Masalah, masalah, masalah!!

Baekhyun di Airport

“Semua cepat siap, nanti kita terlambat susah pulak Kris,” bebel Suho kepada semua penghuni rumah itu. Hari ini diorang kena hantar Kris di Airport, Kris berjaya menyambung pelajarannya ke Kanada, menyebabkan adik beradik angkatnya yang lain turut kagum walaupun diorang tidaklah sekagum mana pun.

 

Baekhyun dari semalam lagi tidak dapat melelapkan matanya apabila asyik terfikirkan tentang Airport, maklumlah, selama dia hidup 16 tahun, dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke sana. Dalam kepalanya yang tak seberapa itu sudah berfikir macam macam tentang Airport.

 

“Macam manalah Airport tu sebenarnya eh?” fikir Baekhyun.

 

“Mesti banyak udara kan? Sebab dah namanya air a.k.a udara, takpun air itu air (water). Dia sebijik macam stesen bus ke? Ataupun Train Station. OH MY GULAI!! Apakah ini? Kenapa aku perlu fikir, bazir sel otak kau saja,” gumam Baekhyun seorang diri menyebabkan Lay memandangnya pelik dari tadi.

_______________________________________________________________________

“Abang, kita perlu bawak bekal tak untuk ke Airport?” tanya Kai pada Xiumin  kerana mereka semua belum bersarapan pagi lagi, kecuali Encik Xiumin yang sedang makan nasi lemak yang lebih semalam. Dia pun tak pasti yang nasi lemak itu masih elok atau tidak, biasalah, Encik Xiumin memang tak tahan lapar.

 

“Fak Fayah fah, nafi fifa fakan fi fairport,” kata Xiumin dengan mulutnya yang penuh. Kai yang melihat abangnya itu tidak sopan terus beredar pergi.

 

“Yah, Xiumin mint berhenti makan sekarang, kan kita dah janji nak makan kat Café di Airport hari ini kan?” marah Luhan kepada Xiumin yang sedang sibuk mengunyah nasi lemak itu.

 

“Korang ni kan pepagi begini pun dah buat pertandingan vocal, tahu tak sekarang ni baru pukul 5 pagi tapi korang dah bising mengalahkan ikan paus di lautan Hindi,” marah Suho dengan pepatah siap.

 

“Suho hoho Hodoh, maafkan saya, awak ni boleh tak berhenti membebal eh tersasul lagi, maksud saya berhenti membebel, kitaorang tahulah apa yang kitaorang sedang buat ni,” kata Luhan yang sudah pun terikut sama untuk makan di situ.

 

“Apa yang Lu-ge tengah makan tu?” tanya Xiumin.

 

“Nestum Sehun dan susu Dutch Lady Tao, sedap jugak benda ni,” kata Luhan sambil mengunyah nestum yang diletakkan dengan susu Dutch Lady itu.

 

“Menangislah Sehun jika dia tahu kau makan nestum feveret dia,” kata Xiumin.

__________________________________________________________________

“Kris hyung, nanti kalau nak pergi Airport kita kena pakai baju apa?” tanya Baekhyun yang sudah pun berada di bilik Kris.

 

“Baek tanyalah orang lain, hyung tengah busy nak kemaskan barang ni,” kata Kris menghalau Baekhyun dari biliknya.

 

Baekhyun merajuk dan memuncungkan bibirnya ibarat seperti seekor angsa. “Hmmpphhh, tak nak kawin dengan Kris hyung,” kata Baekhyun berlari keluar dari bilik Kris.

 

“Apa kaitan dengan kawin?” soal Kris kehairanan.

_______________________________________________________________

“Chanyeol, Chanyeol, nanti nak pergi Airport kita kena pakai baju apa?” tanya Baekhyun kepada Chanyeol yang sedang mengosok kain pelekat.

 

“Kamu ni, pakai ajelah baju pyjamas yang kamu tengah pakai sekarang ni, siap ada gambar-gambar lipstick lagi tu,” kata Chanyeol sambil menujukkan ke arah baju tidur warna pink yang Baekhyun sedang pakai.

 

“Hokey, thank tu,” kata Baekhyun.

________________________________________________________________________

Semua sudah pun berada di Airport.

 

“Chanyeol, kenapa kau pakai kasut Omma?” tanya Chen apabila dia ternampak Chanyeol berjalan  dengan sneakers warna pink.

 

“Suho hyung punya salah lah ni, tadi kata nak cepatlah, itulah inilah, sampaikan kita tak perasan kasut siapa yang kita sedang pakai ni, aigooo~~,” kata Chanyeol dengan nada merajuk.

 

“Hahahaha, Baekhyun Oppa, eh, maksud Sehun ialah Baekhyun hyung, kenapa hyung pakai baju tidur datang sini?” tanya Sehun kepada Baekhyun.

 

“Ini trend terkinilah magnae, tulah akibatnya kalau kau asyik tengok cerita Banana in Pyjamas aje. Tengoh hyung ni, asyik mengikuti perkembangan semasa sahaja,” Baekhyun sedang membebel entah apa-apa dekat Sehun. Sehun pula seperti masuk telinga kanan, tak sempat nak masuk dah terus keluar perkataan Baekhyun itu.

 

“Korang sila jaga tatasusila dekat tempat orang ramai ni yer,” suho memberi amaran kepada 11 orang itu. Bimbang jika mereka melakukan perkara yang memalukan.

 

“Jomlah kita semua ke kafe,” kata Kris berjalan menuju ke kafe untuk bersarapan.

 

 

“Anda semua ingin order apa?” tanya pelayan kafe itu.

 

“Order kakak yang cantik ni, hehehehe,” kata Kai dengan muka kemerahan. Suho yang berada di sebelah Kai terus menarik telinga Kai hingga dia mengadu kesakitan.

 

“Arhhh, saya takkan buat lagi hyung,” kata Kai sambil menahan kesakitan.

 

“Bagi kami 9 air kopi dan 3 air susu untuk 3 orang maknae ni, makan pula, bagi saya 12 pinggan nasi goreng dengan sambal belacan yer,” kata Kris sambil tersengih.

 

“Ada ke orang sarapan dengan sambal belacan pagi-pagi?” tanya Lay dengan blurnya.

 

“Eh, mana Baekhyun?” tanya Tao apabila dia perasan yang Baekhyun tak ada di kafe itu.

 

“Entahlah dia ke tandas kot, lepas ni dia datang balik lah,” kata Luhan sambil menganggkat bahunya.

_______________________________________________________________

Sementara itu, Baekhyun sedang sibuk merayau di seluruh Airport, konon-kononya ingin menerokai keindahan di Airport. Semua sudah takut memandangnya, mana taknya, dengan baju tidurnya dan selipar jepun yang dia pakai, sudah membuktikan bahawa dia seperti pesakit mental yang terlepas dari Hospital Bahagia.

 

“Wohooo,” Baekhyun mengangkat tangan pada semua orang yang lalu lalang di situ. Dia ingin menegur semua orang yang ada di Airport itu.

 

“Mak, kenapa orang itu tegur kita?” tanya budak lelaki yang berumur 5 tahun kepada maknya.

 

“Jangan tengoklah, orang itu baru terlepas dari wad mental,” kata mak budak lelaki itu dan terus menutup mata anaknya bagi melindungi kesucian jiwa anaknya.

 

“Kenapa semua orang tidak menyahut panggilan aku eh?” Baekhyun sedang bercakap seorang diri.

 

Baekhyun yang sudah teruja tahap dimana dia tidak dapat mengawal lagi perasaanya itu terus berlari-lari di sekeliling airport, sehingga dia ternampak kedai yang menjual alatan make up. Baekhyun dengan gembiranya masuk ke dalam kedai itu.

