There's a Beautiful Princess In The Secret Garden

Description

Seorang puteri yang telah mengejutkan pada semua lelaki di Korea Selatan dengan kecantikannya yang sungguh luar biasa sehinggalah terpikat dengan si puteri. Dia telah dirahsiakan oleh abangnya kerana dia mahu mencari lelaki yang sesuai untuk berkahwin tetapi sekumpulan Super Junior telah mengejutkan pada si puteri dengan ketampanan mereka. Siapakah yang Tuan Puteri pilih daripada kumpulan Super Junior?

Foreword

Pada musim bunga, ramai pasangan yang sedang bercinta di taman berdekatan dengan Pulau Jeju yang sedang bersiar-siar pada musim bunga yang begitu indah sekali tetapi ada seorang pemuda yang bernama Park Jungsu atau nama panggilan nya ialah Leeteuk, berusia 33 tahun dan dia merupakan ketua kumpulan yang paling popular di seluruh dunia yang bernama Super Junior yang digelar sebagai "King Of Boy Group" kerana mempunyai 15 ahli kumpulan nya tetapi, mereka semua akan menggoda dengan adik perempuan Leeteuk yang kedua apabila dapat bertemu dengannya. Leeteuk mempunyai dua orang adik perempuan yang sungguh cantik tetapi seorang adik perempuan bongsu Leeteuk itu dirahsiakan nama dan identiti nya kerana mukanya sungguh cantik sehinggalah mengalahkan semua artis wanita Korea Selatan termasuklah artis berkumpulan wanita namun,Leeteuk tidak membenarkan adik perempuannya keluar dari rumah kerana dia tidak mahu adiknya bertemu dengan seorang lelaki diluar sana walaupun dengan ahli-ahli kumpulan Super Junior.

 

 

Adik perempuan bongsu kepada Leeteuk bagaikan dia adalah sekumtum bunga yang sungguh bernilai dan tidak mampu membeli nya oleh semua lelaki Korea Selatan dan menurut kata Song Ji Hyo, adik perempuan pertama kepada Leeteuk, dia seorang gadis yang sungguh cantik dan jelita yang berusia 27 tahun yang digelar sebagai "Princess Of Flower" dan "Princess Of Kpop" yang telah diberi oleh peminat-peminat wanita sahaja dan dia diberi oleh peminat-peminat wanita kerana dia amat menyukai bunga-bunga yang begitu cantik dan dia suka bunga yang wangi juga dia adalah pakar profesional dalam bidang tarian,nyanyian rap serta nyanyian yang sungguh merdu sekali, dia ingin mencari seorang lelaki yang mampu menjaga hati dan cintanya terhadap lelaki yang dia cintai dan dia begitu berharap dapat berjumpa lelaki yang dia sukai dalam hidup nya.

 

 

Pada jam 9.30 pagi,kumpulan Super Junior datang ke villa Leeteuk dengan membawa bagasi yang besar untuk berlatih tarian dan tinggal di villa nya tetapi,bukan kerana mereka ingin berlatih tarian untuk konsert nanti,mereka berlima belas ingin melihat adik perempuan Leeteuk dengan pergi ke bilik adik perempuan nya sambil melihat muka tetapi,dia sentiasa menguncikan pintu bilik. Mereka berlima belas itu amat menginginkan melihat muka adik perempuan Leeteuk walaupun seminit namun,sudah 20 kali dihalang oleh Leeteuk dan Jihyo kerana cuba melihat muka adik perempuan mereka. 

 

 

Pada pukul 5 petang,dua orang dari kumpulan Super Junior yang bernama Cho Kyuhyun yang berusia 28 tahun dan Lee Sungmin yang berusia 30 pergi ke bilik adik perempuan bongsu nya di atas sekali lalu,dia melihat sekeliling nya,tiada siapa pun yang lalu atau datang ke aras atas sekali lalu,dia memutarkan pintu bilik nya dan dia dapati yang dia tidak mengunci pintu itu dan dia memasuki bilik nya dengan senyap serta mengunci pintu bilik nya. Kyuhyun terdengar suara yang sedang menyanyi lagu dari kumpulan GFriend yang bertajuk lagu dalam bahasa Korea "Glass Blead" dan dia dapat rasa yang suara itu adalah adik perempuan bongsu Leeteuk dan dia ternampak dia yang sedang memegang bunga ros yang berwarna merah jambu cair lalu, dia pergi ke arah nya sambil menyuarakan diri dengan berasa tidak sabar.

 

 

Kyuhyun: a-annyeong.. Awak ini adik perempuan bongsu kepada Leeteuk?

 

 

Sungmin: maaflah jika menganggu kamu,cik.

 

 

Adik perempuan bongsu Leeteuk itu memusingkan badan nya kerana dia mendengar suara Kyuhyun dan Sungmin. Dengan itu,Kyuhyun dan Sungmin membesarkan matanya sambil terkaku apabila dapat melihat muka nya yang sungguh cantik dan begitu jelita sekali sambil itu,adik perempuan bongsu Leeteuk memang begitu jelita dan dia menjawab soalan yang ditanya oleh Kyuhyun.

