Haunted House

Description

Kai dan Krystal dipaksa berkhawin oleh ibu bapa mereka. Sebelum berkhawin, Krystal bercinta dengan Kyungsoo, seorang lelaki yg paling kacak di sekolahnya. Kyungsoo begitu marah dan merancang untuk melarikan Krystal. Krystal pula sedaya upaya ingin melupakan Kyungsoo dan ingin berama dengan Kai. Apabila mendapat tahu bahawa Krystal telah mengandung, Kyungsoo bertambah geram dan merancang untuk membunuh Kai dan anak di dalam kandungan Krystal. Krystal dan Kai berpindah ke sebuah kampung terpencil. Adakah mereka akan selamat? 

Foreword

"Hai D.O. Apa yang awak buat di sini. Awak kata nak pergi jalan-jalan dengan saya." Krystal menegur D.O dari belakang. "Hai. Jomlah. Nanti lewat." D.O menarik tangan Krystal. "Awak berdua nak pergi mana tu. Nak ikut boleh?" Kai bertanya. D.O menjawab. "Awak janganlah nak menyibuk. pergilah bersama L tu. Haha." D.O memandang L yang berdiri di sebelah Kai. Tiba-tiba, telefon Krystal berbunyi. "Hello omma. Apa? Ada hal penting? Kene balik sekarang? Baiklah." Krystal memandang D.O. "Awak, kita pergi esok jelah. Hari ni tak boleh." Krystal serta merta berlari ke arah keretanya. "Haha. Tak jadi nak jalan dengan teman wanita yang paling cantik dia tu." Kai dan L sama-sama ketawa. "Diamlah. Asalkan aku ada teman wanita. Kau ada?" D.O merengus geram. Geram betul dengan perangai Kai yang suka gelakkan orang. Kai pula geram dengan perangai D.O yang suka berlagak.

 

"L, jom balik. Penatlah." Kai mengajak L. "Kau baliklah dulu. Aku ada banyak kerjalah." L melambai-lambai kepada Kai. Di dalam kereta, telefon Kai berbunyi. "Hello. Omma, Kai nak balik dah ni. Tunggu sekejap ye." Kai memecut di jalan raya.

**********

"Annyeong omma, apa hal penting nya." Kai yang baru hendak melangkah masuk ke rumah terkejut dengan kehadiran gadis yang paling dibencinya di tempat kerja. Ya. Semestinya Krystal, teman wanita D.O. "Apa awak buat dekat sini.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet