Ragam Pelajar Woollim High School di Asrama xD

Woollim High School Story

( Start part ni saya dah guna nama Kei dengan BabySoul )

 

< Dua hari lepas Kei and kawan-kawan dia jadi pelajar Woollim High School>

 

- Bilik 1-3 -

 

BabySoul terjaga dari tidurnya selepas terdengar alarm handphone Jiae. 

 

"Haih.. Jiae ni.. Alarm punya lah kuat,orang yang set nya pulak tak bangun-bangun -.- " kata BabySoul selepas melihat Jiae masih lena tidur.

 

Dia bergerak ke pintu bilik untuk membuka lampu bilik mereka.

 

Tidak lama selepas itu,bilik mereka diterangi dengan cahaya lampu.

 

BabySoul pula terus menjalankan tugasnya sebagai seorang unnie yang paling senior dalam bilik tu. Dia berjalan ke setiap katil dan mengejutkan mereka.

 

Jiae menjadi orang pertama yang dia kejutkan untuk bersiap ke sekolah.

 

" Jiae~~ Ireona~~ Dah pukul 6.15 dah ni... " kata BabySoul sambil memukul perlahan bahu Jiae.

 

Jiae tidak memberikan respons.

 

BabySoul mengejutkan Jiae sekali lagi dan akhirnya Jiae pun tersedar.

 

" Haa.. Bangun pun.. Penat unnie bangunkan.. Dah,cepat siap! Kamu tu dah lah mandi lama.. Nanti jangan kata unnie,satu bilik lambat sampai sebab kamu buat konsert dalam bilik air tu hah -.- " kata BabySoul lagi.

 

"Hehe~~ Mana ada Jiae buat konsert unnie :3 Itu latihan vokal lah :3 " balas Jiae sambil tersengih-sengih macam kerang busuk xD

 

"Latihan vokal lah sangat... -.- Dah,pergi mandi cepat~" kata BabySoul

 

" Hehe~~ Arasso unnie~ Jiae masuk dulu.." kata Jiae lalu masuk ke bilik air.

 

BabySoul pula meneruskan kerjanya untuk membangunkan yang lain.

 

Tidak lama kemudian,semua penghuni bilik 1 - 3 pun memenuhi kawasan depan dua pintu bilik air di bilik air mereka.

 

BabySoul pula setia menunggu Jiae yang tak keluar lagi dari bilik air.

 

Bilik air yang kedua tu juga sedang digunakan oleh Mijoo.

 

Disebabkan jam hampir menunjukkan pukul 6.30,BabySoul mengetuk pintu bilik air yang Jiae gunakan tadi.

 

" Jiae... Kamu buat apa lama sangat dalam bilik air tu? Keluar cepat!" 

 

Jiae yang mendengar suara BabySoul tadi terus keluar dari bilik air.

 

"Haih.. Lama betul kamu mandi Jiae.. Bertapa unnie dibuatnya tunggu kamu mandi tadi.."

 

"Hehe.. Mian unnie~~ Jiae lupa pulak unnie belum mandi,selalunya unnie yang mandi dulu.. "

 

"Hm.. Yelah.. Dah pergi siap... Unnie nak mandi dulu." 

 

BabySoul memasuki bilik air untuk mandi manakala yang lain sedang bersiap untuk ke kelas.

 

------------------------------------------------------

 

- Bilik 2-2 -

 

Semua penghuni bilik 2-2 sedang bersiap tetapi dua orang penghuni bilik masih nyenyak tidur di katil mereka.

 

Sunggyu melihat mereka berdua.

 

" Adoilah.. Tak bangun lagi ke L dengan Dongwoo tu... Woohyun!! Tolong aku bangunkan dua orang lagi ni.. Aku rasa dah bangun kan dah tadi.. " kata Sunggyu.

 

"Apasal aku pulak yang kena tolong kau?" kata Woohyun.

 

"Sebab kau je yang rajin tolong aku kejutkan diorang.. "

 

"Pulak???" 

 

"Hadoi... Tolong jelah... Kau bangunkan L,aku bangunkan Dongwoo"

 

"Kalau aku tak nak?"

 

"Kalau kau tak nak,aku habiskan makanan kau time tengah hari nanti.. :3 "

 

Woohyun terkejut dengan ugutan itu lalu terus membangunkan L. 

 

Actually,bukannya dia rajin sangat nak bangunkan L,tapi bila fikir balik,daripada makanan tengah hari tu selamat masuk dalam perut Sunggyu,baik dia kejutkan L..

Yalah.. Makanan dekat kafe tu sedap,nanti kalau Sunggyu makan,tak ke kebulur dia nanti? 

Nak beli lagi sekali pulak,memang tak lah..  

Dia nak simpan duit sebab Sabtu ni diorang nak pergi lepak-lepak kat Hongdae. Kalau tak ada duit,maknanya dia kena bertapa kat bilik lah jawabnya... 

 

" L! Ireona~~ Dah pukul 6.45 dah ni! Nanti kau lambat,tak pasal-pasal je! " kata Woohyun.

 

"Ala... Kelas pukul 7.30 lah start hyung~~ " kata L lalu menyambung tidurnya.

