Ending

Selamat Tinggal , Cinta.
Please Subscribe to read the full chapter

"Selamat pagi, Tao" ucap Ying sambil memegang ipodnya.

"Selamat pagi, Ying" aku membalas ucapannya sambil tersenyum. 

Nama aku Huang Zi Tao. Yang baru mengucapkan selamat pagi pada aku tu namanya Ying . Chia Ying Jie , seorang gadis yang aku kenal sejak dari sekolah rendah. Kami berdua menjadi kawan baik sejak kami berumur 10 tahun. Ying , dia seorang yang baik hati dan peramah. Walaupun berpewatakan sedikit kasar, tapi aku rasa dia seorang gadis yang feminin. Setiap hari, kami akan ke sekolah dan pulang bersama-sama dengan menaiki kereta api. 

Kereta api? Janganlah terkejut. Rumah kami berdua memang jauh dari sekolah. Kami terpaksa menaiki kereta api pergi dan balik dari sekolah. Perjalanan kami mengambil masa 40 minit. Berbalik pada cerita aku, aku sebenarnya sukakan Ying. Lama aku pendamkan perasaan aku ni. Tapi entahla... Rasa takut dan gementar. Aku tahu, aku tak se-handsome Kris Wu Fan. Siapa pulak Kris tu? Meh~ aku ceritakan...

 

——FLASHBACK——

"Kris, kau jangan lupakan kitorang ye!! Jaga diri baik baik kat Tokyo nanti!" kataku kepada Kris. Aku dan Ying adalah kawan baik kepada Kris. Kris mengikut ibu bapanya ke Tokyo,Jepun. Ibu bapa Kris adalah CEO kepada syarikat perubatan yang terkenal di Asia, jadi mereka harus pergi merata-rata tempat untuk memasarkan ubat-ubat mereka. 

"Aku takkan lupakan kau,Tao! Jangan risau, aku akan sentiasa menghantar SMS kat kau." kata Kris sambil memeluk aku. Sedang kami bersalaman buat kali terakhir, aku melihat Ying menitiskan air matanya. Aku terkedu. Inilah kali pertama aku lihat dia menangis. Sekali pun aku tak pernah lihat air matanya mengalir keluar. Air mata yang mengalir kerana seorang lelaki.

"Ying~ Kau janganlah menangis pulak~ Jangan risau pasal aku. Pandailah nanti aku uruskan diri aku.Sudah, sudah~ Jangan menangis." Kris mengesat lembut air mata Ying. "Kris~ Ingat, makan elok-elok. Rehat secukupnya! Jangan asyik nak main bola keranjang je! Bila sampai Tokyo, jangan lupakan aku pulak!" kata Ying kepada Kris. Ying, kau nampak sangat mengambil berat pasal Kris. Kalaulah aku dapat memejamkan mata dan memekak-kan telinga ku ketika ini.

Kris tersenyum sambil ketawa kecil,"Ying~ Kau ni dah macam emak aku pulak. Aku akan rindukan kau,Ying yang comel!" Kris mengusap rambut Ying yang lurus itu. "Sebab aku risau,sebab AKU CINTAKAN KAU,KRIS!!" Suasana menjadi senyap sepi. Aku terkedu buat kedua kalinya. Aku menelan air liur ku. 

YING

CINTAKAN

KRIS?

Perlahan-lahan aku mengusapkan wajahku. Pedih rasanya hati aku. Kenapa? Kenapa kau pilih dia,Ying? Apa kurangnya aku? Oh~ Baru la aku sedar yang aku bukanlah sekaya Kris,bukanlah sekacak Kris,bukanlah segagah Kris. Aku bukan siapa-siapa pun di dalam hati kau. Aku miskin, aku hodoh, aku bukan la seorang atlet sekolah yang cemerlang. Aku tahu, aku hanya sekeping kertas yang boleh kau pakai dan buang bila-bila masa.

Ying menunggu jawapan daripada Kris. Seminit berlalu, Kris memandang Ying dengan penuh kesayuan. "Bodoh." kata Kris kepada Ying. "Kenapa sekarang baru nak luahkan?" .Ying memeluk Kris," Saya minta maaf. Saya tak dapat luahkan perasaan saya sebelum ni." Aku merasa hampa. Bodoh!! Kau memang bodoh , Tao!! Kau tengok apa dah jadi!! Semua salah kau !! Tapi apakan daya, semuanya sudah berlaku di depan mata.

