Sœur

Schwester
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Kau pasti dengan apa kau buat ni?” Soal Krystal yang menongkat dagu dengan lengannya sambil merenung wajah sahabatnya, Suzy yang kelihatan sibuk memasukkan baju di dalam beg pakaiannya. Suzy memandang ke arah sahabatnya sekilas sebelum menyambung kerjanya. Dia malas untuk mengatakan jawapan yang sama kepada soalan Krystal yang semuanya berbunyi sama sahaja.

 

‘Kau pasti dengan apa yang kau buat ni?’ Ya, dia yakin yang kepulangan di ke tanah airnya dapat memuaskan dirinya lagipun idea untuk dia berada di luar negara bukanlah ideanya, ianya idea kakaknya yang tidak putus-putus menyuruhnya untuk belajar ke luar negara sehinggakan dia sendiri tidak mampu untuk berada di majlis perkahwinan kakaknya.

 

Ah, malangnya.Sepatutnya dialah yang bakal menjadi orang yang akan menyambut bunga yang dibaling oleh kakaknya. Suzy merasakan ianya amat rugi baginya tidak berpeluang melihat majlis perkahwinan kakaknya. Sudahlah, dia sendiri tidak pernah berjumpa dengan suami kakaknya memandangkan kakaknya seorang yang suka berahsia tentang hubungan cintanya.

 

“Aku rasa baik kau tak payah balik Korea buat masa sekarang.” Kata-kata Krystal menyebabkan Suzy memberhentikan kerja-kerja mengemas baju-bajunya ke dalam beg pakaiannya. Suzy mula merasa curiga akan perangai Krystal sejak dia memberitahu yang dia akan pulang ke Korea, Krystal mula memberikan alasan untuk dia tidak pulang ke Korea.Bagaikan membaca fikiran Suzy dengan segera Krystal menambah.

 

“Nanti aku akan berseorangan di sini. Siapa yang nak teman aku tengok cerita Glee?” Krystal tahu yang Suzy sudah menghidu sesuatu yang tidak kena dengan dirinya jadi lebih baik dia memperbetulkan keadaan. Lebih baik Suzy berada di Amerika daripada berada di Korea buat masa sekarang kerana ianya bakal merumitkan sesuatu yang bakal berlaku.

 

“Alaa please Jung Krystal, I just went back to Korea for a moment then I will comeback as soon as possible because I know baby jung will miss me.” Suzy cuba untuk menukar fikirkan sahabatnya dengan mengembangkan pipinya melemparkan riak wajah yang comel kepada kawannya dan Suzy tahu yang Krystal memang suka bila orang memanggilnya dengan panggilan ‘baby jung’.

 

“Boleh lah” Mata Suzy sudah bersinar-sinar meminta simpati dari sahabatnya.

 

“Baiklah tapi aku cadangkan kau pulang dengan Sulli lagipun takkan aku nak bagi kau pulang ke Korea berseorangan.” Akhirnya Krystal mengalah. Apa sahaja yang akan terjadi di Korea, dia berharap yang tiada sesuatu yang teruk berlaku atau mungkin ianya lebih baik untuk Suzy mengetahu sesuatu rahsia di sana yang pastinya akan membawa Suzy pulang ke sini dan tidak akan pernah terfikir untuk menjejakan kakinya di sana lagi.

 

Ya, mungkin lebih baik. Krystal yakin yang Suzy akan kembali ke sini.

 

 

Sebaik sahaja tiba di Korea, Suzy telah diajak oleh sahabatnya Sulli untuk ke sebuah kelab yang terkenal di ibu kota sebelum pergi ke rumah kakaknya untuk memberikan kejutan. Suzy sudah merindui akan masakan kakaknya. Memandangkan Suzy baru sahaja di Korea, sahabatnya yang lain bercadang untuk membuat parti perjumpaan dengan Suzy di sana. Sudah semestinya, Suzy akan menghadiri kerana majlis itu diadakan untuk dia.

 

“Suj, awak nampak cantik dengan baju tu” Jerit Sulli menyebabkan Suzy tertawa melihat telatah Sulli yang tidak ubah seperti baru melihat seorang model cantik yang menjadi idolanya memandangkan cita-cita Sulli adalah ingin menjadi seorang model yang terkenal.

 

“You too, Sul.”

 

“Jadi apa lagi, Jom berparti!!” Gelak dua orang gadis tersebut sebaik sahaja menjerit melihat sebuah kelab yang sudah dipenuhi oleh orang muda dengan lagu yang kuat bergema di kawasan berdekatan dengan kelab tersebut. Hampir keseluruhan orang ramai yang sudah mula memenuhi lantai menari dan tarian masing dan tidak ketinggalan beberapa orang yang sudah kemabukkan.

 

Sebaik sahaja kehadiran Suzy disedari oleh sahabat-sahabatnya yang lain, mereka semua mula berbual-bual tentang apakah yang mereka kini lakukan selain daripada melanjutkan pelajaran ke luar negara. Suzy merasa gembira dapat berjumpa dengan sahabat-sabahat lamanya ketika sekolah tinggi dahulu tapi entah mengapa tiba-tiba senyumanya mati apabila matanya yang dari tadi melilau mencari seseorang yang kelihatan tiada di kelab tersebut. Adakah dia tidak tahu tentang kepulangan aku?

 

“Dia tiada dekat sini, Suj.” Ujar Sulli sebaik sahaja melihat riak wajah Suzy yang tidak habis-habis merenung sekeliling kelab tersebut. Bahu Suzy jatuh, nampaknya dia terlalu mengharap kehadiran lelaki itu. Tiba-tiba mata Sulli menangkap seorang lelaki yang amat dia kenali, mungkin lelaki ini dapat membantu Suzy melupakan lelaki tak guna itu.

 

“ By the way, mari aku kenalkan kau dengan sepupu aku” Sulli pantas menarik lengan sepupunya yang tersenyum sambil mengaru lehernya yang tidak gatal.

 

“Kenalkan sepupukan akan yang terhangat di pasaran, Kim Jongin. Jadi  ini Jongin kenalkan pula ini Bae Suzy atau hanya Suzy.” Sulli memperkenalkan sepupunya dengan sahabatnya.

 

“Korang kenal-kenal dulu ya, aku nak pergi cari lelaki yang hot dulu. Adios!”Sulli meninggalkan mereka berdua dalam keadaan yang janggal menyebabkan mereka mengambil masa untuk bersuara. Memandangkan Kai adalah lelaki jadi sudah semestinya dia yang akan memulakan perbualan terlebih dahulu.

 

“Sorry  pasal sepupu saya yang tak betul sikit tu” Omel Kai menyebabkan Suzy tertawa apabila Kai mengatakan sahabatnya tidak b

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kim_iqa #1
Chapter 1: Mesti Sehun kahwin dgn Irene ?
And dlu Suzy suka dkt Sehun kn ?
Btw, nice ff.
Update soon
KimTaehyungWifeu
#2
Chapter 1: knp3 ?!!! irene ade sorokkan something ke ? ape dia ? ape dia ?!!! updatee soon !
baechimi
#3
Your poster has been finished!! :)
Yanseob_YS
#4
Chapter 1: update soonn. tak sabar nak tggu chap seterusny. ^_^