 

 

???: Nae,saya memang adik perempuan bongsu kepada Leeteuk, kenapa?

 

 

Kyuhyun: *mengawal diri* err.. saya..saya nak tanya nama awak.

 

 

Katherina: nama saya ialah..*bisik di telinga mereka* Tapi panggil saya Katherina sahaja..

 

 

Kyuhyun: "Kyuhyun,kau kena kawal diri kau,kalau tak,habislah kena campak keluar nanti. Dia memang cantik!!! Aku sudah jatuh hati pada dia! Omonayo!" Nama saya..C-Cho Kyuhyun. Panggil saya Kyuhyun sahaja. Maaflah sebab ganggu awak nyanyi tadi and sorry sebab masuk tanpa kebenaran abang kamu.

 

 

Sungmin: "Omonayo! Cantiknya dia ini!! Jangan jadi orang gila di sini pula. Malulah nanti!!" Nama saya Lee..Lee Sungmin and panggil saya Sungmin.

 

 

Katherina: tak mengapa,Kyuhyun,Sungmin. Memang abang saya tidak membenarkan lelaki masuk ke dalam bilik ini tapi,ini kali pertama saya jumpa lelaki. "Kacaknya dia ini. Aku mesti rapatkan dia lagi"

 

 

Kyuhyun: saya nak bertanya,kenapa kamu berbisik nama awak kepada kami?

 

 

Sungmin: Betul apa yang dia katakan. Kenapa awak berbisik nama awak pada kami berdua?

 

 

Katherina: *terus terang kepada mereka berdua*

 

 

Kyuhyun: oh,jadi sebab itulah abang kamu rahsiakan nama kamu.

 

 

Katherina: nae,Kyuhyun. Hanya seorang lelaki sahaja yang akan diberitahu nama sebenar saya dan kamu berdua yang tahu nama sebenar saya.

 

 

Tiba-tiba,abang Katherina masuk ke dalam bilik nya sambil terkejut kerana dia bertemu dengan Kyuhyun dan Sungmin lalu, apabila dia ingin menghalau mereka berdua dari bilik nya Katherina berkata yang dia ingin bertemu dengan seorang lelaki kerana dia inginkan seorang lelaki dalam hidup nya sambil itu,Leeteuk faham perasaan Katherina lalu,dia melepaskan Kyuhyun dan Sungmin lalu, dia pergi dari bilik adik nya,Katherina memandang ke arah salah seorang dari dua ahli anggota kumpulan Super Junior dengan perasaan yang menyukai pada dia,begitu juga dengan Kyuhyun dan Sungmin

 

 

Leeteuk akan memberi peluang kepada ahli-ahli kumpulan Super Junior untuk bertemu dengan Katherina pada waktu malam sahaja kerana dia suka menyiram bunga-bunga yang hidup. Sementara di bilik latihan tarian, ahli kumpulan Super Junior sedang berehat selama dua jam kerana keletihan telah membuat mereka berhenti and ambil nafas untuk berlatih seterusnya lalu, ahli-ahli kumpulan Super Junior melihat Kyuhyun dan Sungmin yang asyik termenung sambil tersenyum tanpa berhenti bersenyum sejak berehat dan mereka tidak tahu apa yang menyebabkan Kyuhyun dan Sungmin menjadi orang gila lalu,mereka semua pergi ke arah mereka berdua sambil menampar muka mereka berdua lalu, Donghae bertanya kepada Kyuhyun dan Sungmin

 

 

Donghae: Yah! Kenapa kamu berdua senyum macam orang gila aku tengok?

 

 

Eunhyuk: betul kata Donghae..Kenapa kamu berdua jadi begini?

 

 

Heechul: mesti ada sesuatu nak sembunyikan dari kita.

 

 

Sungmin: eh! Aku tak ada apa-apa pun. Yang inilah,gila orangnya. 

 

 

Kyuhyun: m-mana adalah aku nak sembunyikan sesuatu dari kamu semua! Alahai kamu semua,berfikir bukan-bukanlah.

 

 

Yesung: yah,Teuk hyung. Tadi sebelum training bermula,mereka berdua pergi mana itu?

 

 

Leeteuk: *pandangan tajam terhadap mereka berdua* Kyuhyun dan Sungmin adalah lelaki yang pertama dapat jumpa adik aku.

 

 

Semua: BWOYA?!!

 

 

Kangin: aku nak jumpa adik kau! Untunglah kamu berdua jumpa dia!

 

 

Ryeowook: kenapa kamu berdua tak cakap yang kamu berdua nak pergi bilik adik perempuan bongsu dia?! Mesti dia comel kan?

 

 

Sungmin: dia memang comel,cantik,jelita. *teringat pada dia*

 

 

Yesung: aku rasalah dia mesti pilih aku kan!

 

 

Shindong: tapikan,dia mesti suka orang macam aku ini.

 

 

Siwon: alahai,Shindong ini. Tak habis-habis dengan dia. Kau kuat makan saja!

 

 

Donghae: stop,kamu semua! Yang penting,Kyuhyun dan Sungmin dapat tengok muka adik perempuan Leeteuk. Yah,Kyuhyun-ah,muka dia macam mana? Cantik tak?

 

 

Kyuhyun: dia memang cantik sampai kalahkan semua wanita di Korea Selatan! Patutlah Leeteuk tak nak aku tengok muka dia sebab muka dia sungguh jelita!

 

 

Heechul: jinjja?! Woah,Leeteuk! Kau sepatutnya bangga dapat adik perempuan yang cantik!

 

 

Eunhyuk: Hyung,bagilah kami semua jumpa adik perempuan kau!

 

 

Semua: *rayu* bolehlah,Teuk!!

 

 

Leeteuk: boleh tapi,boleh jumpa pada waktu malam sahaja sebab dia akan keluar pada waktu malam. Jangan sentuh adik aku! I watching you all!

 

 

Ternyata Leeteuk dan Jihyo akan memilih lelaki yang Katherina menyukai nya dan mereka tidak sabar untuk bertemu dengan Katherina pada waktu malam. Selepas habis berlatih tarian,mereka semua tergesa-gesa pergi ke arah bilik masing-masing untuk mandi agar mereka bertemu dengan Katherina pada waktu malam nanti tetapi adakah Katherina akan menemui seorang jejaka dalam hidup nya? Jawapan nya ada pada Leeteuk kerana dialah yang menentukan siapakah akan dipilih oleh Katherina atau Leeteuk pada masa tibanya. 

 

 

Pada pukul 8 malam di musim sejuk,Katherina sudah keluar dari bilik untuk menuju ke taman yang dibina oleh ibubapa sebelum mereka pergi oversea ke Jepun kerana ada kerja yang perlu buat di sana lalu,Katherina sedang menghidu bunga ros yang berwarna putih yang sungguh wangi pada waktu malam yang sejuk ini lalu,ahli-ahli kumpulan Super Junior sudah bersedia untuk bertemu dengan nya tetapi,mereka semua mesti membawa bunga yang sungguh wangi dan cantik agar Katherina menyimpan bunga-bunga yang mereka akan berikan,memulakan dengan Donghae & Eunhyuk yang berusia sebaya,29 tahun yang sedang memasuki ke dalam taman bunga yang sungguh indah melihat ini. Donghae & Eunhyuk agak segan untuk bertemu dengan Katherina dan Donghae mulakan dengan berkata kepada nya.

 

 

Donghae: a-annyeong haseyo,cik. Boleh kami berdua ingin tahu nama cik?

 

 

Eunhyuk: maaflah jika kami berdua ganggu kamu.

 

 

Katherina: *memusingkan badan* oh! Kamu berdua ialah kawan abang saya,bukan?

 

 

Donghae & Eunhyuk: *terpegun sambil tarik nafas dalam-dalam* Cantiknya!!

 

 

Katherina: anyway,kamu berdua ada membawa bunga?

 

 

Donghae & Eunhyuk: oh! ada! *memberi bunga ros kepada nya*

 

 

Katherina: *menghidu* wah,sungguh wangi bunga ini.

 

 

Donghae: jadi,boleh kami berdua ingin tahu nama cik?

 

 

Katherina: boleh,tiada masalah. Tapi, dengan satu syarat. Syaratnya ialah kamu berdua mesti teka mana satu nama saya yang sebenarnya. Terdapat lima nama sebenar saya tapi ada satu nama sahaja yang saya sering guna dan ia bermaksud ialah "Princess Of Flower". Nama-nama tersebut ialah Kim Kyura,Jung Dong In,Kim Ryeowoong Soo,Jung Sora dan Cho Sunkyung. Dan kamu berdua takkan dapat jawapan daripada abang dan kakak saya kerana mereka takkan memberi kamu berdua jawapan. 

 

 

Donghae: woah! Tapi,jika orang dapat tahu yang nama sebenar awak,apa kamu akan buat?

 

 

Katherina: saya akan pilih lelaki sebagai bakal suami saya.

 

 

Eunhyuk: sebagai bakal suami kamu?!

 

 

Donghae: Eunhyuk,aku rasa lebih baik cepat-cepat kita kahwin!!

 

 

Mereka berdua pun lari dari taman bunga itu kerana terlalu gembira apabila mendengar berita yang tidak sangka daripada Katherina dan mereka pun masuk dengan membawa seorang lagi kawan agar dapat menenangkan diri atau dapat mengawal diri sebelum menjadi "orang gila" apabila bertemu dengan Katherina. Setelah bertemu dengan Katherina,mereka semua pun berbincang tentang lima nama yang telah disebut oleh Katherina tetapi,Kyuhyun dan Sungmin sudah tahu nama sebenar Katherina tetapi adakah benarkah Katherina memberi nama yang sebenar kepada mereka berdua? 

 

 

Imbas kembali di bilik Katherina,

 

 

Setelah Katherina berbisik di telinga mereka berdua dan selepas mereka berdua keluar dari bilik Katherina, Leeteuk dan Jihyo masuk pula ke dalam bilik nya lalu, Jihyo terus menanyakan kepada Katherina sambil duduk di sebelah nya tentang memberitahu nama sebenar Katherina.

 

 

Jihyo: adik,nama apakah yang kamu berikan kepada mereka berdua?