——END OF FLASHBACK——

Selepas 2 bulan Kris berpindah ke Tokyo,Jepun, hidup aku kembali ceria. Setiap hari,aku merasakan kebahagiaan. Walaupun aku tak dapat memisahkan cinta jarak jauh Ying dan Kris, aku masih mampu tersenyum. Setiap pagi, aku dan Ying menaiki kereta api bersama-sama. Hanya aku dan Ying. Inilah masa yang paling berharga aku di dalam kereta api. 

Bagi sesetengah pelajar lain, 40 minit di dalam kereta api adalah perkara yang paling membosankan dalam hidup mereka. Tapi bagi aku, masa 40 minit tu ibarat emas yang banyak. Betul kata nenek aku, masa tidak boleh dijual beli. Jadi para pembaca sekalian, tolonglah hargai masa anda kerana anda mampu mengubahnya xD hahaha ok, balik kepada cerita Tao.

"Tao, boleh tak aku tumpangkan kepala aku pada bahu kau? Aku rasa mengantukla~" kata Ying sambil menguap. Begitulah Ying pada setiap hari apabila kami sudah menaiki kereta api. Baru 2 minit menaiki kereta api,matanya sudah menjerit-jerit mahu ditutup. Dengan kereta api yang sedikit bergoyang - goyang membuatkan Ying makin tidur lena. Tetapi, inilah kebahagiaan yang aku katakan. Setiap hari, dia akan tidur di bahuku.

Kadang-kadang aku terdengar beberapa bisikan beberapa pelajar di dalam kereta api. Tapi aku tak kesahla apa pelajar lain nak cakap.

"Ish, tengok diorang berdua tu! Itukan Tao dengan Ying!" 

"Eh eh, betul la cakap kau! Diorang tu ber'couple' ke?"

"Agaknya la~ Sebab diorang dari kecil memang sudah berkawan."

"Romantiknya la diorang berdua tu~ Hehehehe"

"Ying, bangunlah~ Kita dah sampai stesen kereta api ____ ni! Jomla turun!!" kataku sambil menepuk-nepuk lengan Ying. Ying cepat-cepat bangun sambil menggosok-gosokkan matanya. "Ahhh~ Sedapnya tidur tadi!" kata Ying sambil melangkah keluar dari kereta api. Aku hanya tergelak kecil mendengar katanya. "Ying, kau sentiasa tidur lena dalam kereta api tu. Hahaha". Tiba-tiba, Ying mendapat satu penggilan. Panggilan daripada Kris.

Ying menjadi bersemangat apabila Kris menelefonnya. "Selamat pagi,Kris~ Saya baru sahaja sampai di stesen kereta api ____! Bagaimana persekolahan awak di Tokyo? Seronok di sana?" tanya Ying panjang lebar. Ternyata, Ying sangat rindukan Kris. Aku merasa cemburu. Ah~ Seronoknya kalau aku berada di tempat Kris. Sedang Ying berbual-bual di dalam telefon, aku merampas telefon bimbit Ying dan berbual dengan Kris.

"Kris,selamat pagi!" ucapku kepada Kris. "Woiiii~ Bagi balik telefon aku!!" jerit Ying dari belakangku. Aku hanya membiarkan sahaja Ying menjerit di belakang dan sambung berbual dengan Kris. "Kris,kau nak tahu tak? Tadi Ying tidur sampai meleleh air liur basi dalam kereta api! Hahahaha Kelakar kan!". Mendengar ceritaku kepada Kris membuatkan Ying makin kuat menjerit sambil menarik-narik rambut ku yang sudah cukup 'kemas' ni.

"Hahahaha~ Nak sangat tengok wajahnya yang sedang enak tidur di dalam kereta api. Tao, aku sangat cemburukan kau sebab kau boleh sentiasa berada di sisi Ying!". Aku hanya terdiam apabila mendegar kata-kata Kris. Ya, Kris. Kau memang perlu berasa cemburu dengan aku. Tapi, Ying tetap sukakan kau walaupun kau berada jauh di negeri matahari terbit. 

"Tao, boleh tak aku minta tolong sesuatu?" tanya Kris.

 ...

Selepas habis kelas senaman Cikgu Lay, aku, Ying dan beberapa pelajar lain dikehendaki mengemas

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
daohsem_myself #1
Chapter 1: Hebat la. Keep updating, I'm your fan. Kekeke