 

"Memandai kau je pukul 7.30... Kita start pukul 7.15 lah L .. Haiyo... " kata Soryong kepada L dari katilnya yang dah siap dikemas.

 

L terus terjaga lepas dengar kata-kata Soryong.

 

" What?! 7.15 pagi?! Andwae!!!! " kata L lalu berdesup laju masuk ke bilik air sampai Sunggyu yang tengah bangunkan Dongwoo terkejut.

 

 " Woi! Sapa lari 70 km/j sejam tu? Terkejut aku dibuatnya!" kata Sunggyu sambil memandang yang lain.

 

" L " sepatah mereka menjawab pertanyaan Sunggyu tadi.

 

" Daebak ah... Ada harapan jadi atlet sekolah tu..." kata Sunggyu lalu menyambung kerjanya iaitu membangunkan Dongwoo.

 

"Aigoo~~ Tak nak bangun lagi ke Dongwoo ? Penat dah ni aku bangunkan kau" kata Sunggyu selepas cara pertamanya tidak berjaya menyebabkan dia terfikir idea lain. 

 

"Hmm... Sungjong... Kau ambik baldi dalam bilik air tu lepas tu kau isikan air sampai penuh satu baldi,then bagi dekat hyung." sambung Sunggyu lagi.

 

Sungjong tidak membantah arahan tersebut.

 

" Hyung,nah air satu baldi " kata Sungjong sambil membawa baldi berisi air itu.

 

" Okay,gomawo,dah,kau pergi siap "

 

Sungjong pun ke katilnya untuk mengemas buku.

 

"Hyung nak buat apa dengan air satu baldi tu?" tanya Daeryong,musykil dengan tindakan sunbae nya yang seorang tu.

 

"Kau tunggu dan lihat je ... Satu... Dua... TIGA!!!!" kata Sunggyu dan Sungyeol.

 

"SPLASHH!!!" 

 

Dongwoo yang terkejut beruk lepas disunggah dengan sebaldi air terus terjaga.

 

Daeryong,Soryong dan Sungjong pula terkejut dengan tindakan Sunggyu itu. Manakala sunbae mereka yang lagi empat orang di tepi katil Dongwoo memandang mereka berdua (Sunggyu & Dongwoo) dengan ketawa yang terbahak-bahak.

 

"Hahahaha!!" 

 

"Woi! Apahal aku kena sunggah dengan air ni?! Habis basah katil aku!" kata Dongwoo.

 

"Dah tu,kau tak bangun-bangun,aku dengan Sungyeol sunggah lah air satu baldi dekat kau! Ni kira nasib baiklah baru baldi kecik,bukan baldi besar makcik cleaner sekolah tu tau..." kata Sunggyu.

 

"Hish,hyung ni kan,selalu betul lah macam ni!" kata Dongwoo.

 

"Ahh.. Lantak lah... Dah! Pergi mandi cepat! Kejap lagi kita pergi kelas." kata Sunggyu kepada Dongwoo.

 

Dongwoo pun terus bangun dan masuk ke bilik air.

 

L yang baru keluar dari bilik air melihat Dongwoo basah kuyup.

 

"Hyung,bila hyung mandi? L tak dengar bunyi air pun?" tanya L sambil mengeringkan rambutnya yang basah dengan tuala.

 

"Memang lah tak dengar bunyi air,hyung kena sunggah dengan air satu baldi kat katil tadi dengan Sunggyu hyung. Tu mandi free of charge tak payah masuk bilik air tu.." kata Dongwoo.

 

"Erk.. Laa.. Patut tak dengar bunyi air.. Ni hyung buat apa masuk bilik air ni? Tadi kata dah mandi free kat katil xD " kata L

 

"Huh... Tak best lah mandi free kat katil tu... Tak ada pakej lengkap dengan sabun,baik hyung masuk mandi sendiri -_- " kata Dongwoo selamba.

 

"Hahah... Pulak dah... Okaylah hyung,L keluar dulu... Selamat bermandi-manda ye hyung xD " kata L lalu keluar dari bilik air.

 

------------------------------ BERSAMBUNG -------------------------------

 

Okay... Dah siap xD 

Hahah... Jahat betul saya ni sebab buat Dongwoo asyik kena buli je xD Sorry Dongwoo~~ Saranghae ~~ :* *flying kiss kat Dongwoo* 

 

Thanks sebab baca,kalau ada salah tatabahasa tu,korang abaikan jelah ye :3 Hehehe xD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ImHot1130 #1
MYUNGSOOOOOOO <3
parkyura98
#2
Chapter 4: Dongwoo kne lgi, ish3 sian die XD
parkyura98
#3
Chapter 3: Ape la diorang ni,si Dongwoo Tu..dhlah tkut hantu, Ade pegi kenakan die*gosok blkg Dongwoo* XD
Wuhu~Thanks~dan..... jgn Lupe update tau~*bling Sungjong kt awk* XD
Love_Rush
#4
Chapter 1: I'm curious to know what's going on next. Can't wait for the update.
parkyura98
#5
Update soon! ><