 

 

Katherina: Sebenarnya,salah seorang sahaja yang tahu nama sebenar adik,kak. 

 

 

Leeteuk: jinjja? Nama apa yang adik berikan?

 

 

Katherina: nama yang adik berikan kepada Sungmin ialah.. *berbisik di telinga mereka* dan Kyuhyun ialah.. *memberi isyarat mulut*

 

 

Jihyo: oh,arraseo,akak faham. Jadi,adik sudah jatuh hati pada dia?

 

 

Katherina: *mengangguk* nae,akak! Adik memang jatuh pada dia sesangat!

 

 

Leeteuk: aigoo,adik. Bawa bertenang,dik. *tergelak* comelnya adik aku ni.

 

 

Jihyo: omonayo,adik. Jatuh hati pada lelaki yang kacak pula itu. Hahaha.

 

 

Katherina: biarlah,kak. Asalkan dia terima adik.

 

 

Leeteuk: nasib baik adik pilih dia. Sebab dia seorang yang romantik tetapi,dia agak nakal apabila berjumpa dengan kamu,dik.

 

 

Katherina: omonayo,oppa. Jinjja? Adik suka lelaki yang romantik!

 

 

Leeteuk: Oh,arraseo,dik. Jadi,biar oppa buat keputusan,nae.

 

 

Jihyo: akak nak tengok kelakuan dia,nae.

 

 

Katherina: nae,akak,oppa! Gomawo!!

 

 

Ternyata Katherina sudah memberi nama sebenar kepada salah seorang daripada dua ahli anggota kumpulan Super Junior kerana perasaan nya sudah membuat hatinya terpikat terhadap lelaki yang dia menyukai. Pada pagi yang cerah sekali,Katherina sudah lama bangun dari tidur dan dia sudah siapkan sarapan untuk ahli-ahli kumpulan Super Junior serta Leeteuk dan Jihyo sambil menyanyi lagu kegemaran nya di telefon pintar nya yang bertajuk "Naughty Kiss" yang dinyanyikan oleh penyanyi wanita yang bernama "G.Na" sehinggalah membuatkan semua ahli-ahli kumpulan Super Junior terbangun apabila terdengar suara yang merdu dan membuatkan semua ahli anggota Super Junior terpikat lalu,mereka semua turun ke bawah dan mereka semua terkejut apabila semua sarapan telah siap dengan kemas sekali tetapi, nampaknya Katherina sudah tiada di situ. Dengan itu,mereka semua pun bersarapan pagi ini tetapi,ternyata Donghae dan Eunhyuk pergi ke arah bilik Katherina untuk bertemu dengannya namun,dia tiada juga di dalam nya. Di manakah perginya si Puteri Bunga? Dia berada di dalam taman bunga di belakang halaman villa nya,dia sedang menyiram bunga-bunga yang hidup dan wangi sekali lalu,dia duduk di atas kerusi buaian yang dihiaskan dengan bunga ros putih dan merah jambu cair yang begitu cantik sambil layan haiwan peliharaan nya lalu,Donghae ternampak Katherina yang sedang duduk kerusi buaian nya dan dia menepuk bahunya sambil dia bertanya kepada Donghae.

 

 

Katherina: err,Donghae. Kenapa kamu datang ke sini? 

 

 

Donghae: Katherina,saya sudah tahu nama sebenar awak.

 

 

Katherina: jinjja? Apakah nama sebenar saya?

 

 

Donghae: Jung Sora,benar?

 

 

Katherina: salah,Donghae. Jung Sora bermaksud "Princess Ice". Jadi tinggallah empat nama saya sebab Jung Sora telah didedahkan.

 

 

Donghae: aww, jinjja? Hmm. Arraseo. 

 

 

Ternyata nama yang telah disebut oleh Donghae adalah salah jadi,nama Jung Sora telah didedahkan yang bermaksud Puteri Salji dan tinggal lagi empat nama sebelum mendedahkan setiap nama kepada ahli-ahli kumpulan Super Junior. Katherina sentiasa menanti lelaki yang tahu nama sebenar nya tetapi nama apakah yang Katherina yang berbisik kepada Sungmin dan Kyuhyun? Jawapan nya ada pada hari jadi ke-28 tahun pada bulan Mei nanti, setiap ahli kumpulan Super Junior telah sedaya upaya untuk meneka nama sebenar Katherina namun,gagal jua tetapi hanya Sungmin dan Kyuhyun yang belum mencuba untuk meneka nama sebenar Katherina. Pada pukul 10 malam, Sungmin dan Kyuhyun sedang memikirkan nama sebenar Katherina di dalam bilik masing-masing mereka berdua lalu, Kyuhyun sedang menulis kelima-lima nama Katherina yang diberikan olehnya dan dia menulis maksud-maksud lima nama tersebut tiba-tiba dia terkejut apabila dia dapat apa maksud nama-nama Katherina dan dia terus lari ke arah bilik Katherina sambil membuka pintu bilik Katherina, dia terkejut apabila Kyuhyun dan Sungmin membuka pintu biliknya dengan berebut lalu, dia pergi ke arah Katherina sambil berkata begini kepadanya.

