Bluedawn24
Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS][CONTENTID2] UNDER THE SEA [/CONTENTID2]
[CONTENTID1]
Tajuk: Under The Sea
Penulis: Bluedawn24
Genre: Fantasy, sad.
Watak-watak utama: Xiumin (EXO), Jia (Miss A), & Irene (Red Velvet).
Sinopsis: Deruan ombak menghempas pantai, bayu lembut menyapa sudah sebati dalam diri Kim Minseok atau Xiumin, yang membesar di sebuah perkampungan berdekatan pinggir laut. Ayah dan datuknya seorang nelayan. Namun, tidak pernah sekali pun ibu dan neneknya membenarkan dia menghampiri lautan luas itu. Hatinya meronta ingin menyelami dasar samudera yang menyimpan seribu satu rahsia. Seolah-olah sesuatu sedang menunggunya, memanggilnya.
Diulas oleh: Min_Arisu
Tajuk
Dimulakan dengan tajuk, awak telah memillih tajuk Under The Sea sebagai tajuk utama karya awak. Memandangkan cerita ini bertemakan modern fairytales dan mermaids, saya tidak nampak apa-apa alasan untuk saya menidakkan kesesuaian tajuk yang sudah awak berikan. Pendek kata, tajuk yang diberikan mempunyai nilai signifakasi dan kesinambungan yang jelas dengan plot utama cerita ini. Kalau tak silap saya, dalam variety show EXO’s Showtime, Xiumin telah memilih frasa ‘Under the Sea’ sebagai jawapannya apabila soalan ‘kemanakah destinasi percutian/santai pilihan sekiranya mereka mempunyai masa’, bukan? Jadi, saya tertanya-tanya sama ada awak mendapat inspirasi untuk menggunakan tajuk ini dek kerana jawapan yang Xiumin berikan ataupun ia adalah hasil cetusan minda awak sendiri?
Saya rasa sebetulnya, mengikut tatabahasa Bahasa Inggeris, tajuk tersebut perlu ditulis dengan perkataan ‘The’ ditukar kepada ‘the’ dan menjadikannya ‘Under the Sea’. Lainlah kalau perkataan ‘The’ berada di awal ayat. Saya sendiri kurang pasti sebenarnya memandangkan skop tatabahasa atau grammatical terms bagi Bahasa Inggeris agak sukar untuk difahami berbanding tatabahasa Bahasa Melayu yang lebih mudah untuk ditelusuri. Jadi, adalah lebih baik kalau awak cuba semak sendiri kesahihan tatabahasa Bahasa Inggeris itu di mana-mana review shop berbahasa Inggeris.
Visual (Poster/Grafik)
Beralih kepada poster yang awak gunakan buat masa sekarang, ia sebenarnya kelihatan agak cantik tetapi mempunyai kekurangan yang jelas dari segi perincian-perincian kecil yang lain. Elemen dasar lautan yang dipraktikkan di dalam poster awak kelihatan sangat memukau dan realistik. Paduan warna biru gelap, kelabu dan sedikit warna tanah juga kelihatan sangat bersesuaian dengan tema sad dan fantasy yang awak pilih. Dari sudut lain pula, jika boleh saya frasakan semula, ia sebenarnya kelihatan lebih kepada banner berbanding poster dek kerana saiznya yang agak lebar dan kecil. Lazimnya, hanya banner sahaja yang menggunakan saiz sebegini. Selain itu, saya rasa gambar Xiumin juga sepatutnya turut sama diselitkan di dalam poster ini memandangkan hampir 97 peratus teknik penceritaan ditulis dari sisi pemikiran dan sudut pandangan Xiumin. Loket yang turut sama memainkan peranan penting dalam cerita ini juga sebenarnya boleh sahaja dimasukkan di dalam poster bagi memperlihatkan lagi ketelitian dan perincian-perincian sampingan di dalam poster awak.
Pengenalan Cerita (Description/Foreword)
Pengenalan cerita yang sangat menarik perhatian! Setiap kata-kata disusun dengan begitu kemas, mewujudkan elemen suspens yang membangkitkan rasa ingin tahu para pembaca. Awak memilih untuk tidak mendedahkan terlalu banyak perkara mengenai plot utama, jadi saya rasa ia adalah salah satu aspek yang berjaya menarik perhatian saya sebagai pembaca untuk menekan butang ‘subscribe’ dan mula membaca. Segala-galanya kelihatan sangat kemas dan sempurna, jadi tidak banyak yang boleh saya perkatakan di sini.
Plot, Watak & Perwatakan
Plot yang awak cuba garapkan adalah sesuatu yang agak menarik tetapi ia juga bukanlah sesuatu yang sangat lain dari yang lain memandangkan saya pernah terbaca satu karya lain yang juga bertemakan mermaid’s revenge seperti karya awak ini. Jangan salah faham, saya tidak bermaksud untuk mengatakan awak menciplak hasil karya penulis lain. Tidak sama
Comments