(^~^)

Don't Forget Me

Jun pulang dari sekolah dengan meluncur di atas papan luncurnya. Dari jauh, dia melihat seseorang sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumahnya.

"Kak SunHwa? Buat apa kat depan rumah Jun ni?" Tegur Jun sungguh mesra.

"Akak tunggu kakak Jun buka pintu. Dari tadi akak panggil, takde response," jawab SunHwa sambil mengipas-ngipas dirinya yang hampir setengah jam disinari sang mentari.

 "Nasib baik Jun tak melencong kat mana-mana tadi, kalau tak, kesian kak SunHwa tunggu kak SooYoung sampai berjanggut," usik Jun sambil membuka pintu menggunakan kunci pendua.

'Kak SooYoung mesti tengah tidur lagi. Haih....' keluh Jun sendiri dalam hati sementara tangannya menyimpan kembali kunci pendua itu ke dalam poket seluarnya.

"Kak SunHwa duduklah dulu. Rehat-rehat kan badan tu sementara Jun panggilkan kak SooYoung, okey?" Jun mempelawa.

Sebaik sahaja Jun masuki bilik kakaknya, dia hanya mampu menggeleng kepala. Tekaannya memang tepat! Kakaknya, Choi SooYoung sedang enak dibuai mimpi dalam tidur yang lena. Tanpa membuang masa, Jun menggoncang-goncangkan tubuh SooYoung dan berkata;

"Kak SooYoung! Bangun!!!!" Namun malang, mata SooYoung sedikit pun tidak tercelik. Tanpa berfikir panjang, Jun menarik selimut yang sedang dipakai SooYoung secara perlahan-lahan. Sekali lagi dia memanggil kakaknya tetapi kali ini nada suaranya dinaikkan.

"Kak SooYoung!!! Bangun!!!" 

Mata SooYoung tercelik. Dia memandang Jun. Jun mahu mengukir sebaris senyuman gembira apabila usahanya berhasil. Namun niatnya terbatal apabila.....

"Jun...., pergilah main tempat lain. Syuh! Jangan ganggu akak," SooYoung menarik balik selimutnya.

Usahanya buat kedua kali juga gagal. Lantas Jun bertindak lebih agresif. Dia melompat-lompat di atas katil SooYoung sambil menjerit;

"Akak!!!!! Choi SooYoung!!!!! Bangun!!!!"

Bergegarlah seluruh katil itu seakan-akan bumi Seoul sedang dilanda gempa bumi. SooYoung terjatuh dari katilnya.

"Ouch !!!!" SooYoung bangun lalu menggosok-gosok bahagian tubuhnya yang terasa sakit."Jun !!!!! Janganlah kacau akak! Semalam akak kerja overtime, hari ni bagilah akak  tidur lama-lama! Sekarang keluar !!! " teriak SooYoung lalu kembali tidur.

"Aku tak boleh mengalah! Kesian Kak SunHwa dah lama tunggu. Yup! Choi JunHong, you're genius boy! Think something" Jun bermonolog sendiri. Beberapa minit kemudian dia keluar dari bilik itu.

"Eh, kenapa diam pulak budak ni? Selalunya Jun ni never give up," SooYoung yang berasa hairan terus bangun dan menggosok matanya. Dia terkejut beruk apabila melihat cermin kesayanganya diconteng dengan menggunakan gincunya yang mahal.

"JUN!!!!!!!!!!!!!!!!!" SooYoung menjerit selantang taufan. SooYoung  yang geram dengan tindakan budak lelaki berusia 17 tahun itu lantas mengejar adiknya. Jun yang panjang akal itu cepat membuka langkah seribu ke arah SunHwa. Melihat sahaja kelibat SunHwa ,SooYoung berhenti. Dia lantas cepat-cepat cover dirinya agar tidak kelihatan seperti orang bangun tidur.

"Hurrmm, Su-SunHwa? Ap-apa kau buat kat sini?" SooYoung menjadi gagap.

"Bukan kau yang suruh aku datang ke?" Soal SunHwa yang sedang tahan untuk ketawa.

"Ark.. Erkk..Ehmm..ye.ye!" Soo Young mengiakan.

"Tapi....." SunHwa sengaja menggantung ayatnya.

"Tapi apa?" SooYoung mengerutkan dahi.

"Kau pergilah mandi dulu!! Busuk lah," SunHwa menolak tubuh SooYoung jauh darinya. SooYoung menurut kata.

Selepas SooYoung selesai mandi, mereka pun berbincang hal mereka. Sedang mereka berbincang, tiba-tiba perut SooYoung dan SunHwa berkeroncong.

"Wei, aku lapar laa," rungut SooYoung.

"Aah, aku pun lapar juga. kau tak nak hidangkan apa-apa ke? kau kan tuan rumah," kata SunHwa kepada SooYoung.

"Hah! Alang-alang kau ada kat sini, apa kata kau tunjuk sikit skill kau tu?" Cadang SooYoung. Dia menggangkat keningnya.

"Apa?! aku?" SunHwa agak terkejut.

"Yellah, jomlah.. tolonglah, SunHwa!" SooYoung menarik SunHwa ke dapur.

"Yelah, yelah. kau kena tolong aku!"

Akhirnya SunHwa setuju dengan cadangan untuk masak makan malam. Sedang dua gadis itu memasak, mereka turut berbual.

"SooYoung, mana adik kau? sekali naik, tak turun-turun?" Soal SunHwa penuh rasa ingin tahu.

"Ala...dia tu kalau tak keluar main skateboard. Terperap je main game dalam bilik dia tu. Nasib baik dia tu memang otak genius, kalau tak, jangan harap aku nak benarkan dia main-main," terang SooYoung sungguh tegas.

"Amboi~ garangnya. Tapi kan.., aku tengok adik kau tu handsome kan?" Kata-kata SunHwa memeranjatkan SooYoung."Takde lah..., Adik kau tu dah lah cute, tinggi pula tu. Perfect pakej!" Sambung SunHwa dengan aura kegedikannya. Mungkin dia sudah tertarik dengan adik lelaki tunggal SooYoung itu.

"Hey, hey! Tolong sikit! Dia tu punya perangai aku seorang je yang boeh handle tau? Nakal, degil, suka cari pasal je kerja nya," luah SooYoung mengenai perangai sebenar adiknya.

"Tapi, kau sayang dia kan?"

"Mestilah! Dia satu-satunya adik aku. Satu-satunya ahli keluarga aku yang ada. Selepas ibu bapa aku meninggal, aku yang jaga dia. Dia lah penyeri hidup aku, telatahnya sangat menghiburkan. Aku sayang dia sangat-sangat," nada suara SooYoung kedengaran sayu sekali.

"SooYoung, janganlah nangis!"

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
bonus extra chapter update! Plz take a look and tell me what you think ^^

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Chapter 6: Haha ok saya orang first komen kat cerita ni. Ya allah, mengalir air mata saya baca cerita ni tambah2 dekat part jun gaduh dengan sooyoung tu, saya fikir ending dia sad sekali happy ending haha. Aduh menyentuh perasaan betul, susah nak jumpa cerita tentang adik beradik ni dan memang dah lama saya cari tapi tak jumpa haha. Pape pon Good job authornim ^_^...