 

“Wow, ada lipstick warna purple lah, Omma mesti suka kalau Baekkie belikan ni,” kata Baekhyun. ‘Tak salahkan kalau aku nak try dulu, mana tahu kot-kot lipstick ini penipu, kata warna purple entah-entah bila aku dah pakai jadi warna hijau,’ omel Baekhyun dalam hatinya sendiri.  Baekhyun terus mencalit lipstick warna purple itu ke bibirnya.

 

“Okey, lipstick ini betul-betul warna purple,” kata Baekhyun.

 

“Fuh, cantik jugak aku ni kan? Kalau pakai semua jenis alat make up kat sini mesti lagi cantik dan menawan. Kekekekeke, mesti Abang Suho akan jatuh cinta dengan aku lepas ni.” Apakah maksud mu itu Baekhyun?  

 

Baekhyun ke meja seterusnya, dimana tempat kedai itu mempamerkan eye shadow.

 

“Apa benda ini? Eye shadow? Pakai dekat mana? Dekat pipi kot, ada macam macam warna ni,” kata Baekhyun lalu memakaikan eye shadow berwarna pink ke pipinya.

 

Kebetulan ada pekerja melihat perbuatan teruknya itu terus menghalaunnya dari kedai tersebut.

 

“Kedekut punya kedai, tak hingin aku jejak kaki aku yang lawa ni ke sini.” Baekhyun menjelirkan lidah ke arah kedai make up itu sebelum kakinya membawa dia ke kedai yang dipenuhi dengan mainan kanak-kanak.

 

“Aku tak sangkalah pulak Airport ni macam shopping mall, macam macam jenis kedai ada.”

 

Baekhyun merayau di sekeliling kedai mainan itu akhirnya terjumpa mainan yang menarik perhatian dia. Apakah?

 

“WOW, tak sangka diorang menjual alatan memasak dekat sini, siap ada anak patung Barbie lagi, comelnya,” kata Baekhyun ke arah mainan masak-masak yang disediakan bersama dengan dapur untuk kanak-kanak perempuan.

 

“Alah, mahal lah pulak benda ni,” kata Baekhyun setelah melihat tanda harga mainan itu. dia berlalu pergi dengan hati yang gusar dan sedih.

 

Dengan hatinya yang sedih, Baekhyun bersila di depan kedai mainan tersebut, orang yang lalu lalang memikirkan dia mungkin pegemis terus menghulurkan duit Rm1.

 

“Nah adik ambik duit ini buat beli ais krim,” kata seorang Datin menghulurkan not Rm1 ke arah Baekhyun. Kedekut punya Datin, nama pun Datin, bagilah Rm100 ke? Ish, ish, ish.

 

Baekhyun yang kaku itu tidak mampu berkata apa-apa kerana ini adalah pertama kali seumur hidupnya dia ada orang memberikannya wang kecuali pada hari raya. Baekhyun terus menyambut duit yang diberikan oleh Datin sambil membuat tundukkan berulang-ulang kali sebagai tanda terima kasih pada Datin itu. Datin itu berlalu pergi.‘Kesian mu nak, dah lah miskin, pakai baju tidur warna pink,’monolog Datin itu.

 

 

Baekhyun yang teruja dapat duit RM1 itu ingin berkongsi kegembiraannya dengan orang ramai.

 

“SEMUA,AKU DAPAT DUIT RM1, HUHUHU,” kata Baekhyun kepada orang yang lalu lalang seperti pak belalang itu. dia melompat-lompat dengan gembira sambil menayangkan duit Rm 1 itu kepada semua orang.

 

“What’s wrong with this crazy dude?” kata Mat Salleh yang lalu di sebelahnya.

 

Baekhyun yang sedang gembira itu tidak sedar bahawa penjaga kaunter sedang memerhatikan gelagatnya.

 

“Patutkah kita telefon polis, kerana ada orang yang sedang menggila di sini,” tanya perempuan yang memakai tag nama ‘Jemah’ kepada kawannya yang bekerja di kaunter itu juga.

 

“Jemaah, eh salah, Jemah, kau rasa kita ptut ke call polis? Baik kita call Hospital Bahagia sekarang jugak, barulah selesai kes ini,” jawab kawannya dengan gedik sedikit.

 

Jemah yang mensetujui idea kawan baiknya it uterus menghubungi Hospital Bahagia.

 

 “Hello, ini Hospital Bahagia ke? Saya ingin melaporkan tentang seorang budak mental sedang menggila di sini. Ya, dia memakai baju tidur warna pink dan berselipar jepun, sial datang dengan segera yer,” terus gagang telefon diletakkan.

 

“Kelas kau cakap Jemah, macam pihak polis sedang membuat adunan.”

 

“Aduan, Semah,” Jemah membetulkan bahasa kawannya yang boleh diibaratkan mat salleh celup. Maklumlah, 3 tahun duduk dekat London. Baru 3 tahun, dah lupa ke bahasa ibunda?

___________________________________________________________

 

Sementara itu di kafe,

 

“Abang Kris, mana Baekhyun pergi?” tanya Kai apabila mereka semua sudah hampir selesai menjamu selera.

 

“Arhhh sedapnya sambal belacan, tak sia-sia hyung order,” kata Kris. Lain di tanya, lain dijawab. Adakah sambal belacan menyebabkan Kris jadi angau macam bangau?

 

“Jomlah kita buat laporan mengatakan ada seorang budak hilang,” kata Suho yang risau dengan adik angkatnya itu.

 

“Korang tunggu kat sini yer, biar abang pergi buat laporan Baekhyun sudah hilang ditelan zaman,” kata Xiumin. Dia mengajak Luhan dan Suho untuk ikut bersama. Kris dengan muka derpnya bersama dengan sambal belacan buat-buat tak tahu sahaja.

 

 

“Kami ingin membuat laporan tentang kehilangan seorang budak yang berumur 16 tahun, namanya Baekhyun,” kata Suho di tempat pengumuman itu.

 

“Woi, keluarlah macam mana korang masuk? Ini menara kawalan, bukannya tempat pengumuman budak sesat,” marah salah seorang pegawainya.

 

Rupa-rupanya Xiumin mengajak mereka ke menara kawalan untuk membuat pengumuman budak sesat. Apalah diorang ni, kesian Suho. Tanpa Suho sedar, Xiumin dan Luhan sudah pun hilang. Tinggallah Suho terkebil-kebil di situ.

 

 

“Kami ingin membuat pengumuman budak sesat yang bernama Baekhyun, memakai baju tidur warna pink dan berselipr jepun” kata Xiumin kepada penjaga kaunter itu. penjaga kaunter mengangguk dan membuat pengumuman.

 

DING DONG KEDINDING KEDONDONG DANG DANG

 

Bunyi loceng pengumuman yang sangat unik mengikut arus zaman.

 

“Diumukan bahawa esok ialah hari raya.”

 

“Apa jenis pengumuman itu,” tanya Luhan.

 

“Eh maafkan saya, saya tersalah pasang tape pengumuman hari raya pulak.” Kata penjaga kaunter itu.

 

“Diumumkan ketibaan yang berhormat, pasangan suami isteri Dato K dan Dato Siti Nurhaliza,”

 

Hanya dengar bunyi tapak kaki orang berjalan sahaja.

 

“Hahahah, maafkan saya sekali lagi, Saya ingin mengumumkan bahawa jika sesiapa ada ternampak budak yang bernama Baekhyun, memakai baju warna pik serta berselipar jepun sila bawa dia ke kaunter pertanyaan kerana ahli keluarganya sedang menunggu.”

 

Xiumin dan Luhan menunggu Bakehyun di kaunter tersebut.

____________________________________________________________________

 

“Aku tak gilalah lepaskan aku,” jerit Baekhyun apabila pegawai hospital Bahagia ingin membawanya ke dalam van ambulans hospital bahagia.

 

“Adik, diam dan bertenang, kami cuma ingin bawak adik pulang sahaja,” pujuk Dr. sakit jiwa itu.

 

“Arrh,, Kris hyung, tolong Baekk, Baek tak nak balik lagi, Kris hyung, Suho hyung, Lay hyung,” jerit Baekhun dan memanggil semua nama adik-beradinya itu.

 

Pegawai yang sudah tidak tahan dengan pemberotakan BAekhyun itu terus mengikat tangan dan kaki Baekhyun. Baekhyun dengan muka yang reda mengikut sahaja dioarang naik ke van ambulans untuk menuju ke hospital Bahagia.

 

Selepas beberapa jam.

 

 “Macam mana nie? Ke mana Baekhyun sesat? Hyung dah nak check in dah ni,” kata Kris dengan gelisah.

 

Semua adik beradik Baekhyun sudah berkumpul di depan balai perlepasan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Kris, cuma Bekhyun seorang sahaja tak ada.

 

Suho menerima panggilan dan terus dia menjawabnya,” Hello ini Suho ho ho, ada apa yang boleh saya bantu?”

 

“Cara dia bercakap tak ubah macam pembantu kaunter,” bisik Lay kepada Chanyeol, dan Chanyeol meggangguk.

 

“APA!! BAEKHYUN KAT HOSPITAL BAHAGIA SEKARANG!! Nanti kami datang dengan segera,” jerit Suho menyebabkan semua orang telah pun mendengar perbualannya itu.

 

Semua berlari menuju ke hospital bahagia meninggalkan Kris seorang diri di situ. Terpinga-pinga Kris di situ. “What the heck? Tak ucap pun selamat tinggal kat aku,” kata Kris seorang diri.

 

Mujurlah ada mak cik Cleaner yang baik hati di situ mengucapkan selamat tinggal untuk Kris, walaupun ianya tidak memberi apa apa efek pada Kris. Sebenarnya mak cik Cleaner tu ada crush dengan Kris. Insaflah mak cik. 

______________________________________________________________________

 

“Huhuhuhu,” Bekhyun menangis terharu apabila semua adik beradinya datang menjemputnya di hospital bahagia. Disebabkan oleh Baekhyun diorang semua terlupa pasal Kris. Kesian Kris.

 

“Rasa macam terlupa sesautu lah? Apa dia?” tanya D.O kepada mereka semua.

 

Mereka semua hanya menjawab dengan satu patah perkataan yang boleh dikira dengan jari manusia, “entahlah.”

 

Itulah kisah Baekhyun di Airport yang penuh dengan kedukaan, erk, tak tahulah, mungkin kenangan paling manis bagi Baekhyun kot. 

_________________________________________________________________

Enjoy guys dengan cerita benggong aku ni!

ASK.FM

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
GreenDecember
Cerita aku ni memang benggong kan?

Comments

You must be logged in to comment
Mytwin306vixxN #1
Chapter 1: Adoiiiyaii... Aq gelak sampai keluar air mata..itu buktinye fanfic ni klakar giler..
misz_dina #2
Chapter 1: Perangai sebijik mcm org sakit jiwa.ahaks
Chocolate_Crush
#3
Chapter 1: Tak tau nak ckp apa pasai mak dah marah cek suroh dok diam2 sikit...
Bayangkan, cek dok gelak sorang2 kt ruang tamu time mak tgh layan bola...
Sapa x mrh kan?
Dragneel09 #4
Chapter 1: Ghahahaha....semoga baekhyun sembuh dari mental dia!!!
BaeBacon__L #5
Chapter 1: congrat! you make me laugh like crazy poeple
jjongkeylover
#6
Chapter 1: kesian baek...hahahaha..XDD
CosmicLatte00 #7
Chapter 1: Tak sanggup nak bayangkan scene ff ni. Ni pn dh rase mcm nak menangis.
jordanJOONGKI
#8
Baekkie tu da blh diklasifikasi sbgi org gila.... cian my idol..... haha