 

 

Kyuhyun: Katherina,saya sudah tahu nama sebenar awak.

 

 

Sungmin: biarlah! Aku yang tahu nama sebenar dialah!

 

 

Katherina: jinjja? apakah nama saya sebenar,Sungmin?

 

 

Sungmin: nama kamu ialah Cho Sunkyung yang bermaksud "Princess Flower"

 

 

Katherina: nama sebenar saya apa,Kyuhyun?

 

 

Kyuhyun: nama awak ialah Kim Ryeowoong Soo yang bermaksud "Princess Flower"?

 

 

Katherina: *terkejut* "Macam mana dia tahu maksud tu?!" Hmm. Adakah kamu yakin yang itu nama sebenar saya?

 

 

Kyuhyun: saya sudah kumpul nama-nama awak yang telah beri kepada mereka dan saya sudah tahu yang Kim Ryeowoong Soo adalah nama awak sebenar. 

 

 

Sungmin: bwoya?! Kim Ryeowoong Soo?! macam nama itu cantik juga. 

 

 

Katherina: saya rasa saya akan menghantar sesuatu kepada kamu berdua pada malam ini juga.

 

 

Kyuhyun: hantar sesuatu pada kami berdua? 

 

 

Katherina: nae,Kyuhyun. Sebelum hari jadi menjelang nanti, saya menghantar surat yang berwarna merah jambu cair. Jika salah seorang dari kamu berdua mendapat surat tersebut, bermakna Leeteuk telah memilih untuk berkahwin salah seorang dari kamu berdua.

 

 

Sungmin: berkahwin?! Woah! 

 

 

Kyuhyun: omonayo! Kalaulah aku dapat kahwin dengan dia, memang aku takkan kecewa hati yang begitu mahal.

 

 

Katherina: Saya akan berbahagia dengan si dia nanti. *senyum* 

 

 

Kyuhyun dan Sungmin terlalu gembira sehingga tidak sedar diri kerana dia sudah tahu nama sebenar Katherina tetapi, nama apakah yang telah dibisik kepada Sungmin dan Kyuhyun? Adakah Kyuhyun benar dengan namanya ketiga atau Sungmin yang benar dengan nama keempat? Katherina membisik pada Sungmin bahawa nama yang Katherina berikan ialah Cho Sunkyung dan nama yang Katherina beri kepada Kyuhyun ialah Kim Ryeowoong Soo namun, dia memberi nama betul agar dia ingin melihat jika Kyuhyun dapat rungkaikan maksud namanya dan dialah lelaki yang pertama dapat rungkaikan nama sebenar Katherina tetapi, perasaan Katherina tenang dan cintanya kerana perkara yang sering berlaku padanya akan muncul tidak lama lagi.

 

 

Pada pukul 12 tengah malam, Katherina senang hati dengan dapat berjumpa lelaki yang dia cintai selama ini lalu, seseorang yang sedang menjerit nama Katherina di bawah sana sambil itu, Katherina melihat di bawah sana dan dia terkejut yang orang yang sedang menjerit ialah Kyuhyun lalu,Katherina hampir tergelak apabila Kyuhyun membuat hati kepada nya sambil itu, dia menanyakan padanya.

 

 

Katherina: Kyuhyun-ah! Sudahlah itu! Sudah lewat malam,pergi tidur! hehe~

 

 

Kyuhyun: aniya,Kate! Saya takkan tidur selagi kamu balas balik apa yang saya buatkan.

 

 

Katherina: aigoo,Kyuhyun-ah~ arraseo! *membuat hati besar pada dia*

 

 

Kyuhyun: saranghaeyo,Katherina!!

 

 

Katherina: hehe~ nae,nae,Kyuhyun! Pergi tidur, nanti ramai lelaki tengok saya kan!

 

 

Kyuhyun: arraseo,Kate. Goodnight and thanks for your heart! Jaljayo! *masuk ke dalam*

 

 

Katherina: nae,Kyuhyun. Goodnight too. *senyum*

 

 

Tiba-tiba,Leeteuk terdengar jeritan dari bilik Katherina lalu,dia masuk ke dalam bilik sambil mengitai siapa yang berada di dalam bilik Katherina ternyata, Katherina sedang berpura-pura tidur apabila Leeteuk ingin masuk ke dalam bilik nya. Leeteuk tersenyum sambil pergi ke arah nya dan dia mengejutkan dia untuk berbincang tentang ahli kumpulan Super Junior.

 

 

Leeteuk: Aigoo,adik. Pandai nya kamu tipu abang yeah! 

 

 

Katherina: hehe~ Sorry,oppa. Adik tak nak oppa marah pada adik.

 

 

Leeteuk: mana adalah,dik. Takkan abang nak marah adik kesayangan abang ini. Ini,abang nak tahu macam mana kelakuan mereka semua?

 

 

Katherina:Bolehlah,oppa. Tak seteruk lelaki di luar sana itu. Tapi,oppa. Tentang ahli kumpulan Super Junior,siapa abang pilihkan?

 

 

Leeteuk: oh,tentang itu! Abang ada pilihan lelaki yang sesuai. Hmm...Eunhyuk?

 

 

Katherina: tak nak!

 

 

Leeteuk: Donghae?

 

 

Katherina: tak nak juga!

 

 

Leeteuk: habis,siapa adik nakkan?

 

 

Katherina: oh,hmm..*berbisik di telinga Leeteuk*

 

 

Leeteuk: kenapa adik pilih si ahli kumpulan Super Junior yang itu?

 

 

Katherina: sebab adik pernah ambil diari dia dan bacanya. Dia berkata begini..

 

 

" Dear diary,

 

 

Semenjak aku mengenali Leeteuk dari 10 tahun yang berlalu,aku sudah dapat tahu yang dia mempunyai adik perempuan yang sungguh cantik dan membuat semua jejaka jatuh hati apabila bertemu dengannya namun,disebabkan kecantikan nya sungguh luar biasa dan membuat semua wanita cemburu terhadapnya, Leeteuk tidak membenarkan adik perempuannya keluar dari villa sehinggalah pada waktu senja sahaja. Dia tidak akan menemui seorang lelaki kerana dipenuhi dengan pengawal yang sudah mengelilingi seluruh villanya tetapi,akhrinya aku dapat menemui adik perempuannya. Ternyata dia seorang gadis yang mempunyai kejelitaan yang sungguh luar biasa dan membuat aku jatuh hati padanya namun,adakah dia akan menerima aku seadanya jika aku berapat dengannya dan dapat merungkaikan nama sebenarnya? Aku berharap yang aku dapat bahagia dengan dia pada suatu hari nanti..Aku jatuh hati pada dirinya bukan kerana kecantikan luar biasa itu tetapi aku cintakan padanya kerana kebaikan terhadap diri aku dan aku sungguh cintakan pada dia! Takkan kecewakan hatinya seperti aku takkan biarkan berlian jatuh atau hancur. Tunggu saya,Tuan Puteri!"

 

 

Leeteuk: omonayo. Patutlah adik sukakan pada dia rupa-rupanya,dia sudah tahu tentang kamu,adik. Aish,jinjja.

 

 

Katherina: aigoo,oppa. Janganlah. Lagipun,adik memang sukakan pada dia,oppa. Jebal,oppa.

 

 

Leeteuk: hmm, nanti abang beritahu pada adik bila tiba masanya,nae.

 

 

Katherina: nae,oppa! 

 

 

Leeteuk akan memberitahu kepada mereka berlima belas pada hari jadi Katherina nanti tentang nama Katherina. Selepas dua bulan kemudian iaitu 21 May 2015, Super Junior dan Jihyo sedang menghiaskan di ruang tamu untuk menyambut hari jadi Katherina pada 21 May 2015 pada pukul 8 malam tepat semasa Katherina keluar dari biliknya. Kyuhyun dan Sungmin sedang tersenyum jika salah seorang dari mereka berdua dipilih untuk berkahwin dengan Katherina pada tarikh yang ditetapkan. Mata Leeteuk sedang memandang ke arah Jihyo yang sedang bermesra dengan Eunhyuk semasa mereka menghias ruang tamu untuk menjadikan sebagai taman bunga pada hari jadi Katherina, ternyata Jihyo telah menemui lelaki yang sesuai dengannya, Leeteuk tersenyum apabila Jihyo menemui lelaki idamannya, iaitu Eunhyuk. Sementara itu, Katherina membangunkan diri untuk membersihkan dirinya agar dia akan menghantar surat yang seperti dia katakan pada malam semalam kepada Kyuhyun dan Sungmin pada tepat pukul 12 tengah hari. Selepas 10 minit kemudian, Katherina sedang memakai pakaian nya dengan tidak sengaja, Kyuhyun memasuk ke bilik nya tanpa mengetuk pintu, Kyuhyun terpegun melihat Katherina memakai baju dan dia terlihat pada badannya yang putih dan dia hampir tergoda melihat badan Katherina lalu, Katherina memusing ke belakangnya dan terkejut apabila Kyuhyun masuk ke dalam biliknya tanpa disedari oleh Katherina dan Kyuhyun melarikan dirinya ke biliknya agar dia dapat kawalkan dirinya yang ingin membuat sesuatu terhadapnya tetapi, Katherina tidak sedar yang Kyuhyun tidak sengaja melihat badan Katherina. Kyuhyun tidak boleh lupakan apa yang dia lihat pada Katherina kerana dia sentiasa teringat padanya.

 

 

Pada pukul 12 tengah hari, Katherina keluar dari biliknya sambil membawa dua sampul surat yang berwarna merah jambu cair lalu, Katherina tampalkan surat itu di depan bilik Sungmin dan dia terus pergi ke bilik Kyuhyun dan dia terus tampal di pintu bilik Kyuhyun lalu, dia melarikan dirinya sambil masuk ke dalam bilik agar dia dapat rasa lega menghantar surat-surat itu. Dia berasa gembira apabila dia akan berkahwin dengan lelaki pilihannya pada hari ditetapkan dan dia sedang membaringkan dirinya sambil tidur bagi menenangkan diri. Pada masa itu, Sungmin ternampak sampul surat itu di pintu biliknya lalu, dia mengambil sambil ingin mengetahui apa yang Katherina katakan.

 

 

"Dear Lee Sungmin,

 

 

Aku tahu yang kau sukakan pada aku tetapi tentang nama saya itu, sebenarnya nama betul ialah Kim Ryeowoong Soo yang bermaksud Puteri Bunga. Maafkan saya,Sungmin. Saya tidak dapat kahwin dengan awak kerana Leeteuk sudah memilih lelaki yang saya idamkan selama ini..Saya tahu yang awak masih cintai pada saya namun, abang saya sudah memilih lelaki yang baik sekali. Sekali lagi saya mohon maaf kepada awak,nae. Janganlah bersedih..Awak boleh dapat gadis yang jauh baik daripada saya..Terima kasih kerana menjaga abang saya selama 10 tahun dalam kumpulan abang saya..

 

 

By Princess Flowers,

 

 

Kin Ryeowoong Soo."

 

 

Sungmin kecewa kerana dia tidak berkahwin dengan Katherina tetapi,dia amat gembira dapat melihat muka Katherina dan dia telah terima kenyataan yang dia tidak bersama dengannya, dan pada masa itu, Kyuhyun sudah membuka surat tersebut lalu,dia membaca dengan berasa tidak sabar.

 

 

"Dear Cho Kyuhyun,

 

 

Setelah saya "terbaca" diari awak itu, saya dapat merasakan yang awaklah lelaki yang saya idamkan kerana Leeteuk sudah melihat kelakuan awak terhadap saya dan abang saya serta kakak saya. Saya berasa yang..awaklah lelaki yang saya ingin berkahwin. Saya harap awak terima saya seadanya dalam hidup awak,Kyuhyun. Saya cintakan awak,Cho Kyuhyun..

 

 

By Princess Flower,

 

 

Kim Ryeowoong Soo"

 

 

Kyuhyun tidak sangka yang dia telah dipilih untuk berkahwin dengan Katherina kerana keinginan telah ditunaikan oleh Katherina dan dia akan mengumumkan pada hari jadinya. Pada pukul 8 malam, Katherina sedang bersiap sedia untuk kejutan yang mungkin dia akan terkejut dan dia akan sukakannya apabila dia turun ke bawah lalu, Jihyo masuk ke dalam bilik Katherina sambil menutup matanya dengan kain. Jihyo membawa Katherina turun ke bawah sambil itu, dia berhati-hati sekali apabila turun di tangga yang dihiaskan dengan bunga ros putih dan merah jambu cair begitu cantik seperti Katherina dan apabila Jihyo membuka penutup mata tersebut, semua ahli kumpulan Super Junior pun menyambut dengan begitu meriah sekali kemudiannya, Leeteuk dan Jihyo sudah ada keputusan yang berada di tangan Leeteuk dan mereka tidak sabar siapakah lelaki yang dia impinkan lalu, Leeteuk membuka sampul surat tersebut sambil berkata kepada mereka.

 

 

Leeteuk: saya akan mengumumkan siapakah lelaki yang akan berkahwin dengan adik perempuan saya,iaitu Katherina.

 

 

Jihyo: di sini saya telah ada keputusan di tangan abang saya!! Mari kita tengok surat ini!

 

 

Kangin: "Tolonglah!! Aku akan berkahwin dengan dia!"

 

 

Sungmin: *tersenyum* "aku harap dia berbahagia dengan kawan baik aku..Jagalah isteri kamu,chingu."

 

 

Yesung: "Harap-harap akulah yang berkahwin!"

 

 

Donghae, Eunhyuk: "Tolonglah! Kami nak kahwin dengan dia!"

 

 

Katherina: "tak sabarnya!"

 

 

Jihyo: woah! Nampak lelaki ini sangat bertuah dapat berkahwin dengan dia! Lelaki tersebut ialah..

 

 

Leeteuk: Cho Kyuhyun!!

 

 

Semua: BWOYA?!!!!

 

 

Kyuhyun: s-saya?! Saya yang berkahwin dengan dia?! *terharu*

 

 

Katherina: *gembira* omonayo! Aku dapat kahwin dengan dia! Aku sudah lama mahukan dia!

 

 

Yesung: yah!! Takkan dia berkahwin dengan evil maknae!!

 

 

Kangin: aniya!! Aku nakkan Katherina! *rungut seperti bayi*

 

 

Donghae, Eunhyuk: aniya!! Kami nak kahwin dengan Tuan Puteri!! *kecewa*

 

 

Kyuhyun: *pergi ke arah Katherina sambil senyum terhadap dia*

 

 

Katherina: Kyuhyun-ah..

 

 

Kyuhyun: nae,Katherina.

 

 

Katherina: terima kasih kerana terima surat yang saya sampaikan pada awak.

 

 

Kyuhyun: nae,you're welcome. Saya gembira dapat berkahwin dengan awak,Kate. *tersenyum*

 

 

Katherina: Aniya,Kyu-ah..saya yang sudah lama cintakan pada awak,evil maknae. 

 

 

Sungmin: Yah,Kyuhyun-ah!

 

 

Kyuhyun: nae,hyung? Maaflah sebab..

 

 

Sungmin: aniya,Kyu-ah..Memang saya tidak layak berkahwin dengan dia kerana dia sudah lama mahukan kau,Kyu-ah..*senyum*

 

 

Katherina: Sungmin-ah..maafkan saya..

 

 

Sungmin: tidak mengapa,Kate..Betul apa awak katakan pada saya..saya akan berjumpa gadis yang saya idamkan selama ini..Saya janji pada awak yang saya akan berkahwin dengan gadis yang saya cintai..

 

 

Katherina: terima kasih,Sungmin-ah..

 

 

Sungmin: dan saya nak awak jadi isteri pada Kyuhyun dengan tulus hati awak padanya, jangan jadi jahat macam dia..Kyuhyun-ah, kau jagalah Tuan Puteri yang jelita ini dan jangan sampai dia tercalar,arraseo? Kyuhyun: nae,hyung..saya akan tunaikan janji kau,hyung.

 

 

Katherina: Saya janji pada awak,Sungmin..saya takkan hancurkan hasrat awak..

 

 

Donghae: so sweet~ Betullah apa yang Sungmin katakan pada dia..nampaknya kita masih bersama kan.

 

 

Eunhyuk: memang pun tapi, aku rasa yang aku sudah jumpa gadis yang aku sukakan selama ini..

 

 

Donghae: nuguya?! Janganlah tinggalkan aku!

 

 

Yesung: nuguya,Hyuk?

 

 

Eunhyuk: *pandang pada Jihyo* seorang adik perempuan pertama Leeteuk..

 

 

Yesung: woah! Kau jumpa gadis yang agak..bagus untuk kau..

 

 

Donghae: yah! Tidak masuk akal! Kau nak kahwin dengan dia?! Bukan dia ada Kang Gary?

 

 

Eunhyuk: aniya, dia anggap Gary hyung sebagai abang dialah bukan teman lelaki pun.

 

 

Jihyo: Oppa,saya sudah jumpa dia..

 

 

Leeteuk: nuguya? Lelaki yang kamu idamkan selama ini?

 

 

Jihyo: nae,oppa. dialah lelaki yang saya idamkan selama ini..

 

 

Leeteuk: arraseo,dik. Nanti abang aturkan semua perkahwinan kamu dengan adik kamu,nae.

 

 

Jihyo: gomawo,oppa. Tapikan,nanti abang tinggal seorang macam mana?

 

 

Leeteuk: aniya,abang ada kawan-kawan yang selalu dengan abang. Jangan risaukan pada abang,nae.

 

 

Jihyo: *peluk dia*

 

 

Katherina: oppa,adik dapat rasa yang abang sepatutnya tinggal dengan kami!

 

 

Leeteuk: aniya,adik. Abang tak nak kacau rumahtangga kamu,nae.

 

 

Katherina: aniya! Adik akan rindu pada senyuman abang..jangan tinggalkan adik..*peluk dia*

 

 

Leeteuk: arrase,arraseo,dik. Abang akan tinggal dengan kamu berdua,nae. *tersenyum* "Terima kasih kerana dapat kasih sayang dari kedua-dua adik kesayangan aku. Aku nak kedua-dua adik perempuan aku berbahagia dengan lelaki yang mereka cintai dalam hidup ini. Abang sayang kamu berdua,dik. Abang takkan tinggalkan kamu berdua,dik. Terima kasih banyak-banyak"

 

 

Jihyo,Katherina: yea!! Gomawo,oppa! Saranghae,oppa! 

 

 

Kyuhyun: "betapa mereka berdua sayangnya terhadap abang mereka berdua..Teuk hyung,aku takkan mencalarkan berlian hati kamu,hyung. I'm promise."

 

 

Eunhyuk: *tersenyum* "Teuk hyung,aku janji pada kau yang aku takkan kecewakan adik kesayangan kamu ini,aku betul-betul sayang pada dia. I'm also promise"

 

 

Ternyata Katherina dan Jihyo tidak mahu tinggalkan Leeteuk bersendirian di villa besar ini dan mereka berdua akan berkahwin serentak pada 25 Julai 2015 di Pulau Jeju tersebut. Sambil itu, mereka semua meriahkan hari jadi Katherina yang berusia 28 tahun pada malam tersebut. Katherina sangat gembira dapat berjumpa dengan Kyuhyun,bakal suami dia yang selama dia cintakan pada dia begitu juga dengan Jihyo,walaupun kedua-duanya dari ahli kumpulan Super Junior namun,mereka berdua tidak mementingkan pada rupa atau pekerjaan mereka,mereka sentiasa cintakan pada Kyuhyun dan Eunhyuk begitu juga dengan dua orang lelaki itu.Dan adik beradik perempuan amat gembira kerana mereka akan tinggal bersama suami dan abang kesayangan mereka berdua. 

 

 

Cinta antara lelaki dan perempuan takkan terpisah jika mereka saling mencintai antara satu sama lain dan kasih sayang sentiasa diberi kepada abang yang mereka sayangkan dalam kehidupan mereka.

 

 

Tamat

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet