyelimuti semula badanku yang sejuk dan menggigil ini. Beberapa minit kemudian, jam locengku berbunyi semula. Dengan badan yang sangat berat dan penat, aku bangun dari katilku kemudian hendak menutup jam loceng tersebut tetapi jam loceng tersebut berhenti sendiri. Jarum panjang dan jarum pendek jam tersebut tidak bergerak.

"ehh? dah rosak ke? setahu aku...baru semalam aku ganti bateri baru, takkan dah habis bateri pulak!!"aku berkata sambil membelek jam loceng tersebut.

Aku terus mengendahkannya lalu meletakkan semula jam loceng tersebut kemudian menuju ke almari yang usang itu untuk mengambil baju yang baru diletakan pada hari semalam. Aku membuka almari tersebut dan mendapati ada sebuah cahaya yang terang didalam almari tersebut.

"wahh!??"aku sangat terperanjat apabila melihatnya.
Mula-mula aku berasa takut tetapi aku tetap cuba memberanikan diriku untuk memasuki cahaya yang berada didalam almari tersebut.

"ting!,"bunyi sebuah loceng yang bunyinya mungkin jauh dariku.

Aku mendapati berada disebuah ruang tamu yang kecil tetapi sangat kemas sekali. Aku berasa sangat hairan kerana didalam almari yang usang itu ada sebuah ruang tamu kecil yang cantik dan kemas.

"aku berada dimana sebenarnya ni? adakah ini mimpi?,"fikir diriku sendiri.

"bukannya mimpi tetapi kenyataan..,"ucap seseorang lelaki berada dibelakangku.

"ah! kau ni ss..siapa?,"aku merasa terkejut lalu aku mencapai sesuatu benda iaitu pinggan hiasan berdekatan denganku. "jangan dekat dengan aku! kalau tidak aku baling pinggan ini!"

Lelaki tersebut tidak bergerak. Aku memerhati pada diri lelaki itu dari atas ke bawah. Aku berfikir bagaimana aku boleh tiba di sebuah tempat yang menghairankan, lalu aku cuba menanya pada lelaki itu.

"sebelum tu, dekat mana aku sebenarnya??,"tanya diriku padanya.

"hmm....ini adalah alam buku..,"jawab lelaki itu dengan selamba.

"apa!! alam buku?!! ahahahahahaha!!!!!! tak mungkinlah!!,"aku mula merasa cemas sambil melihat disekeliling ruang tamu tersebut.

"apa yang aku cakap ni memang betul!! tetapi, bagaimana kau boleh masuk ke dalam ruang tamu aku ni?,"tanya lelaki itu sambil mengeluarkan kunci didalam poket seluarnya.

"apa!!! a-aku tak tahu,seingat aku..bila aku buka almari tu, tiba-tiba keluar cahaya yang terang di dalamnya kemudian aku masuk ke dalam almari tu dan tiba-tiba aku dekat sini,"aku berterus-terang.

"erm..siapa nama kau?,"tanya lelaki itu.

"Joy...dan kau pula?,"tanya aku.

"Aku Z...disebabkan kau merupakan tetamu yang tidak diundang ke sini, aku akan membawa kau ke tempat yang istimewa."ujar Z kemudian dia menarik tangan aku ke sebuah pintu yang usang.

Aku melihat pintu tersebut dengan hairan lalu aku bertanya pada Z tentang pintu ini kerana pintu ini tiada  tombol pintu. Z mengatakan bahawa pintu ini ialah pintu ke 'alam utama buku' dan cara untuk membukanya ialah menyentuh pintu itu tetapi hanya penjaga alam buku sahaja yang boleh membukanya. Aku terus mengangguk kepalaku menunjukkan kefahamanku kemudian aku melihat Z membuka pintu tersebut.

"StarDorm!!"kata Z lalu pintu tersebut terbuka sendiri dengan cahaya berwarna biru.

"waahh~"aku kagum ketika melihatnya.

"selamat datang ke alam buku!,"ujar Z dengan gembira.

Z mempelawa aku masuk ke dalam pintu tersebut maka aku menerima pelawa Z kemudian masuk ke dalam pintu tersebut. Semasa masuk ke dalam pintu itu, aku kagum melihat didalamnya kerana disebalik pintu ni terdapat sebuah perpustakaan yang besar macam pusat membeli belah dan terdapat juga beribu-ribu buah buku yang terdapat didalam rak-rak yang sangat besar. Aku terpegun melihat bilik tersebut. Bilik ini teramat besar daripada ruang tamu yang kecil tadi dan hanya muat tiga orang sahaja didalamnya.

"tempat apa ini?,"tanya aku yang masih lagi terpinga-pinga melihat buku yang teramat banyak.

"ini ialah 'Bookest'!,"jawab  Z

Aku melihat disekeliling ruangan ini. Besar dan terdapat pelbagai buku di dalam rak-rak yang agak besar ini. Sangat menarik.

"waaahhh~,"aku kagum mendengarnya.

"macam mana? hebat tak?,"tanya Z

"ya...ini betul-betul terjadi k-ke??" aku masih lagi terpinga-pinga melihat perpustakaan yang sebesar ni.

"nak tengok sesuatu yang menarik tak??"Z tersenyum sinis saat memandang wajahku.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet