BLACK DREAM : 02

BLACK DREAM
Keesokkan harinya, setelah suamiku pulang... aku bertanyakan padanya tentang pakaian Dream yang hilang. Namun jawapan suamiku agak mengejutkan aku. Dia sama sekali tidak mengambil baju Dream dari laci almari.  Aku benar-benar tidakpuashati dan aku semakin bengang apabila suamiku menganggap itu semua hanya khayalan aku. Aku yakin dengan apa yang aku lihat. Sudah lama aku menguruskan baju Dream mustahil aku tersilap.
 
Aku membangunkan Dream.. aku siapkan Dream comel-comel dan ku bawa Dream bermain di halaman rumah supaya tidak mengganggu suamiku yang mahu tidur. Aku lihat Mak Nik sedang asyik menyidai pakaiannya di ampaian. Lalu ku dukung Dream dan berjalan ke arah Mak Nik.
 
"Mak Nik! oooo Mak Nik.. buat apa tu?" Aku memanggil Mak Nik dalam gaya seorang kanak-kanak.. seolah-olah Dream yang sedang tanyakan khabar Mak Nik.
"Eh eh... Dream datang..! wah comelnya cucu Mak Nik pagi ni.." Mak Nik mula mengagah Dream. Dream terkekek-kekek suka.
 
"Pak Samad mana Mak Nik?" Aku meneruskan perbualan supaya menjadi lebih rancak. Mak Nik tidak menjawab sebaliknya hanya menjuihkan bibirnya ke arah satu sudut.. Kelihatan Pak Samad sedang menggulung rokok daunnya di atas sebuah pangkin di bawah sebatang pohon rambutan.
 
 
Mak Nik meneruskan kerjanya. Sehelai demi sehelai baju di sidainya memenuhi tali ampaiannya yang panjang. Aku masih berkira-kira samada mahu menceritakan kejadian pelik yang berlaku kelmarin atau tidak. Tapi hatiku benar-benar ingin tahu.. Bagaimana itu semua boleh terjadi.. adakah pencuri sudah menyelinap masuk ke rumahku? Tapi jika ada pencuri masuk kenapa hanya baju Dream yang di curinya?
 
Disebabkan rasa ingin tahu yang semakin membuak-buak, akhirnya aku sudah tidak tahan lagi.
Aku  : Mak Nik.... saya nak tanya sesuatu boleh?
Mak Nik : Eh eh kamu ni.. macam tak biasa pula dengan Mak Nik. Apa dia? Tanya sajalah.
Aku : Mak Nik.. kat sini ada pencuri tak? (Mak Nik nampak terkejut! Dia segera menghentikan kerjanya dan memandang tepat ke wajahku.)
 
" Rumah kamu di masuki pencuri ker?!" Soalan Mak Nik dengan suara yang kuat membuatkan Pak Samad berpaling ke arah kami. "Mana pencuri? Mana?!" Tanya Pak Samad dari jauh. Mak Nik mengambil Dream dari dokongan aku dan menarik tangan kiriku ke arah Pak Samad. Kami berempat duduk di atas pangkin. Mak Nik dan Pak Samad merenung ke arah wajahku dengan pandangan yang penuh tanda tanya.
 
Aku pun menceritakan pada Mak Nik dan Pak Samad tentang  apa yang berlaku. Dan ku lihat wajah Mak Nik dan Pak Samad nampak berkerut. Aku bertambah hairan. Namun sebelum balik, Pak Samad telah berjanji untuk datang ke rumahku malam nanti.
 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet