HUSBAND TO BE

EXO ONE SHOT COLLECTION

HUSBAND TO BE

Hari ini Haneul datang ke sekolah lebih awal sedikit daripada hari biasa. Tidak mempunyai sebab tertentu untuk hadir ke sekolah awal, tetapi dia ingin menyiapkan kerja sekolah yang tidak selesai kelmarin. Haneul berjalan menuju ke lockernya dan mengambil beberapa buah buku untuk di ulangkajinya. Tiba-tiba seorang telah menyentuh bahunya dan membuat Haneul terkejut.

"Kkamjagiya! Yah!"

"Woo~ Mianhae! Choeun achim (selamat pagi) Haneul-shi!"

"Nae.. Apasal kau datang awal hari ne? Biasa nya kau lah yang paling lambat datang"

"Kau pula?"

"Aku? Tak ada. Saja datang awal nak siapkan homework Ms Ahn bagi kelmarin"

"Ahh~ Tapikan apasal kau nampak sedih? Ada apa-apa jadi kat kau ker?"

"Ah.. Aniya.. Aku okey je. Tak yah nak risau. Hahaha"

Haneul meninggalkan rakannya sendirian selepas menjawab pertanyaan nya tadi. Haneul berjalan keseorangan menuju ke kelasnya. Sebenarnya memang betul. Ada sesuatu yang berlaku terhadap Haneul. Sesuatu yang akan mengubah kehidupan Haneul sepanjang hidup. SEPANJANG HIDUP! Haneul tidak mahu memberitahu rakannya kerana hal ini melibatkan keluarga Haneul sendiri. Sudah pasti dia tidak mahu melibatkan rakannya berkaitan dengan urusan keluarganya sendiri.

* * * * * * * * * * * * * * * * ** * * *  * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Beberapa hari kemudian . . .

"Haneul... Kenapa dengan awak ne? Ada sesuatu berlaku ker kat awak?"

"Tak ada. Aku okey je"

"Penipu"

Buat pertama kalinya, Haneul mendengar rakannya menggelar dia penipu. Haneul dengan rakannya itu sudah seperti rakan baik. Dia lah orang yang pertama menegur Haneul ketika Haneul baru memasuki sekolah tersebut beberapa bulan yang lalu. Hubungan persahabatan antara mereka amat rapat sekali sehinggalah pada suatu hari, Haneul menyedari bahawa dia mempunyai perasaan terhadap kawan baiknya sendiri. Dan sudah tentu Haneul tidak memberitahu rakan nya itu kerana takut hubungan persahabatan mereka yang terjalin akan musnah[?].

"Okey fine! Jangan panggil aku PENIPU lagi. Sebenarnya parents aku nak aku kawin dalam masa terdekat ne.."

"......"

"Aku tak tahu pun dia siapa. Macam mana kalau dia tu kaki minum? Tak pun kaki pukul?"

Perlahan-lahan air mata Haneul mengalir turun ke pipi. Haneul telah memberitahu perkara sebenar kepada rakannya itu. Memang benar bahawa Haneul akan berkahwin tidak lama lagi bersama dengan orang yang Haneul tidak kenali sama sekali. Ia merupakan "arranged married" di antara keluarga Haneul dengan keluarga pihak lelaki tersebut. Sudah tentu Haneul tidak mahu berkahwin ketika usia yang muda. Lagi-lagi dengan seseorang yang tidak dikenalinya. Memang satu idea yang teruk untuk kahwin dengan orang yang Haneul sendiri tidak kenal sama sekali. Sebab itu lah Haneul menjadi pendiam beberapa hari lepas. Otak nya hanya berfikir tentang nasib malangnya yang bakal tiba.

