My Little Husband 1 (Jimin version)

Description

 

< 귀여운 남편>

WATAK2 UTAMA:

BTS PARK JIMIN (19 TAHUN)

HAN YESUL (29 TAHUN)

INFINITE KIM SUNGGYU (25 TAHUN)

AOA KIM SEOLHYUN (19 TAHUN)

SINOPSIS:

Dek kesempitan hidup selepas kematian bapanya, Park Jimin mengambil keputusan untuk berhijrah dari Busan ke kotaraya, Seoul. Disana, dia ditawarkan bekerja sebagai bartender di salah sebuah pub yang terkenal, sentiasa dikunjungi oleh selebriti tersohor Korea. Takdir hidup Park Jimin berubah setelah pertemuannya tanpa dijangka dengan Han Yesul, pelakon popular berusia 29 tahun, berperwatakan gila-gila dan suka berparti. Pertemuan tersebut telah mencetuskan kontroversi seantero Korea. Atas desakan keluarga dan pihak pengurusan, Han Yesul terpaksa akur bahawa dia terpaksa menamatkan zaman bujangnya dengan seorang lelaki yang lebih muda 10 tahun darinya. Kehadiran Kim SungGyu yang menagih cinta Han Yesul manakala Park Jimin terbelenggu oleh janjinya dengan Kim Seolhyun memberi impak kepada kehidupan mereka sebagai suami isteri. Bagaimana kesudahan kisah mereka berdua? 

 

# PART 1 #

 

Ms. Park: Jimin, kamu dah fikir masak-masak ke keputusan kamu tu?

Jimin melentokkan kepalanya ke bahu Puan Park.

Jimin: Eomma, Jimin betul-betul nekad. Jimin terpaksa buat ni semua demi eomma dan adik-adik. Lagipun Jimin tak sanggup tengok eomma bersusah payah kerja ke sana ke mari cari duit. Eomma bukannya sihat sangat.

Pn. Park: Tapi, eomma risaukan kamu..Kita takde saudara-mara dekat Seoul.

Jimin: Eomma jangan risau, saya akan tinggal dengan Taehyung. Eomma kenal kan? Anak uncle Kim?

Puan Park mengangguk lalu mengusap lembut rambut anak sulungnya.

Pn. Park: Bila kamu nak pergi sana?

Jimin: Esok..

Pn. Park: Besok?

Jimin: Yup, lagi cepat lagi bagus..nanti bila Jimin dah kerja, dapat gaji..Jimin akan transfer duit dekat eomma. Eomma tak payah kerja, jaga Jina dengan Jaemin je. Diorang sangat perlukan kasih sayang eomma.

Puan Park menarik hidung anaknya.

Pn. Park: Pandai pulak kamu nasihatkan eomma. Yelah, eomma benarkan kamu pergi sana. Tapi ingat, jaga diri elok-elok bila kat sana nanti.

Pantas Jimin mencium pipi dan kemudian memeluk erat eommanya.

Jimin: Thanks eomma, saya janji..saya akan kerja dengan baik-baik dan tekun.

Puan Park hanya tersenyum melihat gelagat anaknya itu. Walaupun mereka sekeluarga hidup susah, Jimin dan adik-adiknya tidak pernah mengeluh dengan keadaan hidup mereka.

 

Jimin memegang erat kedua-dua belah tangan Seolhyun.

Jimin: Saya janji dengan awak, bila dah sampai sana nanti..saya akan hubungi awak. Janganlah risau.

Seolhyun mencebikkan bibirnya.

Seolhyun: Tapi saya risau..

Jimin: Risau? Nak risau apa?

Seolhyun: Yelah, semua orang cakap..perempuan dekat sana lawa-lawa. Saya takut awak jatuh hati dengan perempuan lain then lupakan saya kat sini.

Park Jimin menarik lembut pipi Kim Seolhyun.

Jimin: Takde maknanya saya nak jatuh cinta dengan gadis2 Seoul tu semua. Gadis Busan dekat depan mata saya ni beribu kali lawa la..

Seolhyun tersenyum sebaik mendengar kata-kata tersebut.

Seolhyun: Okay, saya akan ingat kata-kata awak. Kalau awak curang, siapla!!

Seolhyun menunjukkan penumbuknya sebagai tanda amaran.

Jimin: Garangnya..Okay, saya janji..Park Jimin adalah milik Kim Seolhyun sorang je.

Jimin ketawa diikuti oleh Seolhyun. Mereka menghabiskan masa di taman tersebut hampir dua jam sebelum masing-masing mengucapkan selamat tinggal. Sebelum berpisah, Seolhyun memberi sehelai sapu tangan bercorak abstrak, tertera sulaman ‘PJ & KS’ kepada Jimin.

Seolhyun: Kalau awak rindu saya atau dalam kesusahan, peganglah erat2 sapu tangan tu. Anggap je saya sentiasa bersama awak walau dalam apa jua keadaan.

Jimin: Thanks..Awak akan sentiasa berada dalam hati saya.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Park Jimin memilih untuk ke Seoul menggunakan KTX. Perjalanan dari Busan ke Seoul hanya mengambil masa dua jam berbanding menaiki bas yang memakan masa 5 hingga 6 jam. Sebaik sampai di Seoul Station, dia mengeluarkan handphonenya dan terus menghubungi Taehyung.

Jimin: Taehyung, aku dah sampai ni..dekat Seoul Station, datang jemput aku ye. Aku bukan tahu selok belok kat sini.

Taehyung: Yelah, kau tunggu kat situ. Dalam 15 minit nanti aku sampai. Kau jangan pi mana-mana ye..

Jimin: Yelah, kau ingat aku ni budak kecik.

Selepas menamatkan perbualan telefon, Jimin duduk di bangku manakala matanya tertancap pada skrin handphone. Terpampang gambar Puan Park, Jina dan Jaemin. Air matanya mula bergenang. Perasaan rindu mula muncul walaupun tak sampai 3 jam mereka berpisah. Sedang asyik melayan perasaan, dia terdengar seseorang menjerit meminta pertolongan. Dia memandang ke kiri, seorang perempuan cuba mengejar lelaki yang melarikan handbagnya. Lelaki tersebut semakin menghampiri Jimin. Dengan berani, Jimin menahan kakinya, gedebukk! Lelaki tersebut jatuh tersungkur. Pantas Jimin mengambil handbag tersebut dan cuba menyerahkan kepada pemiliknya.

PD: Cut!!!!!

Jimin: Nah, handbag awak..

Yesul: Apa yang kamu buat ni?

PD: Cut!!

Han Yesul merampas handbag tersebut dari tangan Jimin.

Yesul: Kamu buta ke apa? Tak nampak ke saya tengah shoot drama? Disebabkan kamu, saya kena ulang balik secene ni. Ingat senang ke nak berlari dengan high heels bagai..

Wajah Han Yesul tampak merah menahan kemarahan.

Jimin: So..sorry..saya tak tahu..

Yesul: Tak tahu? Takkan tak nampak kamera merata-rata. Kamu ni baru keluar dari gua ke?

Park Jimin menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Jimin: Saya dari Busan, ni first time saya sampai sini..

Yesul: Busan? No wonderlah..

PD: Yesul, kita start balik scene ni ye..

Han Yesul mengangguk.

Yesul: Nasib baik saya busy, kalau tak..saya takkan lepaskan kamu.

Park Jimin hanya menunduk, berkali-kali dia meminta maaf.

Sebaik Han Yesul berlalu pergi, Jimin duduk kembali di bangku. Perasaan malu menerpa dalam diri kerana dimarahi di hadapan orang ramai.

Jimin: Cehhh…mentang-mentanglah duduk dekat Bandar, berlagak..

Terkumat-kamit mulut Jimin membebel sendirian.

Taehyung: Jimin!!!!

Taehyung menepuk dengan kuat bahu Jimin. Terkejut Jimin dibuatnya.

Jimin: Kau ni kan..kalau aku ada sakit jantung, dah lama kena heart attack.

Taehyung: Takdela, dari jauh aku nampak membebel sensorang. Kenapa?

Jimin: Tu!!

Taehyung: Kau nak berlakon sekali ke?

Jimin: Banyaklah. Aku tak tahu diorang tengah shooting drama. Dah perempuan tu kejar peragut, aku halang guna kaki. Jatuh bergolek peragut kat lantai.

Taehyung: Hahahahahahaha…lawaklah kau..habis, kena marah tak?

Jimin: Yelah, free-free aku kena marah dengan perempuan tu..

Taehyung: Perempuan tu nama Han Yesul. Perangai dia kerek sikit, tau-tau jelahkan.. pelakon terkenal. Fefeeling diva.

Jimin: Han Yesul? Tak pernah dengar pun. Yang aku kenal Song Hye Gyo, Han Ga In, Choi Ji Woo..

Taehyung: Memangla kau tak kenal, kau bukan kaki drama pun kan? Dahla..jom balik rumah. Nanti kita sambung story-mory plak kat sana.

Jimin bingkas bangun lalu mengekori Taehyung dari belakang. Dia sempat berpaling ke arah tempat penggambaran tersebut.

Jimin: Harap-harap rating drama ko rendah, berlagak je lebih..uh!

-TBC-

 

 

 

 

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet