Chapter 6

Till The End I Love You ( Malay Ver)

Rina melangkah masuk ke dalam kondonya perlahan – lahan.  Setelah menyimpan kasutnya di rak kasut, dia terus menuju ke pintu biliknya.  Belum sempat dia memulas tombol itu, satu suara menghentikan pergerakannya.

“ Jang Rina..” Daehyun bersuara lalu membuka lampu di ruang tamu itu.  Rina sedikit kaget.

“ Come here.  We need to talk...” Daehyun bersuara lagi.

“ Next time. Because I’m so tired.” balas Rina malas.  Dia sudah membuka pintu biliknya tetapi suara Daehyun sekali lagi menghentikan langkahnya.

“ Jang Rina!! I said we need to talk!” suara Daehyun mula meninggi.

“ About what? There’s nothing we need to talk on. Okay.” balas Rina pendek.  Dia juga sedang cuba mengawal suaranya.

“ Papa wants you to work in our  company.” ujar Daehyun perlahan.

“ Papa what? Hey! So what? I don’t want! Kalau papa nak sangat Rina bekerja, yes i can find another job! But not with you!  Because i want to tell you that i really hate you Jung Daehyun!  That’s it!” balas Rina lalu terus menghempas pintu biliknya. Daehyun mengetuk kepalanya  dia kini rasa amat bersalah kerana meninggikan suara terhadap isterinya. 

*Way to go Jung Daehyun! You hurt her today while her birthday is just less than a week from today*

 

 

Seminggu kemudian...

 

Hubungan Daehyun dan Rina menjadi lebih tegang sejak mereka bertengkar tempoh hari.  Hari ini merupakan hari lahir Rina yang ke 21.  Daehyun sudah menyiapkan segala – galanya untuk menyambut hari lahir isterinya sekaligus ingin memujuk isterinya yang sedang merajuk.  Pagi itu, Daehyun sengaja bangun lebih awal sebelum isterinya ke kerja. Ya, Rina telah pun mengambil keputusan untuk bekerja di studio seni milik salah seorang rakannya.  Daehyun duduk di meja makan sambil menunggu isterinya keluar dari bilik.  Beberapa minit setelah itu, Rina keluar dari biliknya dan terus menuju ke pintu hadapan kondo tersebut.

“ Rina yah..” panggil Daehyun tetapi tidak dihiraukan oleh isterinya.

“ Boleh tak balik awal sikit malam ni?  Saya ada sesuatu untuk diberikan pada awak.” sambung Daehyun lagi.

“Tak boleh bagi sekarang ke? Aku sibuk.  Mungkin balik lewat.” jawab Rina hambar.

“ Sebab benda tu akan sampai waktu malam, jadi waktu malamlah paling sesuai.” balas Daehyun lagi.

“ Hurm, tengoklah macam mana.  Tak janji.” jawab Rina lalu terus keluar dari kondo tersebut. 

Seperti biasa setelah beberapa minit Rina meninggalkan kondo, Daehyun menerima sampul surat baru.  Dia kini sudah lali dengan segala surat itu. Daehyun menyimpan surat itu lalu terus keluar untuk membuat segala persiapan.  Sekitar jam sepuluh malam, barulah segala persiapan siap.  Kini Daehyun tinggal bersiap sedia untuk malam nanti.  Dia yang teruja terus berlari masuk ke bilik untuk mempersiapkan diri.  Setelah beberapa minit bersiap, Daehyun duduk di meja makan yang telah dihias cantik oleh beberapa pakar yang diupahnya seminggu yang lalu.  Dia membuka sebuah kotak yang berada di tangannya. Senyumannya bertambah lebar melihat barang yang berada di dalam kotak itu bersinar seperti cahaya di bintang.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet