Chap 1 - The Decision
A Death NoteChapter 1 - The Decision
Peluh menitis satu-per-satu pada dahi licin milik SooRa. Dahinya berkerut seribu dan tengannya mencengkam cadar erat. Kepala digelengkan tanpa henti. Jelas sekali yang gadis itu sedang bermimpi buruk.
"Andwae...!" SooRa bangun dari pembaringannya dengan mata yang terbuntang luas. Seperti orang yang diserang histeria pun ada. SooRa mengurut dadanya perlahan. Kus semangat...Kenapa aku mimpi benda tu lagi eh... SooRa bermonolog di dalam hatinya. Mimpi ngeri yang ialaminya itu sama seperti minggu-minggu dan bulan-bulan yang lalu. Ya,semenjak kematian SeHun.
Jam digital yang terletak di atas meja belajarnya dikerling. 3.33 a.m. Okey...Dan kenapa 3.33 tengah pagi lagi? Again? SooRa yang agak keliru itu meneruskan tidurnya yang terganggu oleh mimpi ngeri yang tidak berguna itu. Sh*t!
Usai sahaja SooRa mandi,terus saja langkahnya dibawa menyolekkan dirinya dengan solekan tipis dan keluar dari rumahnya. Lebih tepat lagi,SooRa sebenarnya tinggal di apartmen. Apartmen 333. Dan yang lebih menghairankan lagi SooRa,mengapa hanya enam orang yang menetap di apartmen itu sedangkan apartmen itu mempunyai segalanya. Mahal,tidaklah semahal mana. Kecil,memang tipu lah. Apartmen itu bagaikan hotel mewah. Dekorasi setiap bilik juga amat memuaskan. Dan yang tinggal hanyalah penyewa. Hanya enam orang. Only six,dude! Well,memang rupa apartmen itu agak...er...horror/scary alike...?
Langkah dibawa masuk ke dalam Delight Café. Bau harum pelbagai jenis kopi menusuk rongga hidung SooRa. Kelihatan seorang gadis yang memakai topi kelabu sedang melambaikan tangannya ke arah SooRa. Dengan senyuman yang manis,SooRa menghampiri gadis tersebut. 'Tak payah bersenyum bagai lah,bodoh!' SooRa tersentap. Suara siapa tu?
"Mian,DaSom. Lama ke tunggu?" tanya SooRa sebaik sahajapunggungnya melabuh di atas kerusi yang kelihatan seperti sofa itu. "Ha'ah. Dah satu jam setengah dah aku tunggu kau." DaSom mencebikkan mulutnya. "Haha! Gurau je. Aku baru je sampai beberapa minit." DaSom tersenyum senget. "Oh...Well...Aku rasa kan...Aku tak dapat lah nak ikut kau holiday sama next week." luah SooRa. Dahi DaSom sudah berkerut. "Kau nak merantau ke mana pulak?"
"Rumah agam lama mendiang tunang aku."
Comments