Bab 8

My First Love

Cikgu Lee masuk ke kelas dengan muka yang manis. Semua pelajar memandang aneh. Selepas mengucapkan salam kepada Cikgu Lee, pelajar mendengar tekun apa yang Cikgu Lee cakapkan. "Cikgu ada berita gembira. Tapi sebelum tu, cikgu nak ucapkan tahniah kepada Jungkook dan Jiae sebab telah menyiapkan hasil kerja amal dengan cepat tetapi mereka berdua tidak memberi lagi buktinya semasa membuat kerja amal. Harap Jiae dan Jungkook cepat-cepat hantar," cakap Cikgu Lee. Semua pelajar terkejut terutamanya Hongbin. Jiae menjadi bersalah kepada Hongbin telah menipunya. Jungkook membuat tidak tahu sahaja. "Dan berita baiknya, musim panas akan tiba!," jerit Cikgu Lee. Semua pelajar bersorak dengan kuat sekali. "Tapi, pihak sekolah akan mengadakan kem musim panas. Kalau sesiapa yang duduk sahaja dekat rumah je, pergilah kem ni," terang Cikgu Lee. "Berapa yuran nya?," taya Hongbin. "Cikgu tak pasti lagi tentang yuran itu. Nanti cikgu pergi tanya," jawab Cikgu Lee. Kelas pun bermula.

Waktu rehat pun bermula. Jiae enggan berjumpa dengan Hongbin. Tetapi Hongbin tetap mengikutinya. Sampai ke pondok, Hongbin menghalang Jiae. Jiae sekadar tunduk sahaja. "Kenapa awak laju sangat ni?," tanya Hongbin. Jiae hanya mendiamkan dirinya. "Jiae....saya tanya ni," panggil Hongbin. "Saya laparlah. Itulah saya nak cepat sangat sekarang," tipu Jiae. "Tak nak cakap sesuatu dekat saya?," tanya Hongbin lagi. Jiae menarik nafas. "Saya minta maaf sebab tipu awak. Saya cuma tak nak awak tolong saya je. Lagi pun hubungan awak dengan Jungkook tak lah sebaik sangat," terang Jiae. "Tak apa. Saya tak nak cakap benda tu lah. Saya cuma nak tanya tentang kem musim panas tu je," cakap Hongbin. Jiae mengangguk. Jiae pun tidak tahu sama ada mahu ke tak pergi kem itu. "Awak nak pergi ke tak kem tu?," tanya Hongbin. "Entahlah. Saya pun tak tahu," jawab Jiae. "Awak pergilah. Nanti boleh bual-bual masa cuti musim panas," cakap Hongbin. Jiae hanya tersenyum sahaja. 'Jungkook pergi ke tak? ' bisik hati Jiae.

Jungkook berjumpa Hayoung di kantin. "Awak dah dapat tahu tentang kem musim panas tu?," tanya Jungkook. Hayoung menggeleng. "Maknanya Cikgu Lee hanya cakap dekat kelas sayalah," cakap Jungkook. "Awak pergi ke kem tu?," tanya Hayoung. "Rasanya pergi sebab cuti musim  panas tahun ni duduk dekat rumah je," jawab Jungkook. "Kalau macam tu saya nak ikut boleh tak?," tanya Hayoung. "Suka hati awaklah," jawab Jungkook dengan selamba. 'Bestnya habiskan cuti musim panas dengan Jungkook' bisik hati Hayoung. Jiae telah mendengar perbualan mereka itu. 'Jungkook nak pergi juga kem tu. Pergi jelah' bisik hati Jiae. 

Jiae terus berjumpa Hongbin. "Hongbin, saya nak pergi juga kem tu. Boleh tak awak bagi nama saya dekat Cikgu Lee?," tanya Jiae. "Boleh je. Tapi kenapa awak pergi juga? Tadi cakap tak nak pergi," soal Hongbin. "Saya tak cakap pun saya tak nak pergi. Saya cakap saya tak tahu lagi je," jawab Jiae dan terus berlalu dari situ. Hongbin memandang aneh tetapi dia berasa sungguh bahagia kerana Jiae akan berjumpa setiap hari.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ierashahira
wahai kepada semua pembaca cerita saya, sila jawab soalan saya ^^

Comments

You must be logged in to comment
ByunBaekWifey
#1
Ohh bestnya~I need a sequel~! ^.^
taoliaa
#2
good ending ....^_^
overdosing14
#3
Chapter 24: good ending! i like it. Tahniah sebab dah habiskan cerita ni
ChachaPippo
#4
Chapter 24: lolololol.. author , hohoho .. best2 xD
k-hope
#5
Chapter 24: Wow.......daebak2.....jungkook ngan jiae dah kawin....huhuhuhu....tp tak rasa kesian pun ngan hongbin...hongbin baik sgt
amy_baekhyun98 #6
Chapter 23: Pada pendapat saya,awak habiskan je cite ni selepas bab ni. So endingnya jungkook dan jiae dh couple, sbb awk buat cite ni utk dorang berdua. Then, awk buat sequel story tentang hubungan hongbin dan hayoung. Mesti ramai suka (termasuk saya XD). But,fokus dulu dkt PT3 sbb itu lebih penting. Good luck for PT3! Fighting!
minlee123 #7
Chapter 23: Sambung cerita ni best .wat lah hongbin hayoung couple
minlee123 #8
Chapter 22: Ambik jelah hongbin tu hensem apa