Start

Love Adrenaline

INTRODUCTION OF KIM WORA LIFE . LOVE ADRENALINE PATIENT.2015.

 

Nama aku Kim Wora,aku pelajar tahun 3 menengah tinggi. Itu bermakna aku senior dimenengah tinggi yang sedang melalui tahun terakhir dengan title seorang pelajar yang cemerlang. Bukan itu sahaja,tinggi aku mencapai 163 serta berat aku adalah menjadi suatu misteri. Mengapa? Kerana ia turun dan naik seperti suhu.

 

Apa-apa pun mari kenali diri aku dengan lebih dekat,apa? Tak selesa dengan kata ganti nama aku? Er,sorrylah tapi aku sememangnya selesa dengan kata ganti nama aku. Kecuali aku jumpa stranger. Aku dengan spontan mengguna kata ganti saya dengan penuh tanda hormat. Bunyinya kelakar dan pelik tapi aku pun tak tahu. Ianya misteri.

 

Dekat sekolah aku dipanggil patung bergerak. Tak,bukan misteri. Anda salah faham!. Mwahaha!. Ianya sebab aku kerap termengelamun tanpa aku sedar,jadi aku kaku lebih kurang 5 minit atau lebih. Dimana-mana sahaja perkara itu boleh berlaku. Aku cuba mengurangkannya.

 

Macam mana dengan pelajaran? Aku bukanlah dikategorikan pelajar yang bodoh sombong atau bijak tak tentu hala. Semestinya aku normal. Meh,itu jawapan cliché,semua manusia dah jadi normal,apakata aku ubah siket. Excuse me,ini aku punya story,kau diam. Aku bijak dalam sesetengah matapelajaran,bukan setengah ya,salah tu disisi bahasa Melayu. Eleh,aku punya komunikasi dah tunggang langgang bagai. Disebabkan aku sesetengah aja,aku kadang kala dipanggil bodoh atau dipuji bijak. Aku pun confuse aku

 

Yes,seperti diketahui,I’m a patient of Love Adrenaline. Dimana aku sesak nafas,perut seperti ada rama-rama didalam serta tersenyum seperti tak waras apabila melihat seseorang yang aku sukai. Itulah dipanggil Love Adrenaline. Anda pasti pernah melaluinya,sekurang-kurangnya setiap tahun. Haha. Apakah..

 

Siapakah dia yang menyebabkan aku adrenaline? Ehem-ehem. Namanya Kim Minseok. Bukankah kami mempunyai jodoh yang kuat dengan nama keluarga Kim dihadapan? Ini sungguh menerujakan. Rasa macam kaki terangkat keudara pula. Tapi bukan dengan kepala dibawahlah,itu bahaya. Bagaimana aku jatuh hati pada dia? Alamak malunya,tapi aku suka.HAHA.

 

Semuanya bermula di..Pantai Teluk Ketapang.Nonsense. Di Hangang? No,no. Semuanya bermula disebuah bus menuju ke kawasan kejiranan aku. Aku pulang dari pusat tuisyen,biasanya aku pemalas nak pergi tuisyen tapi hari tu aku tergerak hati nak pergi. Dahlah matapelajaran matematik. Siapa sangka,dengan pergi ke tuisyen,aku jumpa the one?. Omo,lawaknya.

 

Aku terpikat dengan ciri-ciri budiman yang ada dalam diri dia,walaupun aku rasa muka dia macam tikus belanda awalnya. Dia dengan senang hati membantu seorang nenek tua melangkah ke tempat duduk kemudian berborak mesra dengan dia. Bagi aku,susah nak jumpa pemuda sedemikian rupa. Mungkin dia menyamar jadi baik sebab sebenarnya dia menaruh perasaan pada aku? Omo,malunya. Dengan senang hati aku melanyak bantal diatas riba sekarang. Maafkan patik pillolo.

 

Lepas tu,dia bantu nenek tua tu turun dari bas dan juga membawa barang-barang yang dibawa nenek tersebut. Bukankah itu suatu nilai murni yang bagus,yang harus ditulis dalam contoh-contoh nilai murni karangan UPSR?. Bagaimana aku tahu namanya Kim Minseok? Sebab dekat beg dia keychain dengan nama Kim Minseok. Pasti itu nama dia. Aku dapat feel tau. Muka dia sesuai banget dengan nama tersebut.

 

Kami dah tak bertemu untuk dua bulan namun aku masih ingat rupa dia yang macam tikus belanda tu. Siapa sangka,dua bulan tersebut telah mempertemukan aku semula dengan dia. Rupanya dia buka sebuah kafe yang sangat dekat dengan kawasan kejiranan aku. Nak melompat pun ada waktu tu. Nama kafenya,Haneul kafe. Jangan nama awek dia Haneul sudah. Tapi aku tak pernah masuk dalam,aku lalu lalang depan kafe tu hampir 50 kali untuk sehari. Indahnya cinta,sampai lenguh kaki aku dibuatnya.

