First to Last Page

Kai's Journal

 

Tanggal 14 June 2013 ialah kejayaan pertama bagi semua kerja keras yang telah dilakukan selama Setahun. Sesuatu yang tidak dijangka. Aku bersyukur sangat setelah diberi perhargaan atas segala titik peluh ku. Aku berazam akan terus berusaha. Aja aja Fighting

- 14 June 2013 -

 

Mv yang ke-4 dah di siarkan diseluruh pelusuk negara. Lagu Growl telah mendapat sambutan hangat dari seluruh negara. Walaupun masa yang diambil untuk membuat Penggambaran terlalu lama tapi aku tetap bersabar. Walaupun ahli-ahli ada yang hampir pitam tapi selepas digertak pengarah mereka terus kuat kan diri. Walaupun aku agak tak puas hati tapi kalau dah terjebak dengan dunia hiburan terpaksalah aku berusaha. Usaha tangga kejayaan bukan ?

- 13 July 2013 -

 

Oh too Much Neoya Your Love , Igeon Overdose. Akhirnya setelah setahun Growl disiarkan Overdose pulak muncul. Walaupun kekadang aku aku rasa pinggang aku macam nak putus dua tapi aku tetap berusaha untuk menari. Tarian masih lagi teruk akibat Pinggang aku pernah cedera. Tapi aku tetap menari walaupun jam dah menunjukkan pukul 2-3 pagi. Tapi ada sesuatu yang aku runsing. Kenapa aku lihat Kris hyung selalu keluar senyap-senyap dari dorm. Wajahnya juga selalu nampak muram. Adakah sesuatu bakal terjadi

- 14 April 2014 -

 

Seperti yang aku dah jangka. Setelah seminggu Kris hyung mehilangkan diri akhirnya segala telah terjawap. Guess What ? Kris Hyung tinggalkan kami semua. Perasaan marah, sedih dan kecewa bercampur aduk. Tak boleh ke Kris hyung beritahu dahulu pada kami. Aku sedih melihat ahli-ahli lain sedih. Terutama Tao. Tao walaupun luarannya nampak garang dan gagah tapi dalamannya rapuh. Dia perlukan seseorang untuk fahaminya dan seseorang itu ialah Kris. Walaupun ahli-ahli lain boleh fahaminya tapi tak sehebat Kris. Kris seolah-olah bapa kedua bagi Tao

- 15 May 2014 -

 

Suasana masih muram setelah pemergian Kris. Keadaan Tao semakin teruk dengan kecerderaan di buku lali dan kakinya. Pernah sekali aku dan Sehun terdengar Tao menangis sambil merayu-rayu ketika bercakap di telefon. Walaupun agak kurang faham apa yang dicakap tapi Sehun kata yang Tao bercakap dengan Bapanya yang bahawa dia sihat sahaja. Tapi aku tau. Tao tak mahu bapanya risau dengan keadaanya yang agak teruk. Bukan agak teruk tapi teramat teruk. Keadaan Luhan pula nampak okey. Namun ada suatu hari Sehun mengendong tubuh Luhan yang tak sedarkan diri untuk dibawa ke hospital tapi Manager melarang Sehun dan meminta supaya Luhan dibawa ke Dorm sahaja. Walaupun Sehun hampir sahaja membuat kecoh tapi dia ikut kan sahaja. Tak guna melawan kalau takda kuasa

- 7 August 2014 -

 

Kami semua diberitahu yang Luhan hyung takkan ikut kami ke concert di Thailand. Luhan memberitahu manager bahawa kepalanya pening dan selalu terasa hampir pitam. Ini kali pertama aku lihat pihak Sm membenarkan Luhan berehat. Mungkin dah ambil iktibar selepas pemergian Kris. Mungkin ? 

- 12 September 2014 -

 

Aku dan ahli kumpulan yang lain mendapat message Luhan hyung yang Luhan hyung meminta maaf kepada kami kerana dia akan meninggalkan EXO. Semasa kami dapat message tersebut kami masih dalam perjalanan balik ke korea. Sehun menangis di dalam pelukan Tao. Kini Sehun telah kehilangan seorang Abang dan juga seorang kawan baik. Sehun telah mengurungkan dirinya selama 3 hari berturut-turut akibat dari pemergian Luhan. Kami semua risau melihat keadaan Sehun. Kenapa semakin kami ingin melonjak naik semakin banyak dugaan yang perlu dihadapi

- 9 October 2014 -

 

Suasana Dorm dah tak semeriah dahulu. Kami membuat satu lagi lagu setelah permergian Kris dan Luhan. Kami semua menampal senyuman palsu untuk mengaburi mata peminat. Aku takut Peminat akan sedih atas apa yang berlaku di atas segalanya. Realiti yang menyakitkan. Kami memenangi banyak trofi untuk lagu ' Call Me Baby ' tapi ada yang membuatkan aku takut. Tao hilang. Ya aku tau yang Tao dibawa ke hospital selepas kercederaan semakin teruk selepas persembahan pertama di Mcountdown

- 17 April 2015 -

 

Kami mendapat berita bahawa Ayah Tao telah membuat satu interview tertutup meminta Tao untuk meninggalkan EXO atas kecederaan dirinya. Hati tao berat tapi dia setuju dengan kenyataan bapanya. Pasti bapa tao risau setelah banyak statement keluar dan mengatakan anaknya cedera. Aku sendiri telah melihat bagaimana keadaan kaki Tao. Bengkak dan lebam semakin teruk selepa asyik dikerah untuk menari. Pernah sekali Tao ingin buat Back Flip tapi akibat kakinya yang teruk dia terbaring di atas Stage. Hilang lah lagi seorang ahli perjuangan. Selamat tinggal Tao

- 20 April 2015 -

 


 

- 4 May 2015 -

 

Aku memerhati peminat yang berada di bawah pentas disebalik kegelapan yang menyelbungi aku. Aku menarik nafas sedalam yang mungkin. Kau kene kuat untuk peminat kau. Ini jelah jalan untuk aku terus berjaya. Kalau taknak mungkin aku boileh ikut jalan Kris, Luhan dan Tao yang meninggalkan EXO. Walaupun kekadang bapa ku marah akibat selalu cedera tapi aku dah berjanji untuk menjaga diri sendiri. Berusaha untuk diri sendiri dan peminat 

Fighting

 

Igeorineun wanjeon nalliya

saramdeul saienun namiya

hamkehaneun mae sungani

Like boom boom boom boom boom

What Up

 

Aku menari sambil tersenyum. Aku berharap selepas ini tiada apa yang akan berlaku lagi. Akan aku mulakan hidup yang baru dalam suasana yang baru selepas pemergian Luhan , Kris dan Tao. Walaupun realiti menyakitkan tapi kita kene berusaha untuk berjaya bukan. So aku akan buka muka surat yang baru dan lupakan kisah silam yang penuh duka

Mulakan Hidup Baru dan Selamat Tinggal Sejarah Silam 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 1: Heart-wrenching <\3
(Y)
mpreggoland
#2
Chapter 1: w'pun awk kata kisah ni hanyalah imaginasi awk, tp sy rasa mcm ia perkara yg benar...sy dh mula nangis ni...maaf klu sy ni terlalu emosional dan sy tau yg mn benar dan sekadar rekaan, jd awk jgn la risau..
skrg bkn sekadar Tao, Lay pn sy dh jarang nmpk dia...byk video call me baby yg live, xda Lay atau mungkin sy terlepas pandang...
harap xda sesuatu yg buruk jadi pd Exo lepas pemergian Luhan dan Kris...cian diorg...
GreenDecember #3
Chapter 1: Betul ke tao dah tinggal kan exo?? Mereka x keluarkan official statement lagi kan? Entah, apa yg sy mengarut kat sini...