nana & leno

Yoon Doojoon's Life Journal

Italic: Penceritaan kisah silam Doojoon.
Perkataan biasa: perkara yang berlaku pada waktu sekarang.


4 Julai 2004

Err..entah apa yang aku patut tulis dalam ni? Atuk hadiahkan aku buku ni sebab hari ni birthday aku. Heh. Benda ni mengarut..cuba kalau orang lain dapat tau yang aku ada diari? Tak ke aku kena gelak? Sebab semua benda yang mengarut ni, budak perempuan je yang buat! Budak perempuan je yang ada diari, tulis diari tentang angan-angan nak bersuamikan anak raja..blabla..
 

Tapi aku tak boleh nak buang atau tak endahkan buku ni, atuk mesti sedih. Hmm..mungkin aku patut ubah persepsi? Mungkin aku patut panggil buku ini journal, dan bukan diari. Baru nampak macam anak jantan sikit kan? 

Dan aku tak rasa yang aku akan tulis dalam buku ni dalam waktu yang terdekat sebab tak ada benda yang menarik untuk aku catatkan.


YD.

 

"Doojoon-ah..ni hadiah untuk kamu! Atuk belikan khas dan special untuk cucu atuk ni!" 

Hadiah yang berbalutkan surat khabar diberikan kepada Doojoon yang baru sahaja meningkat umurnya ke 16 tahun. Walaupun tak seberapa, namun hadiah itu telah cukup membuatkan budak lelaki itu gembira; kerana ianya adalah hadiah hari jadinya yang pertama pada hari itu. Doojoon tersenyum simpul dan mengoyakkan surat khabar yang membaluti hadiah itu. 

Dia tercengang.

"Ni journal, kamu boleh tulis apa-apa saja yang kamu nak dalam tu." terang atuknya.

Doojoon langsung tidak menyangka atuknya akan menghadiahkan sebuah journal, bukan ke benda macam ni hanya budak perempuan saja yang suka buat? 

Walaupun dia tak suka, dia terpaksa menerimanya. Kerana ini adalah hadiah daripada atuknya. Selama ini, yang selalu mengambil berat tentang dirinya cumalah lelaki itu. "Terima kasih atuk." ucap Dujun sambil tersenyum.

"Mulai hari ini,kalau kamu menghadapi hari-hari yang buruk, kamu catatlah dalam journal tu. Walaupun masalah tak akan selesai hanya dengan menulis di dalam journal tu, kamu akan rasa beban yang dipikul semakin berkurang. Atuk pun bukan selamanya boleh hidup..kamu pula tak reti nak berkawan, atuk risau dengan kamu. Jadi, mulai hari ni kamu tulis semuanya dalam journal itu ye? Anggap saja journal itu pengganti atuk waktu atuk tak ada nanti."

Doojoon mengangguk perlahan tanda faham. Lelaki di hadapannya ini memang memahami dirinya. Dia seorang yang suka memendam masalah dan perasaannya, dan dia sukar untuk mendapat kawan. Orang menganggap dia sukar didekati dan sombong. Padahal Doojoon cuma seorang yang tertutup  dan janggal. Dia cuma suka bersendirian.

Selepas dua minggu daripada kejadian tersebut..atuknya disahkan meninggal dunia akibat menghidapi penyakit jantung yang kronik. Dia mati di dalam wad kecemasan sewaktu menjalani pembedahan.

 

 

18 Julai 2004

Aku benci mereka. Kenapa waktu atuk meninggal pun mereka langsung tak ada masa untuk pergi melawat? Jauh sekali untuk menelefon aku. Atuk kan bapa kepada papa? Kenapa dia langsung tak ambil peduli? Pada waktu yang macam ni mereka masih saja sibuk dengan bisnes! Apa mungkin kalau waktu aku mati nanti, mereka tetap akan berbuat begini? Langsung tak masuk akal..

Aku dah kehilangan tempat untuk aku mengadu, aku tak sangka yang dia sudah pergi..papa dengan mama pulak langsung tak balik rumah. Abang aku pulak sibuk dengan hal dia. Tak ada sesiapa yang sayangkan atuk ke? Atau cuma aku seorang saja yang sayangkan dia?  

Atuk tak pernah cakap yang dia ada sakit jantung..jadi bila aku terima je berita dia meninggal dalam wad, aku terkejut. Papa dengan mama tak pernah cerita apa-apa pun. Adakah selama ini atuk menanggung penyakit itu sorang-sorang? Aku tak tahu kenapa perangai mereka berdua seperti itu..sampainya hati mereka melihat atuk duduk sorang-sorang. Selama ini pun cuma aku dan pembantu rumah aku saja yang datang untuk jumpa atuk. 

Buku ini adalah satu-satunya peninggalan dia. Jadi aku akan gunakan dengan sebaiknya.
Dan betul cakap lelaki tu, setelah menulis, aku rasa beban yang dipikul semakin ringan. Mungkin aku akan menulis lagi.

YD.

 

 

"Weh, selamba kau je baca diari papa!!" jerit Nana yang baru sahaja masuk ke dalam bilik yang didiami oleh Leno. 

Leno membuntangkan matanya, "Macam mana kau boleh masuk ni? Aku punya suka lah!" bidasnya, "By the way..bukan diari, tapi journal!"

Nana bercekak pinggang, "Whatever. Pintu pun tak kunci, kenapa kau tanya soalan yang tolol? Ah, apa-apa pun, mana kau dapat semua diari ni? Bukan ke papa tak kasi sentuh?!" omel perempuan itu sambil duduk di sebelah kembar tak seirasnya, Leno.

Dia baru teringat yang dia terlupa untuk mengunci pintu bilik, dia menyumpah dirinya sendiri. "Journal, sis." dia menekankan perkataan 'journal' kerana nampaknya Nana masih tak faham perbezaan di antara diari dan journal. "Aku jumpa lah, dekat loteng. Siapa sangka, papa kita tu tulis banyak journal sampai banyak macam ni..kau tak nak tahu ke kisah hidup papa?" tanya Leno, dia cuba mengumpan kakaknya yang tua cuma seminit itu. 

Nana mengecilkan matanya ke arah journal itu sebelum tersenyum nakal, "Why not?"

 

 

author note:

A brief introduction! Please stay subscribe, and upvote if you like! <3

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Chapter 1: Ala~ update lagi
KertasUngu
#2
please update lagi..
vaguememory
#3
Even baru baca. Bapak ah! Best gila doe! Aaaa update la lagi. Nak tahu apa jadi pastu. ;; dah susah oo nak cari karya beast member /sobs/
Uwaaaaa dujunieeeee ;;
happineseu
#4
awooi,dujunie dh kwin xD...
GreenDecember #5
Chapter 1: Woah,..best lah citer nie...updatelah lg...sy suka.,,