3,2,1, Action!

Heart's Desire

Bab 1 : 3,2,1, Action!

 

    Heeyoung termenung memandang buku rujukannya. Sudah hampir sejam dia mengulangkaji mata pelajaran kesayangannya itu, Matematik. Kepalanya dipicit-picit. Parah sungguh keadaannya, dengan rambutnya yang kusut masai, sudah seperti pengemis jalanan. Mujurlah wajahnya tidak comot.

   "Itulah, belajar last minute lagi!" Heeyoung meramas-ramas pipinya yang agak tembam itu. Dia menutup semua buku-bukunya itu dengan kasar lalu menghempaskan badannya di atas katil yang tilamnya sudah nipis itu. Aduh,sakitnya! Keluhnya di dalam hati. Dia menggosok-gosok belakang badannya sambil satu lagi tangan sibuk meraba mencari telefon pintarnya. Dia tersenyum gembira apabila sudah menemui 'kesayangan'nya itu.

   Walaupun dia tidak memiliki iPhone 6 plus, samsung note 4 pemberian ibu bapanya ini pon sudah cukup. Dia membelek-belek notification satu per satu. "Uish!! Baru sejam aku tak sentuh, sudah 1087 mesej grup Wassap?! Apa lah yang mereka borakkan sangat tu agaknya?" Bebel Heeyoung sambil membuka grup 'We are V.I.Ps' iaitu grup khas untuk peminat tegar Big Bang di sekolahnya. Matanya liar membaca sekali imbas mesej-mesej disitu. Tiba-tiba matanya tertancap pada mesej pada mesej rakan baiknya. 

Park Sara

OMG GUYS

10.30 p.m

Ana Banana

Kau kenapa bedah?

10.30 p.m

Park Sara

What-

HA! OMG GUYS!! BIG BANG NAK COMEBACK SIA! NANTI DORANG ADA KONSERT DEKAT SEOUL! UFUFU

10.31 p.m

Hana Eonnie

WHATTTTT SERIOUSLY AKDLDNFK

10.31 P.M

 

Telefonnya tidak berhenti-henti bergegar akibat mesej di grup itu tidak henti-henti masuk. Semua ini salah Sara, tidak syak lagi telefonnya akan hang jika perkara ini berterusan. Tanpa berlengah, dia cepat-cepat memutekan grup itu untuk setahun.

   Dia menarik nafas lega kemudian tersenyum seorang diri. Tiba-tiba dia tersedar. "Kejap- aapa- apa ??!! BIG BANG IS BACK? WHAT?" Seperti peminat-peminat lain, Heeyoung juga meroyan dengan pernyataan itu. Untuk mendapatkan kepastian, dia membuka Twitternya lalu mengskrok newsfeednya. Ya. Tidak syak lagi! Dia mengetap bibirnya sebelum menangis kerana terharu. 

 Perangainya seperti baru sahaja diterima semula oleh bekas teman lelaki. Aha, itulah Park Heeyoung.

Setelah lama berfikir, dia teringat akan statusnya sebagai seorang pelajar, dan seorang yang tidak berkemampuan. Dia tidak mahu meminta daripada ibunya, kerana berasa serba salah untuk bersuka ria padahal ibunya kehilangan duit untuk benda yang tidak menguntungkan.

Penat dia memerah otak, dia mengambil keputusan untuk memutuskan saja hasratnya itu. Biarkan ia terkubur di perkuburan yang tidak kelihatan. Dia mengambil semula telefonnya lalu membuka instagramnya. "2 like, pfft . Haih, orang tak cantik memang macam ini kan..." Keluhnya seorang diri dengan senyuman hambar.

Dia membelek, seperti biasa, benda yang sama. Matanya membaca komen-komen di setiap gambar. Tiba-tiba matanya tertancap pada foto seorang jejaka daripada sekolahnya. "Uish, boleh tahan! Kacaknya ahaks- Eh Heeyoung! Setialah pada yang satu! Gd oppaaa!" Dia tertawa seorang diri seperti orang psycho. Dia menggeleng kepalanya dengan pantas lalu membaca komen di foto itu.

j-hoseok Wuish, kacak luar kacak dalam, uish.

 

kim_tae Apa kau nak, bodek aku malam-malam.

 

j-hoseok Haha, kau tahu? Big Bang tu?

 

kim_tae Tahu, and yes , I'll go to their consert for sure . 

  

 

   Ceh,berlagaknya nak speaking bagai! Huh, menyampah aku! Bisik hati kecil Heeyoung yang cemburu itu.

 

 

___________

 

 

 

   Seperti biasa, hari ini Heeyoung berjalan kaki ke sekolah. Dia memerhatikan sekeliling, matanya tertarik pada sebuah rumah banglo yang sering dia cemburui. Rekaanya yang moden dan kemas memang diminatinya yang bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek. Kelihatan seorang remaja lelaki membuka pagar banglo tersebut, mukanya seperti pernah Heeyoung lihat, Oh ya! Dialah mamat di instagram yang akan pergi ke konsert itu! Bertuahnya, kaya. Hatinya menjadi hiba mengenangkan nasibnya,namun dia tidak akan berputus asa untuk berjaya didalam hidup. 

   "Heeyoung, sudahlah tak perlulah kau sedih sampai tak makan!" Marah Ana, rakan baiknya. Dia membalas dengan senyuman, lalu mengangkat punggungnya daripada bangku makan tersebut sambil membawa secawan air milo yang masih berbaki separuh ke besen yang disediakan.

   Dia berjalan dengan laju tanpa menoleh ke kiri dan kanan, akibatnya dia tertumpahkan air milo itu pada baju seseorang yang pastinya bukan wanita. "What the-" tubuh tinggi itu bersuara sambil merenung bajunya dan merenung Heeyoung dengan perasaan marah bercampur malu. Heeyoung hanya mampu ternganga dengan mata yang membulat.

  "Maaf!! Saya betul- betul minta maaf!" Heeyoung membawa keluar sapu tangannya lalu mengelap baju jejaka itu. Namun tangannya ditepis. Tergamam semua penonton drama percuma itu. Jantung Heeyoung berdegup kencang. Dia memejamkan matanya sambil membayangkan dia ditumbuk oleh jejaka itu. Macam inikah dia akan mati? Soalnya sendirian.

  "Woi, woi. Haish. Lain kali, kalau jalan, mata itu pandamg hadapann ya cik adik?" Heeyoung mengangkat mukanya dan mata mereka bertentangan. Bila aku jatuh cinta- eh. Mamat ni- Dahi Heeyoung berkerut seribu memandang lelaki yang dilihatnya malam tadi dan pagi tadi.

   "Woi, Taehyung. Sudah habis ke belum drama kau ni? Kalau dah jom."kata salah seorang rakan Taehyung, Jimin.

Heeyoung hanya mendiamkan diri semasa dalam perjalanan balik dengan Sara dan Ana, dek kerana kejadian yang memalukan tadi dan terkilan kerana tidak dapat pergi ke konsert idolanya itu.

    "Hee.. Sudahlah tu, aduh," Ana menepuk dahinya sambil menggelengkan kepala dengan kerenah rakannya yang keanak-anakkan itu. Sara pula tergelak kecil. Ya , dia memang mudah tersenyum, seorang yang happy go-lucky.

   "Susah sangat, kau rapat-rapatkanlah diri dengan budak bahang tadi tu, lepastu jadi awek dia ke ha. Nanti dia bawak lah kau pergi konsert dengan dia! HAHA!" Sara tergelak besar dengan cadangan ataupun sebenarnya gurauannya.

Heeyoung dan Ana memandang Sara dengan eksperisi wajah yang berbeza, Ana ternganga dengan gembira , berbeza dengan Heeyoung yang berkerut seribu, tidak dapat menerima kata-kata sahabatnya itu .

   "Bagus idea kau! Cuba kau bayangkan, Heeyoung! Sambil menyelam, minum air! Aha! " Ana memetik-metik jarinya seperti ketam. 

   "Mula-mula kau berlakon lah konon nak tebus  kau nak tebus kesalahan kau yang dah kotorkan baju dia tu, kau belanja lah dia apa-apa. Lepastu... Dan! Korang jadi rapat, woohoo!" Sara mengangkat keningnya.

   Heeyoung berkerut memikirkan cadangan mereka. Tidak lama kemudian dia tersenyum sinis. Walaupun bunyinya agak kejam, namun tidak salah jika mencuba, kan? Mereka bertiga ketawa bersama sambil menepuk nampar. Haih, budak perempuan yang sememangnya kecoh.

____________

 

   Heeyoung mencari-cari kelibat Taehyung di pintu pagar sekolah. Dia memikirkan ekspresi mukanya dan skrip yang dirancangnya malam tadi. Berdebar rasanya hendak menipu orang ni. Dia mengeluh keresahan. 

  Tidak lama kemudian kelihatan Taehyung melepasi pintu pagar sekolah dengan gaya ala-ala model. Dia menolak sedikit rambutnya ke tepi. Heeyoung menelan air liur sambil menahan hatinya daripada jatuh ke tebing. Tanpa membuang masa Heeyoung bergegas ke arahnya.

   "Em, hai!" Heeyoung melompat di hadapan Taehyung membuatkan dia berhenti. Dia memandang wajah Heeyoung dengan pelik tanda dia tidak mengenali Heeyoung. Heeyoung membuka bicara menyatakan tentang hal semalam.

   "Owh, kau. Kenapa?" Balasnya pendek setelah mengingati peristiwa yang membuatkan bajunya kotor. Heeyoung bertuah kerana Taehyung memikirkan maruahnya dan kerana dia seorang gadis, jika tidak memang habis dia dikerjakan Taehyung.

   "Macam ni, saya ingin meminta maaf, hmm dan-"

"Aku maafkan kau, ok ada apa-apa lagi?" Heeyoung mencebik apabila kata-katanua dipotong.

   "Eyy, macam tak ikhlas saja. Haih, saya nak belanja awak makan-"

"Eish ,minah ni. Nak mengorat aku ke apa? Aduh , kesian pulak."

Taehyung mengeluh. "Baiklah, aku ebenarnya sibuk, aku akan fikirkan nanti, bagi nombor kau," dia mengeluarkan buku nota kecil dan pen daripada poket belakang begnya. Heeyoung mengambil kedua-duanya lalu menulis nombor telefonnya.

   Di dalam hatinya, macam-macam dia menyumpah Sara, Ana dan jejaka di hadapannya itu. Namun, demi Big Bang oppa!! Fikirnya kemudian menghulurkan semula pen dan buku jota kecil itu kepada tuannya. 

   "Ok, see you later," Taehyung terus beredar meninggalkan Heeyoung yang sakit hati.

   "Well, 1,2.3 action~ Kini bermulalah kerjaya aku sebagai pelakon! Ahaha-" kata Heeyoung dengan divanya sambil berjalan ala model, namun terjatuh dek kerana terpijak kulit pisang yang entah daripada mana datang. Habis merah padam mukanya akibat digelakkan orang disekeliling, termasuklah tukang sapu sampah sekolahnya. Terus dia berlari pergi ke kelasnya. Haha.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
butterfly_kiss
#1
Chapter 1: daebak!!!! update soon ^_^
erasyazana_kookie
#2
Chapter 1: >< daebak...haha....update soon
WafiRosli
#3
Chapter 1: Oh okey okey :v * thumbs up* Tak sangka pula Puding akan baca cerita macam ini... huhuhu ...

Baiklah, pada pendapat Puding. Cerita ini ringkas dan tidak meleret. Cerita ini dapat sampaikan apa yang hendak disampaikan. Cumanya watak yang dibawakan hampir kesemuanya mempunyai perwatakan yang sama tetapi mungkin disebabkan cerita ini baru lagi, tak apa. Oh lagi satu, cerita ini segar kerana pada awal bab sudah tersedia konflik. Semoga teruskan usaha!

Hahaha,

Yang benar ( ececeh ada yang benar pula! ),

Puding a.k.a. Pyo Ji Hoon Roommate MRP.
woonicorn_syah
#4
Chapter 1: XD nasib x jatuh tergolek
youngji_kara #5
*claps my hand* ok bye xDD
fluffy-mallow #6
omg whyyyyy
jypnation_izz
#7
But its malay tho~ sorry i forgot to add the malay tags :(
afabledream
#8
Can't wait for an update!