Nota Penulis
Dilarang MasukHai, u olls, my lovely subbies.. rasa nak peluk sorang-sorang… :D
Pertama sekali, terima kasih sangat sebab tekan butang subscribe! Tak sangka, di saat saya tulis nota ni pun dah ada lebih 70+ subbie.. korang memang awesome! Mulanya saya sangka cerita tak akan ade ramai baca pon, ye la sebab bukan genre yang popular, cuma saya gunakan beberapa nama idol yang popular untuk menarik perhatian pembaca. Maafkan saya andai kalian rasa idol kegemaran korang tak layak untuk dimasukkan dalam cerita ni, terutama sekali peminat Kris dan Kai.. saya tak berniat nak jadikan watak itu jahat.. maaf sangat-sangat. Untuk Yubi pula, korang tak kenal dia? ala yang comel-comel dalam cerita Pinochio tu, dengan yang jadi makwe Kwangsoo dalam Innoncent Man..
Perkaitan antara Kris dan Kai. jujur saya ingat ramai dah tahu dari awal lagi yang Kris adalah dalangnya, tapi saya lega sbab dapat beri unsur suspense kepada pembaca.. heee.. kenapa Kai? mulanya saya dapat inspirasi untuk menggunakan nama Chiro. Chiro macam nak sama bunyi dengan Shiro, Shiro dalam bahasa jepun bermaksud warna putih, dan saya pilih watak Kris untuk jadi Chiro pula sebab nama sebenar Kris iaitu Wu Yi Fan. W= 23, Y=25 , F= 6 (23+25+6= 53) Shiro pula kalau dalam bahasa Jepun, tulisan hiragana ditulis ちろ (macam nombor 53 kan?) tapi kemudian, lepas seminggu, saya kira balik, 23+25+6 =54, bukan 53! Hahaha, betapa bongok nya saya dalam matematik, so saya terpaksa contruct balik idea ni, dan tup tup dapat idea untuk guna nama Kai, sempena perkataan Akai, iaitu warna merah… Gosh, saya sangat merepek kan??? >!<
Chiyaki Errie pula ialah watak dalam movie anime tajuk "The girls who leapt through time". Yamada Sora tu pula ialah nama watak cite digimon.. Yamada dengan Sora..
Ha, nak tahu juga watak apa yang korang suka? Setiap orang memang saya sengaja tulis personality yang berbeza, tak semestinya mereka idol, mereka mesti baik dan handsome.. no no no… dalam cerita ni, saya cuba jauhkan pembaca dengan sikap idol yang sebenar, tapi tak jauh mana, macam Jackson, saya stickkan dia dengan sikap suka pakai topi. Macam Baekhyun pula, ia adalah sifat manusia biasa, well, saya ade sorang kawan macam dia, -_- . Ego meninggi gunung.. pffft. Untuk watak Suho pula, saya nak wujudkan reality yang tak semua lelaki berani.. hehe…
Kalau scene pula, masa first saya dapat idea untuk cerita ni, saya terbayangkan scene kereta meletup depan mata Jackson.. ini semua detective conan punya pengaruh.. Hahaha.. lepas tu, saya terbayangkan youngji lemas, dan dari situ saya start bina idea dan sedikit-sdikit sya dapat gambaran penuh. Ending ni direka last minute, lepas saya dapat idea masa tengok cerita Maze runner kat pawagam.. k tiada kaitan kat situ… krik-krik.
Anyway, terima kasih sebab baca sampai habis.. terharu sangat baca komen korang… yang mana terkejut tu, saya lagi terkejut. Minta maaf juga andai ending dia ni tak memuaskan hati. Saya sayang korang semua!!!! (tutup muka)
Kalau korang rindu nak baca penulisan saya, gosh, perasan giler penulis ni!! boleh la baca koleksi one-shot saya yang sweet dan simple di Kafe EXO… jangan lupa subscribe cerita tu juga taw..dalam cerita tu, saya juga perlukan rakan admin so kalau nak berminat, please pm sye..
So bye!
jap, ini anak siapa? saya dah start sukakan dia..
Comments