31.12.14 [ Part 2]

Boom Clap ! It's Zombie !

 

31.December.2014 :Chaos


“KINGKA !!!!”

“JONGUP !!!”

Rupa-rupanya, pintu almari yang terbuka tadi disebabkan Jongup. Tanpa mereka sedar, mereka berdua sebenarnya bersembunyi di almari yang bersebelahan. Orang cakap, jodoh tak ke mana. Tak gitu?

Zelo dan Jongup serentak berteriak untuk beberapa saat. Namun, ia terhenti apabila Zelo bertindak menekup mulut Jongup, membuatkan si penakut itu menggigil ketakutan.

“Cakap dengan aku! Kau ni zombi ke?” Zelo menyoal Jongup yang terketar-ketar. Kolar baju Jongup dicekak kemas sehingga pelajar itu rasa nak tercekik.

“Tak kingka ! Tak !” Jongup menggeleng. Zombi? Apasal zombi?

Sesungguhnya, Jongup langsung tak tahu menahu tentang apa yang dah berlaku sekarang. Maklumlah, baru keluar dari almari.

Zelo melepaskan Jongup sebelum merengus kasar. Riak gelisah terpampang di wajah kingka yang digeruni itu. Jongup tak mahu berlama-lama di situ lantas dengan segera dia bangkit dari duduk dan membuka langkah untuk beredar.

“Jangan! Tunggu dulu !”

Belum pun cukup tiga langkah Jongup berjalan, Zelo terlebih dahulu menarik tangan Jongup dan menggenggam kemas pergelangan tangannya. Jongup terpinga. Air liur yang terasa kelat ditelan. Dalam kepala otaknya, sudah terbayangkan perkara-perkara pelik yang akan berlaku. Kenapa kingka Zelo buat scena ala-ala drama cinta dengan dia? Adakah kingka Zelo sudah jatuh hati kepadanya? Jangan-jangan kingka Zelo nak rog*l dia? Tidak !!!

“Lepaskan saya, kingka ! Tolong !” Jongup cuba merentap tangannya namun gagal. Genggaman kingka Zelo sungguh kejap.

“Tak boleh ! Kalau kau nak mati, kalau cuba la lari !” Zelo memberi amaran yang membuatkan Jongup semakin cuak.

“Kingka, kenapa saya selalu jadi mangsa? Kenapa bukan orang lain? Kingka tak bosan ke asyik buli saya je? Buli la orang lain pulak.” ucap Jongup cuba merayu.

“Buli apanya? Kau tak tau ke apa yang dah jadi kat sekolah kita ni?” soal Zelo .menyoal dengan kasar. Jongup tersentak dan serta-merta tayang muka blur.

“Apa dah jadi?” soalnya takut-takut.

“Duh ! Kau ni baru keluar dari almari ke apa? Takkan kau tak tahu menahu fasal sekolah kita ni?” marah Zelo.

Jongup pandang Zelo tanpa berkelip.

“Memang saya baru keluar dari almari pun. Kingka nampak sendiri kan tadi?” balasnya perlahan.

“Menjawab!” marah Zelo.

Jongup diam.

Dua tiga saat berlalu tanpa suara.

“Sekolah kita kena serang zombi. Pengetua Yoo yang mulakan. Depan mata aku, dia bertukar jadi Zombi.” cerita Zelo kepada Jongup.

“Zombi?” Jongup nampak keliru.

“Zombi ! Kau tau tak zombi tu apa? Alah, yang macam cerita kat TV tu ! Kau pernah tengok? Zombi Kampung Pisang? Pernah tengok tak?” soal Zelo beria.

Soalannya hanya dibalas dengan gelengan dari Jongup.

“Bodoh la kau !” dahi Jongup ditunjal geram. Jongup hanya menunduk. Masih takut dengan kingka Zelo yang garang tu.

“Zombi ni makan otak manusia tau tak? Pastu bila kau dah kena makan dengan zombi, kau pulak yang jadi zombi. Kau nak ke macam tu?” Zelo menambah.

“Tak…tak.” Jongup menggeleng.

“Hish !” Zelo merengus.

“Macammana kingka boleh tau yang Pengetua Yoo yang mulakan semua ni?” Jongup menyoal. Tiba-tiba berminat.

