BLACK DREAM : 03

BLACK DREAM

Seperti yang di janjikan, Pak Samad datang ke rumahku bersama Mak Nik sebaik saja suamiku keluar untuk berkerja. Bersama mereka kelihatan beberapa botol air mineral bersaiz 1.5liter. 

 

Belum sempat aku bertanya, Pak Samad terlebih dulu memesan supaya melihat saja apa yang ingin dia lakukan dan jangan sesekali bertanya apa-apa soalan. Aku mengangguk. Pak Samad dan Mak Nik sama-sama membuka botol air yang di bawa mereka dan merinjiskan air tersebut ke seluruh rumah banglo yang ku duduki dari luar hingga ke belakang. 

 

Selesai melakukan kerja itu, mereka berdua segera minta diri untuk pulang dan Mak Nik meminta aku agar segera menghubunginya jika berlaku apa-apa pada malam ini. Aku yang masih bingung hanya mampu untuk mengangguk dan tidak faham sitausi apakah yang sedang ku lalui sekarang ini.

 

Yang pasti, aku bersyukur kerana malam ini Dream tidur awal dari biasa. Sudah lama aku tidak melihat Dream tidur nyenyak begitu. Wajahnya yang polos ku usap dengan penuh kasih sayang. Aku yang sudah sememangnya keletihan tidak melepas peluang untuk merehatkan diri. Ku baring di sisi Dream dan memeluknya. Ku cium Dream beberapa kali hingga akhirnya aku tertidur.

 

**********************************************

 

Tiba-tiba...............

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet