- twenty-six
Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
[CONTENTID2] HYPNOTIZED[/CONTENTID2]
[CONTENTID1]
Tajuk: Hypnotized
Penulis: twenty-six
Watak-watak utama: Park Bogeum & Park Byulgi.
Genre: slice of life, angst.
Sinopsis: Hypnotizer, gelaran yang sinonim dengan Park Byulgi, iaitu remaja yang mampu melumpuhkan hati dan perasaan seseorang menerusi teknik pukauannya. Hanya satu yang Park Bogum inginkan, iaitu mengingat semula memori tentang tunangnya. Ibarat cahaya di penghujung terowong—itulah Byulgi di dalam pandangan Bogum. Kalau Byulgi mampu memukau agar seseorang itu lupa, pasti dia juga boleh mengembalikan ingatannya.
Pengulas: Min_Arisu
Tajuk
Bermula dengan tajuk yang awak berikan, saya berpendapat bahawa ‘Hypnotized’ adalah satu tajuk yang sangat baik bagi menggambarkan keseluruhan plot utama fanfic ini. Apabila melihatkan tajuk yang awak berikan sahaja, pembaca sudah mendapat gambaran jelas mengenai apa yang bakal penulis jadikan subjek utama untuk fanfic ini. Sudah memang jelas bahawa tajuk yang diberikan adalah sangat menepati plot utama dan mempunyai hubung kait yang sangat kuat dengan plot dan watak utama fanfic ini.
Cuma, apa yang menimbulkan sedikit kekeliruan adalah tajuk yang terdapat pada poster utama sedikit berbeza iaitu ‘The Hypnotizer’ berbanding dengan tajuk yang terdapat di pengenalan cerita iaitu ‘Hypnotized’. Jadi, yang mana satu adalah tajuk yang sebenar? The Hypnotizer ataupun Hypnotized? Memang tidak dapat dinafikan, perbezaannya adalah perpezaan yang kecil sahaja dan langsung tidak menimbulkan masalah. Tetapi, bagi menampakkan yang penulis merupakan seorang yang teliti meskipun ia adalah hal yang kecil sahaja, gunakanlah satu tajuk yang sama, sama ada pada poster mahupun pada pengenalan cerita. Secara peribadinya, saya lebih sukakan ‘The Hypnotizer’ berbanding dengan ‘Hypnotized’ kerana ia kedengaran dan kelihatan jauh lebih lengkap sebagai satu ayat.
Visual (Grafik/Poster)
Beralih kepada poster utama fanfic ini, sejujurnya saya berpendapat yang awak mempunyai poster yang cantik dan menarik untuk meningkatkan lagi daya tarikan fanfic awak. Paduan warna keemasan yang terdapat pada tajuk cerita menjadikan poster ini kelihatan sophisticated dan fancy. Font style dan pemilihan warna hitam dan coklat yang digunakan juga bersesuaian dan sangat membantu dalam meningkatkan aura angst di dalam poster ini.
Ekpresi watak-watak utama yang terdapat di dalam poster juga amat bersesuaian dengan genre utama fanfic ini terutama sekali ekspresi wajah yang dizahirkan oleh Park Bogum, jadi tahniah saya ucapkan kepada awak kerana telah berjaya untuk memilih graphic designer yang betul-betul berbakat dalam pembikinan poster. Dari sudut negatifnya pula, saya rasa gambar Park Shin Hye bukanlah pilihan yang tepat untuk digunakan sebagai gambaran watak perempuan utama di dalam poster ini.
Mungkin gambar-gambar Park Shin Hye yang lain yang sepatutnya dijadikan pilihan kerana solekan dan penampilan Park Shin Hye di dalam gambar tersebut kelihatan seperti wanita yang terlalu matang berbanding dengan gambaran watak Park Byulgi yang digambarkan sebagai watak gadis yang masih menuntut di sekolah menengah. Selain daripada itu, saya rasa perincian-perincian yang lain kelihatan sudah cukup sempurna dan teliti.
Pengenalan Cerita ( Foreword/Description)
Description yang awak muatkan di pengenalan cerita awak merupakan satu description yang ringkas dan cantik tersusun tidak kira dari segi struktur ayat mahupun dari segi pemilihan perkataan yang sesuai bagi menggamit rasa ingin tahu pembaca mengenai apa yang bakal penulis hidangkan kepada mereka di bab-bab yang seterusnya. Sejujurnya, sepanjang saya mengulas fanfic Bahasa Melayu di Cherie Malay Review Shop ini, saya rasa description cerita awaklah yang paling memberi kesan kepada saya sebagai seorang pembaca. Description awak tidaklah terlalu panjang dan tidak juga terlalu pendek.
Saya hanya mempunyai satu masalah sahaja berkenaaan dengan description awak; pemilihan warna font yang agak menyakitkan mata. Saya tak rasa yang warna font yang awak gunakan sekarang bersesuaian kerana warna tersebut terlalu menyilaukan mata dan sudah jelas ia bukanlah sesuatu yang baik. Sebaiknya, gunakanlah warna hitam sahaja. Tetapi jika awak benar-benar mahu menampilkan kelainan pada description awak, awak masih boleh menggunakan warna lain selain warna hitam dan warna yang awak gunakan sekarang. Cuma
Comments