"Mari sini aku peluk kau. Aku tahu kau sakit hati sekarang Haneul, tapi kau kena hadapi nya juga. Aku yakin dia seorang lelaki yang baik dan penyayang. Dia akan jaga kau dengan baik Haneul. Percayalah"

Dia memeluk Haneul dengan erat sekali. Dia juga turut merasa serba salah kepada Haneul sebab dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Haneul pula, menangis teresak-esak sehingga baju sekolah rakannya itu basah dek air mata Haneul sendiri. Nasib baik lah time tu time rehat dan memang tak ada orang kat rooftop melainkan mereka berdua.

"Gomawo nae chingu (terimakasih kawan). Gomawo sebab pinjam kan dada kau ne. Maaf lah dah basah teruk baju kau ne. hahaha . Aku ras hari ne hari last untuk kita dua rapat macam ne. Lepas ne aku tak boleh nak rapat dengan kau sebab aku tak lama lagi akan jadi "isteri" orang.."

"Cheonmayo (sama-sama) Haneul.. Ah lupa nak cakap! Congratulation for your wedding!"

"Kau tak sedih ker? Maksud aku, aku kan nak kahwin dalam masa  terdekat ne. Tapi kenapa muka kau nampak kosong? Kau suka ker aku kawin?"

"Maaf Haneul.. Aku tak boleh nak kata apa-apa. Aku harap lepas ne kau berbahagia lah dengan lelaki yang akan menjadi peneman kau seumur hidup..."

"Arraseo (baiklah).. Terima kasih dan selamat tinggal..."

Malam ini merupakan malam di mana Haneul akan bertemu dengan bakal suaminya dan akan bertukar cincin sebagai tanda cincin pertunangan antara Habeul dengan bakal suaminya. Sudah tentu Haneul berasa sedih dan gementar dalam masa yang sama. Haneul tidak pernah berjumpa dengan bakal suaminya itu. Adakah dia seorang yang baik? Haneul sendiri tidak pasti. Tapi yang pasti, kedua orang tua Haneul sudah berjumpa dengan lelaki tersebut dan mengatakan dia seorang lelaki yang baik dan tahu menghormati orang tua. Tanpa membuang masa Haneul mengenakan pakaian blue dress, memakai sedikit natural make up dan melepaskan rambutnya. Oh Haneul juga turut menggunakan high heels supaya menampakkan lagi confident di dalam dirinya. Hahaha

"Omo! Tengok ne! Cantiknya anak omma ne!"

"Ah nae (ah iya)... Gomawo (terima kasih) appa"

"Cha! Mari pergi sekarang. Keluarga Mr Kim dah on the way nak pergi hotel. Ppali! Ppali! (cepat-capat)"

"Nae omma"

Akhirnya keluarga Haneul tiba di Hotel Zeus.Mereka menuju masuk ke bilik private yang telah disewa oleh appa Haneul sendiri. Appa Haneul meminta izin keluar sebentar untuk memesan makanan dan minuman untuk kedua belah pihak keluarga.

"Omma.. Haneul nervous.."

"Hey.. Jangan lah nervous. Just take is easy.. Percaya cakap omma"

"Fuhh~ Arraseo omma.. Geundae.. Kenapa omma dengan appa nak sangat Haneul kawin secepat yang mungkin? Maksud Haneul, ne mesti ada sebab tertentu kan?"

"Biasalah Haneul.. Bisnes.."

"Omma dengan appa jual Haneul dengan diaorang ker?!"

"Aniya (tidaklah).. Bukan macam tu.. Dengar sini. Keluarga lelaki tu sekarang tengah hadapi masalah dengan syarikat diaorang. Jadi appa lelaki tu kawan baik appa Haneul. Appa dia nak minta tolong dengan appa Haneul dengan nak pinjam duit syarikat kita. Tapi appa Haneul kenakan syarat. Syarat nya dengan kawin anak dia dengan Haneul"

"So kawan appa tu setuju?"

"Erm"

"Tapi kenapa? Omma dengan appa memang dah tak sayang kat Haneul lagi ker? Sebab tu lah omma dengan appa bagi Haneul kat orang lain?"