“Aku nampak la ! Depan mata aku sendiri. Lepas je aku sembur dia dan kucing ‘Mary’ dia tu dengan Ridsect, terus dia bertukar jadi…” Zelo tiba-tiba berhenti bercakap. Ayat dia tu. Buat dia sedar sesuatu. Matanya perlahan-lahan melirik ke arah Jongup yang masih menunggu dia menghabiskan cerita.

“Jadi, Pengetua Yoo jadi Zombi sebab kingka sembur dia dengan Ridsect la kan? Kenapa kingka sembur dia dengan Ridsect? ” Jongup membuat kesimpulan sendiri. Tanpa sedar yang kesimpulannya dah buat Zelo sentap.

Zelo terdiam. Penumbuknya digenggam cuba menahan amarah.

“Diam la kau ! Bukan salah aku ! Bukan aku penyebabnya ! Bukan aku yang buat wabak zombi ni merebak ! Bukan aku !” Zelo membentak.

Sekali lagi, kolar baju Jongup ditarik dan pemuda itu tercengang.

“M…maa…maafkan s…saya.” Jongup baru tersedar akan kelancangan mulutnya. Namun sudah terlambat. Zelo sudah mengepal penumbuk dan bila-bila masa saja penumbuk itu akan hinggap ke muka Jongup.

Jongup memejamkan matanya. Bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Namun, segala-galanya seakan terhenti tatkala telinga mereka menangkap bunyi sesuatu.

Sesuatu yang sangat digeruni.

“Huarghhhhhh!!!!!”

Serentak, dua pelajar itu  menoleh ke arah suara yang menggerunkan  itu.

Kelihatan sekelompok zombi sedang berjalan ke arah mereka. Paling hadapan adalah zombi L-joe dan di belakangnya ada Niel, J-hope, Rapmon dan tak lupa juga geng Got7 yang semua dah bertukar menjadi zombi.

“ZOMBI !!!!”

 


 

Sementara itu,

“What the h”ll yang dah berlaku ni ! Wuarghhh! Menatang apa yang huduh sangat ni !Apasal dia kejar aku?” Himchan berlari sekuat hatinya apabila sekumpulan zombi mengejarnya dari belakang. Habis semua benda dibaling ke arah zombi itu namun semuanya langsung tak berkesan.Para zombi masih saja mengejarnya

‘Papa ! Help me !” jerit Himchan. Dia masih berlari bersama bagasi merah jambu kesayangannya. Itu memang tak boleh ditinggalkan. Banyak benda berharga ada dalam tu. Nak tak nak, dia kena bawak bersama walaupun agak menyusahkan.

Terkejut beruk Himchan dibuatnya tadi, saat dia nak keluar dari airport, dia tiba-tiba diserang sekumpulan makhluk pelik yang menyeramkan. Nasib baik dia berjaya lepaskan dirinya. Dia pun tak sangka dia masih selamat. Ternyata, insan bernama Kim Himchan ni boleh tahan hebat jugak. Nampak je macam Diva melebih, tapi tangkas jugak orangnya. Buktinya, dia berjaya dari tak dimakan oleh kumpulan zombi tu. Waaa, Himchan ! Sungguh tak disangka !

( Menangis terharu)

 


 

“Mana semua orang ni? Sunyi sepi je. Apasal lain macam je tempat ni hari ni?” Daehyun menunggang skuter sambil menoleh kiri dan kanan. Lengang. Tak ada orang.

“Pelik.” Daehyun mengomel sendirian.

Skuter terus ditunggang dengan perasaan yang bingung. Lantaklah, yang penting sekarang ni adalah dia perlu pergi ke KFC untuk dapatkan Cheezy Wedges. Memikirkan tentang Cheezy Wedges membuatkan rasa bingung Daehyun hilang semula. Dia kembali tersengih.

Namun, sengihannya mati tatkala ada seseorang muncul dan menahan skuternya.

“Berhenti ! Berhenti ! Stop ! Stop !” pinta lelaki itu kepada Daehyun.

Daehyun yang terpinga-pinga hanya menurut. Tanpa banyak soal, lelaki itu melompat di belakang Daehyun dan membonceng skuter itu.

“Hoi ! Kau apasal? Nak tumpang cakap la dulu. Ni main lompat jek !” sungut Daehyun.

Lelaki itu langsung tak mengendahkan Daehyun. Dia mengangkat bagasi kesayangannya ke atas skuter dengan termengah-mengah.

“Jalan! Laju! Ada makhluk pelik tengah kejar aku !” arah lelaki itu kepada Daehyun.

“Makhluk pelik apanya ! Kau jangan nak buat alasan. