- CaramelStory

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Tajuk: Ending Page (끝 페이지)

Penulis: CaramelStory

Watak-watak utama: Kris & Kim Je Jae

Sinopsis: Kemunculannya secara mengejut menimbulkan beribu dugaan bagi Kim Je Jae. Bohong jika Kim Je Jae berkata dia tidak gembira dengan kemunculan jejaka yang selama ini telah menambat hatinya Wu Yi Fan. Jejaka yang telah berkongsi kasih bersamanya walaupun tidak lama. Namun kenangan yang dicipta tidak dapat dilupakan dari ingatan mereka berdua. Wu Yi Fan datang membawa kegembiraan dan tangisan harapan kepada Kim Je Jae untuk menagih kasih yang selama ini dia tunggu. Tetapi takdir telah menentukan kisah mereka. Tidak semua cerita diakhiri dengan kegembiraan dan tidak semua cerita diakhiri dengan kesedihan. Muka surat akhir cerita akan menjadi penentu kegembiraan mahupun kesedihan. 

Pengulas: Faraakim
 


Tajuk.
"Ending Page" adalah satu tajuk yang sangat menarik bagi saya. Dari situ saya dah tahu yang cerita ini bertemakan angst. Tajuk yang awak pilih ni mampu untuk menarik pembaca untuk membaca cerita awak. 

 


Visual (Grafik/Poster).

Since poster ni saya yang buat, saya rasa saya tak boleh comment apa-apa. LOL XD (Mungkin saya akan suruh unnie Min yang bagi pendapat.)

Hi, Min_Arisu dah muncul di sini! Oleh kerana Faraakim nak saya yang ulas bahagian visual ataupun grafik bagi fanfic ni, saya terpaksa baca bab pertama cerita ini bagi mendapatkan sedikit gambaran mengenai plot cerita yang ingin disampaikan oleh awak. Dari apa yang saya lihat, poster awak agak bersesuaian dengan plot cerita dan tag angst dan romance. Pemilihan warna hitam, merah dan putih adalah sangat bersesuaian dengan tema plot awak. Cuma, apa yang agak kurang memuaskan hati adalah pemilihan gambar watak perempuan utama di dalam poster tersebut. Ekspresi wajah yang ditampilkan sangat sesuai, tetapi tidak bagi saiz gambar tersebut. Sejujurnya, ia agak besar atau mungkin terlalu besar dan saya rasa mengecilkan saiz gambar tersebut dan mengkaburkan sedikit kejelasannya akan membuatkan poster tersebut menjadi lebih menarik dan memuaskan. Saya sendiri tidak pasti sama ada apa yang saya cadangkan itu adalah sesuatu yang boleh dibuat oleh graphic designer memandangkan saya tidak mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang graphic designing ini. Elemen gif yang diselitkan di dalam poster merupakan salah satu kelainan yang sangat menarik perhatian walaupun ia hanyalah gif yang ringkas. Oh ya, posisi quotes juga sepatutnya tidak mengenai wajah watak utama, mungkin ia patut diposisikan di mana-mana bahagian kosong yang lain? Ya, mungkin. Secara keseluruhannya, ia merupakan poster yang cantik! P/s: Kepada faraakim, tolong jangan bunuh unnie sebab kritik karya kreatif fara! :D


 

Pengenalan cerita/foreword.

Foreword cerita awak sangat bagus, tak terlalu mendedahkan keseluruhan cerita dan saya sukakannya. Saya dah baiki sikit struktur ayat yang saya rasa agak janggal. Jangan risau, perubahan yang saya buat cuma sedikit, since awak tak buat kesalahan yang banyak pun.

Ayat cadangan:

Kemunculan lelaki itu secara mengejut telah menimbulkan beribu dugaan bagi Kim Je Jae. Bohong jika K

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^