"Aigoo~ Bukan macam tu.. Omma dengan appa memang sayang kan Haneul. Haneul merupakan satu-satu nya anak omma dengan appa. Sebenarnya appa Haneul pun rasa serba salah dengan kawan dia tu. Kalau Haneul nak tahu dulu syarikat kita pernah menghadapi masalah besar sebelum syarikat kita berjaya macam sekarang ne. Kawan appa tu lah orang yang baik hati nak tolong syarikat appa dengan bagi pinjam duit dengan syarikat kita untuk bayar semua hutang syarikat. Dah faham sekarang?"

"Baiklah omma.. Haneul dah faham sekarang. Haneul setuju dengan "arranged marriage" ini walaupun Haneul tak jamin sama ada Haneul boleh bahagia atau tak"

"Jangan cakap macam tu Haneul. Omma jamin Haneul mesti gembira dengan bakal suami Haneul ne. Omma minta maaf sebab libatkan Haneul dalam hal ne. Haneul tak tahu apa-apa pun"

"Tak apa lah omma. Anggap ja yang Haneul balas semua jasa baik  omma dengan appa sebab dah jaga Haneul sampai sekarang. Okey?"

"Amboi~ Cerita panjang nampak? Tak ajak appa sekali~"

"Hahahaha aniya yobeo (tak adalah sayang)! Duduk lah. Dah pesan semua nya?"

"Dah.. Oh ya Mr Kim dengan keluarga dia akan tiba tak lama lagi"

Mendengar sahaja nama keluarga Mr Kim di sebut sudah membuat Haneul menjadi nervous sekali lagi. Berjumpa dengan seseorang yang tak pernah jumpa seumr hidup dan tetiba menjadi bakal suami?! Memang kerja gila. Teka Haneul di dalam hati.

*knock-knock*

"Boleh kami masuk?"

"Oh Mr Kim! Jemput lah masuk!"

Kedua-dua belah keluarga saling memberi utnduk hotmat antara satu sama lain.

"Woah~ Dah lama kita tak jumpa kan Mr Park? hahahaha"

"Betul tu! OH yer.. Mana anak awak tu? Saya tak nampak pun dia?"

"Ah tak payah nak risau lah. Dia minta izin pergi tandas tadi. Kejap lagi datang lah dia tu"

Selepas itu, bermula lah conversation di antara dua buah keluarga Memandangkan topik yang diceritakan oleh mereka itu membosankan, Haneul mula bermain dengan telefon bimbit nya dan berfikir apa yang akan jadi seterusnya. Tiba-tiba..

*knock-knock*

"Boleh saya masuk?"

"Oh masuk lah! Yah neo! Duduk kat depan Hanul! Dia tu bakal menantu ayah tak lama lagi! hahaha"

"Hahaha arraseo appa!"

Sekali lagi jantung Haneul berdegup kencang. Perasan nervousnya semakin menjadi-jadi.

"Anyeonghasaeyo. Selamat berkenalan Park Haneul. Saya, bakal suami awak, Kim Jong In. Bangabseumnida (selamat berkenalan)"

Mata Haneul menjadi besar o.O dan tersenyum selepas berjumpa dengan bakal suami nya itu iaitu lelaki yang di cintainya selama ini.

-THE END-

Xoxo : Younghany <3

p/s : leave your comment, give me karma and don"t forget to subscribe

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hjkyung #1
Chapter 3: Sweeeeetttt
hjkyung #2
Chapter 1: Hahaha nama korea cakap korea tp known as international fans hmmm curious disitu. Haha sokaylah.
Wow untungnyaaaaa kawin ngn idol hmmm ̄ω ̄
shizuka_arumi
#3
Chapter 2: Not bad .?.?
GreenDecember #4
Chapter 2: Hai awk...blh nk ckp skt...sy nie x paham b.korea...jd bila awk ltk dlm ff awk...sy pun jd blank...dan xdpt nk truskn bacaan kerana xfaham..maafkan sy atas komen yg kasar ini...hrap awk dpt pertimbngkannya...
Mrs_Oh
#5
Updatee soon !! yasssss, first comment !!!