 

Berita malang,dia sebenarnya pencinta kopi dan aku pula pembenci kopi. Bagaimana boleh bersatu? Tapi ada juga cinta yang menyatukan insan yang berbeza. Kamilah antaranya,siapa tahu?. Oleh sebab itu,kafenya hanya menyediakan pelbagai jenis kopi serta muffin,pancake dan waffle. Tak ada minuman lain selain kopi. Orang cakap,nak curi hati seseorang,kenalah berkongsi minat. Minat kopi? Uwek,kopi pahit dan tak sedap. Tapi,apa salahnya menelan sesuatu yang pahit demi cinta. Okay!.

 

 

---

 

Okay,menelan sesuatu yang pahit. Namun aku belum kecapi angan-angan tersebut. Kerana aku sekarang tercegat depan kafe dengan kekuatan seperti akar pokok yang lemah.

 

“Akak,kita dah sepuluh minit berdiri macam nak nyanyi lagu kebangsaan depan kafe ni,bila nak masuk?,” Soal adik lelaki aku,Kim Jongin. Walaupun dia adik,dia jauh lebih tinggi dari aku. Ini kerana dia lelaki. Haha. Itu bukan sesuatu yang pelik di dunia. Okay?.

 

“Senyaplah”

 

“Bau nafas kau busuk”

 

“Hah? Hoi,kau tak berus gigi pun hari ni,cakap nafas aku busuk plak,” Aku menjulingkan mata. Sayang,rupa ada tapi pemalas untuk berus gigi. Nasib malanglah dia punya kekasih hati cium lelaki yang tak berus gigi ni. Apa-apa pun,baik aku kunyah gula-gula getah berpudina untuk dapatkan nafas yang bagus.

 

“Hish!,” Dia mendengus dengan wajah yang masam mencuka. Aku hairan,waktu kecil-kecil dulu,dia suka curi minum cuka waktu pagi buta secara senyap-senyap dekat dapur ke? Kalau tak,mengapa mukanya sebegitu. Dia sesuai menjadi duta cuka cap JONGIN.

 

“Kenapa aku kena ikut kau? Ahli sihir?,” dengan panggilan yang sangat ‘menyedapkan’ telinga memanggil aku. Dengan sesuka hati. “Hoi,kau pernah ke tengok ahli sihir yang sediva ni?,” Aku menterbeliakkan mata. Boleh pula dia jelir lidah dengan wajah menyampah campur tidak bersalah?. Lihatlah,aku patut dapat anugerah kakak yang paling bersabar untuk dekad ini.

 

“Kau tak nampak ke? Aku tengah mengusahakan supaya kau dapat hirup udara selain udara tercemar dalam bilik kau yang bau macam kilang getah tu. Kau sepatutnya bersyukur dan sayang pada kakak kau yang cantik macam Jun Ji Hyun ni,” Dengan dramatik,aku mengipas-ngipas wajah dengan jari-jemari aku yang begitu lawa dan mengancam.

 

“Perlu ke? Eh,aku bahagia apa jalani hidup aku sekarang ni,” dia menyilang tangan. Nampaknya sedang menjalankan mogok,yang pasti bukan mogok lapar. Eceh,macam sure sangat aja bunyinya. Kami mengadakan perbalahan antarabangsa lebih kurang lima minit. Bagaimana ia berakhir? Semuanya kerana inisiatif adik aku yang mengheret aku masuk ke dalam kafe dihadapan dua biji mata kami berdua yang dicampur menjadi empat.

 

Sesungguhnya aku masih tidak punya kekuatan untuk melangkah masuk serta menatap wajah yang begitu kacak Encik Kim Minseok. Entah-entah,dia jatuh cinta dekat aku dengan mudahnya. Lepastu kitaorang hidup bahagia macam Cinderella. Oh my!.

 

End Of Wora POV

 

Dua manusia tersebut meluru kearah kaunter dimana seorang penjaga kaunter sedang menunggu ketibaan mereka bagi memberi pesanan dengan wajah yang mesra. Siap tangan diatas dada dengan lesung pipit diwajah. Mata bundar serta bibir munggil.

 

“Selamat datang ke kafe Haneul,” ujarnya dengan penuh mesra dengan suara yang lunak merdu. Wah,adakah Kim Minseok pernah tergoda dengan gadis penjaga kaunter ini? Itulah yang bermain diminda gadis berusia lapan belas tahun tersebut. Dia bukan sibuk mengamati menu bagi memberi pesanan,tetapi fikirannya terpesong kearah perkara lain.

 

Jongin menyiku bahu kakaknya yang sudah jauh melamun ke negara matahari terbit. Lantas gadis itu tersentak lalu terlopong. “Err..Apa?”

 

“Apa pesanan Cik berdua?”

 

Mereka berdua adik beradik melihat kearah satu sama lain dengan pandangan yang penuh musykil. Jika ini adalah filem barat,pasti orang disekeliling fikir mereka adalah perompak yang akan mengacukan pistol kearah dahi penjaga kaunter bila-bila masa sahaja.

 

“Hei..Dekat sini ada kopi aja.. Air jus tak ada ke?,” bisik Wora kepada adik lelakinya yang menundukkan sedikit badan bagi mendengar apa yang dibisikkan. Dia memang sudah tahu,kakaknya memang tidak gemar akan kopi,kopi Kapal Api mahupun kopi Titanic.

 

“Siapa suruh kau datang sini,” jawab Jongin dengan nada utamanya sindir,kedua mahu menjerkah.

 

Wora mengerutkan dahi. Dia bukan ke sini untuk minum kopi suka-suka dan berborak mesra dengan adik lelakinya yang tidak kenal erti kehidupan disini. Dia datang untuk mencari bakal suaminya yang masih belum kelihatan. Dia berada disini! Radar berbunyi kuat dan laju!.

 

Jongin tidak punya pilihan lain,terpaksalah dia memberi pesanan rambang,bukan dia tahu pun apa yang akan dapat diminum oleh kakaknya memandangkan semuanya disini adalah kopi. Alah,kopi masih lagi bernama minuman,bukan asid mahupun racun.

 

“Dua Americano sejuk,please,” Wora terus menjeling tajam kearah Jongin disebelah. Americano? Nama kopi itu agak mesra pada dirinya. Bukankah itu minuman yang cool diminum oleh idol masa kini?. Macam bodoh apabila Wora mempunyai tanggapan sebegitu.

 

“Air apa tu? Bukan idol ke yang minum tu? Hebatnya,” dengan wajah yang bersinar-sinar,dia berkata. Jongin menghempuk dahi,entahlah kakaknya seorang yang terlampau lurus bendul ataupun sememangnya bangang kuasa sepuluh.

 

“Ini dia pesanan Cik,” setelah selesai membuat pembayaran dengan duit poket Wora,mereka berdua menuju ke meja yang tidak jauh dari kaunter. Sebenarnya Jongin mahu aja melangkah keluar dari kafe tersebut dengan harapan dia boleh pulang ke rumah dan terperup didalam biliknya. Malangnya dia terpaksa menghabiskan masa disini sambil menghirup Americano sejuk ini.

 

“Bila nak balik?”

 

“Duduklah sini dulu sepuluh minit,aku bayar kot minuman kau. Percuma tau,kau tahu tak? Dekat sini pun sejuk. Rilekslah,” dengan wajah yang berkerut-kerut Wora memaksa remaja muda tersebut yang sedang mencebik geram. “Okay,fine,” nampaknya dia sudah pasrah walaupun hatinya masih tidak reda akan apa yang dilandanya.

 

Wora memerhati sekeliling. Mencari wajah Kim Minseok yang comel dan menarik perhatiannya. Namun tidak masih kelihatan dan memunculkan diri. Dia kerap menjeling kearah jam tangan Alba miliknya. Mengapa masih tidak muncul? Dia sudah membeli Americano yang tak sedap ini serta menghabiskan lebih kurang satu minit yang begitu panjang!.

 

“Akak! Janganlah duk cakap ‘tak muncul!tak muncul!’..Sakit telinga,tau tak?,” Jongin mendengus geram lalu menghirup Americano dengan rakus. Hatinya masih belum rela. “Nak pergi tandaslah!,” dengan langkah yang menyampah,dia menuju ke bilik air. Sebenarnya dia ada agenda lain,dia mahu meninggalkan kakaknya sendiri disini. Begitu kejam,namun kakaknya lagi kejam terhadap dirinya. Dengan tidak membenarkannya berdating dengan kekasih hatinya dihujung minggu. Laptop dan game.

 

Wora yang naif dan tidak sedar akan rancangan jahat Jongin,menunggu dengan penuh sabar sambil merenung Americano yang masih tidak terkutik. Walaupun diawal tadi dia ada kata Americano yang tak sedap ini,dia sejujurnya tidak tahu,apa rasa sebenar minuman hitam legam ini.

 

Dia menjegilkan mata dan merenung minuman didalam genggamannya. Dia perlahan-lahan merapatkan hujung straw ke dalam mulut. Dengan perlahan-lahan minuman tersebut disedut dengan dahi yang bergaris-garis. Pada saat itu juga,dimuka pintu kafe yang berkaca ibarat kasut kaca Cinderella. Disitulah,Kim Minseok telah muncul. Terbuntang luas mata Wora,sewaktu itu juga dia terserdak dek terlampau terkejut.

 

Malu. Dia malu kerana air hitam tadi telah tersekat pada kerongkong dan keluar dari lubang hidungnya. Dengan cepat dia meraba-raba kearah kotak tisu lalu mencapai sehelai daripadanya lalu mengesat hidungnya dengan tergesa-gesa. Lebih memalukan apabila Kim Minseok sedar akan adegan tersebut.

 

“Alamak,gila! Gila! Kenapa dia kena nampak aku yang tengah tak cun langsung ni,at least dia patut tengok aku sewaktu silang kaki dan angin tiupkan rambut aku ni,” bisiknya sendiri dengan tidak berpuas hati. Namun,kehidupan kenyataan sukar untuk menjadi sinonim dengan kehidupan ciptaan si nukilan.

 

“Maafkan saya”

 

Ada suara yang menegur dari hadapan. Ini semestinya bukan Kim Jongin. Lelaki tersebut tidak akan berkata ‘maafkan saya’ kepada dirinya. Dia mengangkat wajah,matanya terkebil-kebil apabila wajah lembut dengan kulit cerah serta mata yang bundar bercahaya berada dihadapannya.

 

“Boleh saya duduk dekat sini?,” soalnya dengan suara yang seperti madu diatas pancake. Apakah persamaannya? Entah,ada feel sebegitu.

 

“Err,” dia serba salah untuk memberi jawapan. Sempat dia memerhati sekeliling. Masih ada meja yang kosong disekeliling. Mengapa mahu duduk bersama dengannya? Adakah ini taktik kotor si jantan untuk menjerat gadis naif seperti dirinya? Ah,Wora tidak akan tertipu. Dia harus berhati-hati. Sekejap,manalah tahu jika lelaki ini kacau dia,Kim Minseok muncul seperti ninja lalu habiskan riwayat lelaki ini. Haha,idea yang cukup bernas dan sihat!.

 

“Haha,silalah..Silalah,” dengan mata terkedip-kedip,serta ramah mesra terlebih dos,dia menjemput lelaki tersebut menjadi rakan semeja untuk beberapa minit bagi petang itu. Sempat dia menjeling kearah Kim Minseok yang sedang berborak dengan pekerja di kafe ini dengan wajah yang agak tegang.

 

“Saya biasanya duduk dekat sini,jadi..Saya macam dah selesa gila dengan tempat duduk ni,” jelas lelaki dihadapannya dengan kepala terangguk-angguk. Wora tersengih kekok. “Macamlah aku nak tahu sangat perihal kau,” Wora menongkat dagu lalu menunggu ketibaan Jongin dengan sabar.

 

Lelaki itu mendiamkan diri setelah dia dapat agak akan gadis dihadapannya tidak berminat untuk berborak sama. Tidak lama kemudian,seorang pelayan muncul dengan dulang dimana Americano sejuk berada diatasnya.

 

“Pesanan kita sama,” ujarnya dengan wajah yang senang. Wora tersengih kekok lagi dan mengangguk lemah.

 

Kekok. Suasana menjadi kekok. Kesepiaan menjadi penyempit ruang. Wora sekali-sekala mengerling kearah lelaki tersebut yang menyedut minumannya tanpa melakukan banyak pergerakkan. Namun dia kelihatannya bukanlah seorang lelaki yang berdarah Korea. Mungkin kacukkan? Apa-apa ajalah,dia tidak mahu semakkan fikirannya.

 

Dia mula naik bosan,kemana pula adiknya menghilang?. Dia mengangkat punggung,bangun dari tempat duduk. Mata lelaki dihadapan mula mengekori langkah Wora yang menuju ke bilik air. Gadis itu mengerutkan kening dengan tangan disilang. Pintu bilik air diketuk-ketuk.

 

“Adik,apa kau buat dekat dalam tu?,” soalnya dengan kening bercantum satu dengan mulut dicebik. Tidak mungkin dia membuat urusan ‘natural call’ atau apa-apa berkaitan dengan tandas. Kerana,sudah terlalu lama yang dimakan bagi menguruskan hal sebegitu.

 

Pintu dikuak dari dalam,matanya terbutang luas dengan pipi yang kemerahan. “Maafkan saya,saya ingat adik saya dalam ni,” dia menundukkan badan memohon kemaafan atas menganggu ketenangan.

 

“Hish! Apalah,orang nak berak pun sudah,hish!,” dengan langkah seperti gergasi,lelaki tersebut beredar pergi dengan wajah yang masam mencuka. Wora menggaru dahinya berulang kali. Nampaknya,budak bernama Kim Jongin sudah melepaskan diri!.

 

Dia tergesa-gesa keluar dari kafe tanpa mengambil Americano yang ditinggalkan sendiri diatas meja untuk dibawa bersama. Lelaki yang semeja bersama Wora tadi hanya membuntuti bayang gadis tersebut dengan ekor matanya. Anak matanya beralih pula pada Americano yang ditinggalkan,menghadap dirinya. Masih banyak baki yang tidak dihabiskan,atau boleh dikatakan,tidak begitu diusik minuman tersebut.

 

“Hei,Luhan!,” Secalit senyuman yang mesra dilempar kearah lelaki tersebut.

 

---

 

[Aku telah menjumpai putera idaman yang aku sukai,wajahnya yang comel dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir sewaktu dia perhati pelanggan yang menikmati kopi yang dihidangkan oleh pelanggan. Alis matanya yang menawan setiap kali mengaburi cintaku]

 

Wora menggelepar sendiri diatas karpet dengan wajah yang tersengih bahagia. Apa yang dia tulis begitu mengarut dan merepek. Namun,walaupun begitu,hatinya berdegup laju semacam. Seperti dia baru sahaja berlari satu kali padang yang luas!. Luas seperti cintanya terhadap Encik Kim Minseok!.

 

“Hei,” sapaan yang lemah dengan semangat yang kurang mengejutkan Wora dari lamunannya yang berlayar ke lautan asmaradana. Dia berpaling kebelakang,serta merta senyumannya meleret-leret.

 

“Sehun!”

 

“Hei,excuse me! Jangan peluk aku sembarangan macam tu,” lelaki tersebut menjulingkan mata keatas. “Macam aku tak tahu,kau tak mandi lagi,kan?,” soalnya dengan wajah yang menyampah terhadap Wora yang berbau seperti kambing.

 

“Bau aku macam bau cinta,” Wora tersenyum bahagia. Sehun yang memerhati sekadar menjeling dengan hujung mata. “Aku nak kata bangang kan,nanti kau cakap aku toyol”

 

“Duh,apa kaitan? Tapi kau memang toyol masalahnya?”

 

“Masalahnya aku bukan toyol! Aku adalah khayalan kau sahaja! Minah senget!,” Sehun mencebik. Mendengar jawapan tersebut,hanya membuatkan Wora ketawa terbahak-bahak.

 

“Apa kau mengarut ni? Kau kawan aku sejak kecil,merangkap jiran sebelah rumah”

 

“Ikut suka hati kaulah,” Sehun mengeluh panjang lalu menukar posisi kepada duduk bercangkung dibelakang Wora yang sedang menaip sesuatu dengan begitu panjang sekali tanpa henti. Lelaki tersebut menongkat dagu dengan mata yang tidak henti merenung tajam setiap pergerakkan oleh gadis itu.

 

Sehun mati kata untuk menjelaskan penyataan yang sebenar kepada gadis tersebut yang menganggapnya rakan sejak kecil yang sentiasa menyampuk masuk kedalam bilik tidurnya. Fikirnya,gadis tersebut akan sedar apabila dia meningkat dewasa,nampaknya tidak.

 

Pasti si pembaca tidak mengerti apa yang sebenarnya Sehun cuba maksudkan. Jadi..

 

SEHUN AND HIS STORY OF LITTLE WORA

Hai semua,saya adalah Sehun,pari-pari cinta. Taklah,tipu aja. Pernah anda pernah dengar kata-kata dari mulut si perapu kanak-kanak ‘Monster Under My Bed!!’ ‘Monster Behind My Curtain!’ ‘Monster Inside My Closet!’. Ya,kebanyakkan kanak-kanak dunia global mengalami situasi bodoh dan merapu tersebut,bagi dewasa. Namun bagi mereka,itu sesuatu yang amat menakutkan,kecuali sebilangan 10 peratus daripada mereka menganggap perkara tersebut menakjubkan dan sebenarnya sesuatu yang patut mereka treasure kan.

 

Jadi,Kim Wora termasuk dalam golongan 10 peratus tersebut. Kim Wora ialah kanak-kanak yang selalu sakit sewaktu kecil dan kerap ulang alik masuk hospital. Jadi,zaman kanak-kanaknya dihabiskan dihospital. Tambahan pula dia tidak dapat mengenali ramai rakan-rakan yang sebaya dengan dirinya. Itu yang mendorongnya menjadi pendiam dan mengalami tekanan perasaan. Tak,bukan orang tua sahaja cenderung kearah penyakit psikologi tersebut.

 

Kim Wora tidak terkecuali terfikir bahawa ada raksasa dibawah katil dibilik hospitalnya. Setiap malam,dia akan mengintai dibawah katil serta membaca mantera yang dicipta oleh orang tuanya bagi menghalau mereka. Malangnya mantera tersebut tidak mengapa-apakan mana-mana raksasa pun. Ya,dan akulah raksasa dibawah katil untuk Cik Wora.

 

Kapten pari-pari mengarahkan aku supaya menjadi raksasa untuk Wora. Bagi melatih daya kekuatan serta keberanian kanak-kanak perempuan tersebut. Dimana,seperti dicakapkan tadi,dia membaca mantera bodoh untuk menghalau aku dan aku pun buat-buat menangis lalu mendiamkan diri,malam besoknya aku muncul semula. Rutin harian yang membosankan,bukan?.

 

Namun bukan itu yang aku lalui,itu cuma khayalan aku sahaja. Apabila dia mengintai dibawah katilnya,dia dapat lihat aku yang baring dengan wajah yang kosong. Dia memaksa aku untuk keluar dari situ dengan sesedap hati. Aku tak tahu kenapa,tapi rupa aku bukanlah comel sangat memandangkan aku raksasa,dia tak takut?. Awalnya aku tak tahu tempat apa yang busuk serta serba putih yang dia tinggal sewaktu tu. Rupanya hospital,dia seorang pesakit. Dia kesunyian dan keseorangan. Orang tuanya juga hairan serta risau apabila melihat dia sering berbual serta ketawa dengan aku yang tidak dapat dilihat mereka. Apabila ditanya doktor,dikatanya bahawa ia hanyalah sesuatu yang normal dan tidak perlu dirisaukan.

 

Namun,aku pula yang risau apabila,sehingga berumur 18 tahun,dia masih melekat dengan aku. Aku pun siap membesar dengan dia. Kapten pari-pari pula tidak akan membenarkan aku pulang ke dunia pari-pari semula selagi aku tak berjaya lenyapkan memori dia mengenai aku sebagai raksasa dibawah katil.

 

Satu lagi masalah yang dia hadapi tetapi aku yang risau,dia kera sumbang! Dia tidak mahu berbual dengan orang luar selain keluarga!. Dia agak susah untuk terbuka dengan orang luar. Aku berharap,dia dapat jumpa kawan yang baik suatu hari nanti,bagi mendorongnya ke jalan kebaikkan.

 

Dan sekarang,Wora yang aku kenal,telah jatuh cinta. Macam mana tu? Aku teruja nak tahu,bagaimana kisah dia dan kisah pertamanya terhadap manusia lelaki. Dia fikir,cinta itu semuanya indah,seperti kisah dongeng. Namun,tak semua cinta itu ibarat kisah dongeng. *mengeluh*

 

---

 

Langit cerah dengan awan yang berarak diatas langit,entah kemana destinasinya. Kaca matanya dibetulkan dengan senyuman yang dihiasi pada wajahnya. Beg sandang dibawa dengan berhati-hati. Kakinya melangkah kearah perhentian bas yang sudah dipenuhi manusia yang membawa anak panah destinasi masing-masing.

 

Hari ini adalah antara hari yang bermakna bagi dirinya. Mungkin akan muncul hari yang membahagiakan dirinya lagi pada waktu hadapan,namun hari ini adalah permulaan hari yang membahagiakan tersebut muncul. Namun tanpa wujud hari dibelakang hari ini,pasti tidak muncul hari yang membahagiakannya ini.

 

Selang beberapa saat,bas mula muncul dengan bunyi enjinnya yang kuat. Setelah penumpang didalam isi perut kenderaan panjang tersebut keluar,mereka yang menunggu diluar berpusu-pusu masuk ke dalam bas.

 

Kakinya melangkah kearah tempat duduk kosong yang berada agak kebelakang. Tali beg sandangnya dibetulkan lalu dia melabuhkan punggung diatas kerusi dengan keluhan lembut dikeluarkan. Peluh didahi dikesat dengan cermat dan berhati-hati. Kolar kemejanya dibetulkan sedikit.

 

Matanya beralih kearah tempat duduk sebelah dimana dua orang pelajar perempuan yang memandangnya dengan wajah yang berkerut serta memakai wajah menjuri akan penampilan dirinya. Dia tidak mengendahkannya. Matanya beralih kearah luar tingkap,dia lebih senang memerhati kanak-kanak yang sedang melintas jalan diatas laluan zebra.

 

Perutnya berbunyi kuat,dia terlupa. Kerana terlalu teruja serta tidak sabar menantikan hari ini,dia lupa untuk mengambil sarapan sebelum menaiki bas. Dia tersenyum nipis kemudian menarik zip beg sandang lalu meraba-raba kedalamnya. Sebuah roti kacang merah dikeluarkan.

 

Dia dengan cermat mengoyakkan hujung pembungkus roti. Matanya mengerling kearah tempat duduk sebelah semula,dia terkebil-kebil. Bukan dua pelajar yang memerhatikannya dengan wajah yang pelik berada disitu. Namun sebaliknya,seorang pelajar perempuan yang sedang menikmati susu strawberry sambil bersandar dengan wajah yang kosong.

 

Dia menyambung mengunyah roti kacangnya. Sebaik rotinya dihabiskan,dan perutnya sudah pun tidak berkeroncong lagi,dia sampai ke destinasi yang difikirkannya. Apabila melangkah turun dari bas,kakinya memijak lantai. Senyumannya kian melebar.

 

Alamat yang diberikan memang benar. Tidak jauh dari situ,beberapa orang lelaki sedang menunggunya disitu dengan senyuman yang lebar. Dia turut membalas senyuman mereka dengan langkah yang kian dicepatkan.

 

Tidak jauh dari situ,Wora yang sedang membuang kotak minuman kedalam tong sampah merenung lama kedai disebelah Kafe Haneul milik Encik Kim Minseok. “Pesaing?,” bisiknya sendiri dengan wajah yang berkerut. Samaada dia mempunyai perasaan yang tidak puas hati ataupun dek sinaran cahaya yang memancar matanya.

 

Kakinya melangkah laju masuk kedalam kafe. Hari ini dia bersama Sehun. Memandangkan Kim Jongin terpaksa pulang lewat dari sekolah,dia dipaksa masuk dalam pasukan bola sepak sekolah. Sebenarnya lelaki tersebut bukanlah manusia yang suka bersukan,namun telah dipaksa oleh kakaknya yang bernama Wora.

 

“Wora,jadi..Nilah kafe yang kau ceritakan? Tapi dekat sini hanya sediakan kopi,tiada minuman lain,” ujar Sehun dengan wajah yang tidak percaya. Benarlah,cinta itu buta. Sehingga Wora tidak boleh lihat kopi yang dibencinya,dan rela masuk ke dalam kafe ini dan menikmati kopi yang pahit.

 

“Ya,aku tahu,”jawabnya dengan ringkas. Matanya beralih pada penjaga kaunter yang merenungnya dengan hairan. Mestilah hairan apabila melihat dirinya berborak dengan diri sendiri. Tiada sesiapa disebelah.

 

“Americano dua,” Wora tersentak dengan suara yang tiba-tiba muncul disebelah. Bayang Sehun juga sudah menghilang. Suara tersebut adalah milik lelaki yang minum Americano serta satu meja dengannya kelmarin.

 

“Saya belanja”

 

“Tak payah,terima kasih”

 

Sehun disebelah kiri Wora menyiku. “Terima ajalah,orang dah pelawa tu”

 

Wora mengalah pada apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut. Dia akur sahaja lalu mengambil salah satu Americano diatas dulang ditepi kaunter. Lelaki itu mempelawa Wora untuk bersama satu meja dengannya buat kali kedua. Kini Wora menolak,walaupun Sehun juga memaksa. Dia mengambil meja yang jauh dari meja lelaki tersebut.

 

“Sehun,aku rasa lelaki ni penculik kot”

 

Sehun ketawa terbahak-bahak mendengar apa yang diujarkan oleh Wora dengan riak wajah yang serius. Kalau benar dia seorang penculik,Sehun akan mengishtiharkan bahawa,itulah penculik yang paling comel abad ini.

 

“Kenapa gelak? Ini tak kelakar,ini serius!,” Bibirnya terkumat-kumit,sesekali dia mengerling kearah lelaki itu yang melambai penuh mesra.

 

“Kalau tak penculik pun,perogol bersiri!”

 

“Wora,tak baik buruk sangka macam tu!,” Sehun mencebik. Menyesali perbuatan Wora yang menuduh terhadap manusia yang membelanjakannya air sebegitu. Wora menepuk dahinya. “Ini bukan masalah tak baik atau tak..Ini langkah berjaga-jaga”

 

Sementara seorang manusia dan juga raksasa sedang berbicara,lelaki tersebut menyedut minumannya dengan senyuman yang penuh kegembiraan. Dia menongkat dagu sambil bersiul-siul lembut. Dia mengambil buku didalam beg galasnya lalu diletakkan diatas meja. Pen mata 0.5 dipusing-pusing dengan jarinya yang panjang.

 

Tidak lama kemudian,orang yang dinantikan oleh Wora sudah tiba. Encik Kim Minseok,hari ini dia kelihatan sungguh segak mengenakan kemeja Denim bewarna biru lembut dengan jeans hitam. Wora menghembam wajahnya pada lengan yang dibaringkan diatas meja. Dia menyembunyikan wajahnya yang tersenyum disitu.

 

“Parah..Dah sah kena Love Adrenaline,” Sehun menggeleng sendiri.

 

“Sehun,ada laman web ni cakap,kalau kita jatuh cinta,kita akan menjadi semakin cantik. Kau tengok aku,nampak cantik tak?,” matanya dikerdip-kerdipkan sewaktu menyoal Sehun sebegitu.

 

Sehun mendiamkan diri. Matanya merenung dalam setiap pelusuk sudut paras gadis dihadapannya kemudian tersenyum. “Mestilah tak!”

 

Wora menjulingkan mata keatas. Tatkala mereka berdua bergaduh,Kim Minseok memerhatikan Wora yang sedang ketawa sendiri,matanya dijegilkan dengan kening bercantum satu. Hairan dengan fenomena tersebut yang jarang sekali berlaku di dalam kafenya.

 

---

 

Malam yang tenang itu diiringi lagu Honey,I’m Good. yang berkumandang di titian radio diatas meja disebelah laptop milik si gadis yang rambutnya digulung dengan tuala bewarna putih. Dagunya ditongkat tatkala matanya merenung jauh,redup keatas langit yang gelap.

 

“Aku ada satu idea,” Matanya dijegilkan dengan bibir yang senget kekiri dihiaskan. “Kill two bird with one storm,mwahaha!,” Entah betul atau tidak idiom yang digunakan,namun jika digunakan idea yang sedang menari ballet disekeliling kotak fikirannya,pasti menguntungkan!.

 

“Akak,pinjam kalkulator”

 

“Adik!”

 

Wora melompat dari kerusi,terjun keatas badan adik lelakinya seperti tubuh lelaki tersebut adalah tempat mendarat yang paling selamat. “Hoi,sakitlah!,” Jongin mendengus lantas menolak badan kakaknya dengan wajah yang marah. Gila tak marah,dengan tiba-tiba diserang sebegitu.

 

“Kau kena ikut aku esok”

 

“Hah? Pergi mana?,” Jongin terkebil-kebil. “Tak nak ikutlah,” Dengan selang dua saat,jawapan atas persetujuan untuk tidak pergi diserahkan.

 

“Kau kena ikut aku,nanti kalau aku sesat macam mana?”

 

“Gunalah peta”

 

Wora menghembus nafas dengan kasar sambil lengan disilang. “Kau tak kesian ke dekat kakak kau ni? Kau tak tahu betapa zaman kanak-kanak akak begitu gelap jika dibandingkan dengan sehitam-hitamnya rambut?? Taklah macam kau,kan?”

 

Jongin menjulingkan mata keatas. Ada aja kalimah-kalimah merajuk yang susah untuk dipujuk diberi. Jongin mengangguk lalu serta merta Wora tersenyum gembira dengan tangan ditepuk-tepuk bahagia.

 

“Jadi,kau nak pergi mana?”

 

“Hei,jangan panggil kaulah..Panggil Akak! No manners betul!”

 

“Whatever,cepatlah cakap,sebelum ubah fikiran,” Kening dinaik-naikkan.

 

“Esok I beritahu”

 

Jongin yang keliru dengan jawapan yang diberi beredar pergi dengan wajah yang keliru. Lebih baik dia cabut lari dahulu sebelum kakaknya itu membuat sebarang pertukaran fikiran. Wora yang sudah senang hati kerana punya peneman disebelah baginya untuk menuju ke sebuah destinasi esok,tersenyum manis.

 

Petang keesokkannya,seperti yang dijanjikan diawal pagi,mereka bertemu dihadapan stesen bas bagi menuju kesuatu tempat yang dirahsiakan oleh si kakak. Si adik pula hanya memasang wajah menyampah dengan hati yang tidak begitu rela.

 

“Kau tak ada latihan bola sepak hari ni?,” Wora menyoal dengan kening dijongket. Jongin menggeleng dengan senyuman yang ditahan. Dia telah memonteng latihan bola sepak dengan sesuka hatinya. Jika dia dengan selamba badak memberitahu perkara sebenar,pasti kakaknya itu membaling batu lesung kearah mukanya.

 

Jongin yang tidak tahu akan arah tujunya hanya mendiamkan diri,namun jalan yang dilalui sekarang ini seperti ‘familiar’ aja. Dia menggaru-garu lehernya. “Nak pergi mana ni?”

 

Wora tidak menjawab. Hanya mendiamkan diri dan ketawa sinis dengan sinar hujung mata yang penuh kejahatan. Entah apa yang mahu dilakukan oleh gadis tersebut. Seusai menjatuhkan tapak kaki diatas lantai,turun dari bas,Jongin terlopong.

 

“Cis,kau ajak aku bersungguh-sungguh semata-mata nak ke sini?,” Jongin mengetap bibir dengan geram.

 

“Siapa cakap aku nak pergi sini? Aku nak pergi sebelah sana,” jawab Wora dengan mata dijeling. Dia sudah agak akan jawapan cliché yang akan diberi oleh adiknya. Dia bukan mahu ke kafe Haneul,tetapi jiran kafe tersebut.

 

“Apa pulak nak dibuat dekat sana??,” Jongin terjongket kening,kemudian matanya terbuntang luas. “Jangan-jangan..”

 

 


One more update. Sila turunkan komen anda dibahagian komen.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
i'm sorry,but cerita ini akan dijadikan 2shot

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 1: Jangan2 ape ? Wahhh,daebakla crite ni..btw,update soon
rp_pcy
#2
Chapter 1: Awesome story! Update soonn~~~ /mengerdipkn mata/ bhahaha pft.
alfors
#3
Chapter 1: Great story!