Chapter 3 - Lelaki Misteri

[Hiatus] Full Moon

Cerita disambung kembali. Segala kesulitan amat dikesali.

Yang Benar,

FaMinMin.

 

Full Moon

 

" Thank you "

Terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. Walaupun hanya untuk sementara. Kau mesti dah lupakan aku, kan? Haha. Teringat balik masa lalu kita. Main sama-sama. Tidur sama-sama. Semuanya sama-sama. Tapi, aku takkan pernah lupakan kau macam engkau lupakan aku. Sebab apa? Sebab aku cintakan kau. Sangat. Kau dunia aku. Kau lah semangat aku untuk hidup. Aku tak benci kau. Aku cuma tak suka riak muka kau bila kau tahu aku ni apa sebenarnya. Mak kau. Dialah punca semua ni terjadi. Kau tak tahu betapa rindunya aku dekat kau. Aku rindu kau sangat-sangat. Tapi, adakah kau rindu aku jugak? Tak, kan? Sampai satu masa, aku akan buat kau sedar betapa cintanya aku terhadap diri kau. Dan waktu itulah aku akan jadikan kau milik aku seutuhnya. Pegang janji aku sebab aku takkan pernah mungkiri janji seperti engkau pernah buat dekat aku, sayang.

- Your love: Anonymous -

 

Chapter 3 - Lelaki Misteri

Los Angeles

" Yah, Kim Chaerin! Do you really want to leave me, huh? " jerit wanita tersebut. Chaerin hanya mengeluh kecil lalu memandang ke arah wanita tersebut. " Yes. I'm leaving today. Kau tahu kan aku dah lama tak melawat kubur omma, kan? Aku rindu. Lagipun tragedi tu dah lama dah. Takkan ada apa-apa yang terjadi. " kata Chaerin kepada Youngji. Yup, Youngji satu-satunya rakannya yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara bersama Chaerin. Dia juga merupakan teman karibnya semasa kecil selepas kejadian tersebut. Dia pun memeluk satu-satunya kawan rapatnya itu lalu masuk ke dalam kereta untuk melawat atau dengan tepatnya berpindah semula ke Korea. Negara kelahirannya. Dan, di mana semua kejadian yang pernah membuatkannya trauma selama bertahun-tahun. Kejadian yang membuatkan mamanya terbunuh dan terkorban.

 

Dia merenung keluar jendela dan menatap keindahan bandar tersebut sebelum dia benar-benar pulang ke negara kelahirannya itu. Dia menggigit bibirnya menahan esakan supaya tidak kedengaran. Dia menangis. Ya, dia menangis. Kerana dia, mamanya pergi meninggalkannya. Kerananya, dia tidak dapat lagi melihat senyuman mamanya. Dan kerana dia, papanya kehilangan mama yang dicintainya. Air matanya mengalir dengan derasnya. Anak mana yang tidak sedih apabila melihat ayahnya menangis meraung-raung di pemakaman isterinya? Anak mana yang sanggup tengok ayahnya tidak makan selama berminggu-minggu kerana mamanya pergi meninggalkannya? Kau tanya aku? Aku sedih. Aku rasa bersalah sangat sebab aku, mama pergi. Seandainya aku yang pergi, adakah keadaan akan jadi begini? Tak mungkin, kan? Semuanya akan bahagia. Aman dan damai. Tiada yang akan terkorban selain aku. Tapi, semua dah terjadi. Aku anggap ini semua adalah takdir aku. Takdir yang menyakitkan serta takdir yang membuat aku menjadi seperti ini.

 

Lapangan Terbang Incheon, Korea

" Chaerin-ah! Rindunya appa dekat kamu. " kata appa dengan gembiranya. Aku hanya mampu tersenyum melihat keadaan appa yang telah kembali seperti sedia kala. Cakap pasal appa. Dia yang hantar aku belajar di luar negara tapi 5 tahun setelah menetap di Los Angeles, dia terpaksa pulang semula ke Korea kerana syarikat yang diusahakannya menghadapi satu masalah yang besar. Saham syarikat jatuh menjunam. Jadi, terpaksalah appa pulang semula untuk menguruskan syarikatnya. Tapi, aku tidak keseorangan. Youngji bersama aku. Dia sentiasa bersama aku sama seperti dia. Cuma, sekarang aku dah malaslah nak ungkit kisah silam aku. Kita berhenti sampai di sini sahaja dan kita teruskan apa yang tergendala tadi.

 

" Appa dengar kamu nak tinggal di rumah lama kita tu. Tak mengapakah? " tanya apa dengan berhati-hati. Aku mengangguk lalu tersenyum untuk meyakinkan appa. Appa tersenyum. Ah, senyuman appa. Manis seperti madu. Kahkah. " Kamu fikir apa tu, Chaerin? Sampai tergelak-gelak kamu tengok apa. " kata appa sambil menunjal dahiku beberapa kali. Sakit la. Haih. " Aw, appa. Appo! Janganlah. Orang tengok la nanti." kataku apabila teringat kembali di mana aku berada sekarang. " Okay, fine. Pandai pulak malu. Habis yang kamu tergelak-gelak macam ju on tu, kamu fikir ayah tak malu? " kata appa sambil tersengih-sengih. Aku memerhatikan sekeliling. Ya, orang sekeliling melihat kami dengan tatapan yang pelik. Haih. Appa ni. Pehal lah tak inform tadi. Kan dah malu. Lalu, aku dengan cepatnya mengambil beg pakaianku lalu masuk ke dalam kereta. Appa hanya menggelengkan kepala melihat tingkah lakuku yang tidak seperti umurku. Appa kena beruntung dapat anak perempuan yang baik macam aku. Kehkeh.

 

Busan, Chaerin's House

" Wuish, wat gapo kita kat umah ore ni Baba? " tanyaku dalam loghat kelate yang dipelajari olehku ketika berada di Malaysia. " Eh, dok soh lah kecek kelate. Appa dok reti kalu nop kecek gini. " kata appa. Aku hanya tersengih. Aku tahu ni rumah aku. Rumah yang aku dah tinggalkan beberapa tahun yang lalu. Rumah ni kelihatan kemas dan bersih. Adakah appa tinggal dekat rumah ni? Hm, kemungkinan besar jawapannya adalah ya. Aik. Aku yang tanya, aku yang jawab. Mende lah. Kahkahkah. Ketika aku lihat ke atas, ke tingkap bilik aku, aku ternampak ada sesosok badan sedang memerhatikan aku. Aku seakan-akan terhipnosis dengan sosok tersebut sehinggalah appa menghancurkannya. " Eh, Chaerin. Tak nak masuk ke? Hari dah nak malam ni. Cepat angkat barang-barang kamu ke dalam bilik kamu tu. " kata appa lalu masuk kembali ke dalam rumah. Aku dengan cepat menolehkan kepalaku ke arah tingkap bilikku tadi. Kosong. Tiada orang. Tiada sosok badan yang ku lihat tadi. Mungkin tadi hanyalah permainan ilusi kerana badan aku teramat penat. Mungkin kerana penerbangan tadi mengambil masa 8 jam untuk sampai ke Korea. Aku pun mengangkat barang-barangku masuk ke dalam rumah tanpa menyedari ada seseorang memerhatikan aku dengan senyuman yang sinis. Bukan senyuman, tapi dia menyeringai dengan lebih tepat. Seringai yang amat menakutkan.

 

" Hey, my love. Akhirnya kau datang jugak. Dah lama aku tunggu kedatangan kau. Aku harap kau bersedia dengan apa yang akan terjadi selepas ni. I miss you so much, my love. Please wait for me ya, babe.  " katanya lalu menghilangkan diri di sebalik tirai.

 

Thank you and assalamualaikum.

Byebye, and annyeong.

 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet