Bab 10

My First Love

Semasa Jiae dan Hongbin berjogging, mereka berdua berjumpa Jungkook dan Hayoung yang sedang berjogging. Jiae menjadi tidak keruan. Hongbin melihat sahaja pada Jiae. "Kenapa dengan awak? Awak nampak Jungkook ke? Padahal dia jauh dari kita?," tanya Honbin. Jiae terkedu. "Apa?! Jungkook ada dekat sini ke? Mana dia? Kalau dia dah dekat, jomlah berjogging dekat lain," jawab Jiae dengan gelabah. Hongbin menjadi aneh. Jiae pun berlalu dari situ. Hongbin mengikuti sahaja. Jungkook perasan yang Jiae dengan Hongbin berada di situ. 

"Hongbin, saya dah tak larat nak berjogging lah. Kalau awak nak jongging lagi, pergilah. Saya tunggu dekat pondok ni," cakap Jiae dan terus duduk di pondok itu. Hongbin menganggukdan terus menyambung untuk berjogging. Jiae berfikir sejenak. "Tadi aku rasa aku nampak Jungkook. Tapi, tak mungkin lah. Sebab aku bukan nampak pun," cakap Jiae keseorangan. "Tapi Hongbin cakap, Jungkook tu berada jauh dengan kita. Maksudnya, aku memang tak salah nampak lah. Maksudnya, mata kau dah nak nampak ke? Eh, tak boleh buat kesimpulan! Lebih baik aku cakap dekat onnie," cakapnya lagi. Tiba-tiba seseorang datang kepada Jiae. Jiae mendongak. Dia mengusap-gusap matanya supaya menjadi lebih tepat lagi pada pandangan dia. 'Jungkook ke?' bisik hati Jiae. "Yang kau pergi gosok mata kau berkali-kali tu, kenapa?! Tak akan nampak aku!," cakap Jungkook. "Jungkook?," tanya Jiae perlahan-lahan. "Yelah aku! Tak akan siapa pula! Dah tahu rabun tu, jangan tinggal cermin mata!," marah Jungkook. Jiae menunduk. "Ah, biarkan! Tujuan aku datang dekat kau ni! Bukan main-main je. Nah! kau bagi dekat Cikgu Lee," cakap Jungkook dan terus menghulur pendrive kepada Jiae. "Kenapa saya yang kena hantar?," tanya Jiae. "Aduh, banyak tanya lah dia ni! Aku suruh kau hantar, hantarlah!," marah Jungkook. Jiae mengangguk dan terus mengambil pendrive dengan terketar-ketar. Jungkook terus beredar dari situ. 

Jiae merebah kan badanya ke atas katilnya. Dia melihat sahaja pendrive yang dibagi oleh Jungkook. Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk. Jiae terus menyorok pendrive di bawah bantalnya. Muka Yoona terjulur di pintu. "Boleh onnie masuk?," tanya Yoona. Jiae boleh menganggak apa yang onnienya akan tanya. Jiae mengangguk. Yoona pun duduk dia atas katilnya. "Boleh onnie tanya sesuatu?," tanya Yoona lagi. "Boleh je. Apa dia?," tanya Jiae. "Apa hubungan Jiae dengan lelaki tadi?," soal Yoona. "Kawan je onnie. Tak lebih dari itu," jawab Jiae. "Ye ke?," tanya Yoona. "Yelah onnie. Hongbin tu kawan Jiae je. Lagi pun dia seorang yang sudi kawan dengan Jiae,"terang Jiae. "Takkan Jiae tak ada perasaan dengan dia?," tanya Yoona. Jiae menggeleng. Yoona terkejut. "Sebab itulah, Jiae cuma kawan je dengan dia," terang Jiae lagi. Yoona hanya menggelengkan kepalanya sahaja. 'Apa dah jadi denga adik aku ni. Dah terang sangat Hongbin tu suka dekat dia. Tapi adik aku tak perasan pula. Kesian Hongbin' bisik hati Yoona. "Well onnie. Jiae ada nak cakap dekat onnie ni," cakap Jiae. "Apa?," tanya Yoona. "Jiae rasa pelik lah denga hari ini. Tadi kan Jiae pergi berjogging. Dah lama jogging, baru Jiae ingat tentang cermin mata. Jiae langsung tak ingat cermin mata. Tapi, Jiae nampak kalau tak pakai cermin mata. Selalunya tak pun," terang Jiae. "Maksudnya, mata Jiae nak semakin pulih. Nanti Jiae boleh tak payah lah pakai cermin mata lagi cuma pakai time belajar je," cakap onnie. Jiae agak terkejut.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ierashahira
wahai kepada semua pembaca cerita saya, sila jawab soalan saya ^^

Comments

You must be logged in to comment
ByunBaekWifey
#1
Ohh bestnya~I need a sequel~! ^.^
taoliaa
#2
good ending ....^_^
overdosing14
#3
Chapter 24: good ending! i like it. Tahniah sebab dah habiskan cerita ni
ChachaPippo
#4
Chapter 24: lolololol.. author , hohoho .. best2 xD
k-hope
#5
Chapter 24: Wow.......daebak2.....jungkook ngan jiae dah kawin....huhuhuhu....tp tak rasa kesian pun ngan hongbin...hongbin baik sgt
amy_baekhyun98 #6
Chapter 23: Pada pendapat saya,awak habiskan je cite ni selepas bab ni. So endingnya jungkook dan jiae dh couple, sbb awk buat cite ni utk dorang berdua. Then, awk buat sequel story tentang hubungan hongbin dan hayoung. Mesti ramai suka (termasuk saya XD). But,fokus dulu dkt PT3 sbb itu lebih penting. Good luck for PT3! Fighting!
minlee123 #7
Chapter 23: Sambung cerita ni best .wat lah hongbin hayoung couple
minlee123 #8
Chapter 22: Ambik jelah hongbin tu hensem apa