contest 13

KRIS VS KAI EXO XOXO -NICKYNICK'S WRITING CONTEST | FOR MALAY FANFICS | PEMENANG SUDAH DIUMUMKAN

 






 

Tittle : Seventeen 

Author  : nuranissha

Genre : Friendship , angst , slight fantasy 

Status : One shots ( not complete )

Characters : 'Aku ' Kim Jongin , Eun Chaerin 


Synopsis :    
"It's okay, love.
                         There is nothing to fear.
                              Hold my hands and close your eyes,
                              now... tell me, can you feel it?

A story of friendship, trust, and growing adolescent love.

Aku sedar aku bukanlah malaikat dari kayangan, tidak seperti gadis yang kau idamkan.
Cukup sebagai seorang gadis biasa yang tiada apa-apa, aku teruskan hidup yang kadang-kala terasa sia-sia.
Aku tahu kau terlalu jauh untuk kugapai, tapi aku akan sentiasa di sini seandainya kau memilih untuk berpaling.
Tidak mengapa, biarlah terluka. Asalkan kau gembira... Adakah kau bahagia?
Kau lebih memilih 'Wendy'.
Namun aku akan terus menjadi 'Tinkerbell' yang mengharapkan cinta daripada seorang 'Peterpan'.Usia aku tahun ini genap tujuh belas. Ayah aku merupakan seorang peladang, manakala ibu mengambil upah menjahit baju pada waktu-waktu terluang, selebihnya dihabiskan dengan tanggungjawabnya sebagai suri rumah tangga. Hanya aku satu-satunya anak mereka. Mungkin itu yang membuatkan hubungan kami sekeluarga bertambah erat. Keluarga kami sebuah keluarga yang kecil, itu benar, tetapi aku memiliki keluarga yang sempurna. Aku mempunyai seorang ayah yang tegas dan penyayang, ibu yang selalu mengambil berat dan prihatin tentang keluarga. 

Oleh sebab ayah berkhidmat di bawah majikannya, kami sering berpindah tempat kediaman bagi memenuhi tuntutan kerjayanya. Aku tak kisah pun sebab perkara itu sudah acap kali terjadi. Sejenak aku mengingat kembali, pertukaran ayah kali ini sudah masuk kali ke lapan. Kami tidak pernah menetap lama, paling lama kami boleh bertahan cuma dua hingga tiga tahun. Sebab itulah apabila aku bersekolah di sekolah baru, aku lebih sering mengasingkan diri daripada rakan sekelas. Bukannya apa, aku takut kedekatan kami akan membuatkan aku tidak mampu meninggalkan mereka apabila tiba masanya nanti.

Tapi kali ini berbeza. Tahun ini merupakan tahun terakhir aku berada di sekolah menengah sebelum aku menjejakkan kaki ke alam dewasa. Aku sendiri tidak pasti sama ada aku sudah cukup bersedia untuk menghadapinya. Apa yang aku pasti adalah, zaman remaja ini tidak akan berulang lagi. Semakin meningkat usia seseorang individu, semakin berat tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Aku mesti memanfaatkan masa yang tersisa. Terkadang aku menyesali tindakan bodoh aku selama ini yang menyekat tali persahabatan yang pernah mereka tawarkan. Bukankah itu yang aku perlukan? Sahabat?

Aku mahu merasakan dunia sebenar persekolahan. Aku ingin berubah. Tapi aku tidak pernah terfikir bahawa semuanya akan menjadi sesukar ini. Terutamanya dengan kehadiran Kim Jongin, seorang lelaki yang tidak mampu aku jelaskan dengan kata-kata. Di mataku, dia sebuah enigma. Dia sangat cerah, seperti sang Mentari, kontra kepada dunia monokrom ini. Kehadirannya dalam hari-hariku membuatkan aku terfikir. Adakah dia betul-betul bahagia? Atau itu semua kepura-puraan semata-mata? Cara pergaulannya, senyuman dan tingkah lakunya hanya mencerminkan satu perkara dalam mindaku: I see myself in him, yet he is someone that I want to be.

Tanpa aku sedari, perlahan-lahan tetapi pasti, keunikan dirinya melembutkan hati perempuanku.



LINK : SEVENTEEN  

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
baehwililly
sorry sebab lambat post yg baru join tu T^T

Comments

You must be logged in to comment
CaramelStory #1
Chapter 29: Hehehe tak ada masa nak habiskan cerita since cerita tu drama 100 episode- kay joke hahahaha. Thank you sebab buat contest and tahniah kepada semua pemenang.
RayhanAdni #2
Terima kasih nickynick tak kuduga dan tak kusangka dan thniah juga kpd tempat kedua dan ketiga ^^ (post lambat)
Jelly_Warrior
#3
Chapter 29: OMG ! Terima kasih sbb pilih saya sbgai salah seorang winner contest ni...terharu gilerrr XD terima kasih banyak2 :)
Tahniah kepada pemenang tempat pertama dan juga yang ketiga. Tak lupa juga contestant yang lain...tahniah !!!
kuchens
#4
Chapter 29: Tahniah pd semua pemenang! \(^O^)/
Dan sy mmg enjoy bca bahasa rojak kris! xP
Tahniah sekali lagi! ~~
parkyura98
#5
Chapter 29: Huhu sye rise terkejut Sgt, sye x sngke citer sye yg mmg x seberapa boleh spat tempat ketiga, terkejut sye, terima kasih author *terharu* XD
CaramelStory #6
Chapter 28: Dah habis tarikh T.T dan masih lagi belum dapat habiskan.
fourteenone
#7
hey sorry lambat bgitau but wooya nak tarik diri
tak sempat nak siapkan cerita ni T.T
i wont delete it but i dont know when i will continue it
sorry for everything >.<
CaramelStory #8
Chapter 24: Kalau siapkan bulan december boleh? Spm tahun ni u.u
BiniJungkook
#9
Detik-detik akhir ni, saya berminat nak menyertai contest awak^^

USERNAME : BiniJungkook
PROFILE LINK : http://www.asianfanfics.com/profile/view/1105985
TITTLE STORY : Jangan Menghilang
LINK SOTRY : http://www.asianfanfics.com/story/view/1037789
POSTER LINK : tak dak
GENRE : Angst, life
CHARACTERS : Kim Jongin dan Kim Jejae
PASWORD :Kriswufanfan
STATUS : ONE SHOTS
twenty-six
#10
Hi, nak sertai. Harap diterima :)

Username
>> twenty-six
>> http://www.asianfanfics.com/profile/view/884881

Story's Title
>> Katarsis
>> http://www.asianfanfics.com/story/view/993829/katarsis-malay

Poster >> http://i1375.photobucket.com/albums/ag469/lusckairi/wSrOIST_zpsq9snjb66.png

Genre >> Tragedy, Family

Characters >> Kai, Soyun

Password >> Kriswufanfan

Status >> Chaptered (Completed)

Terima kasih berbanyak sebab mengadakan contest ni.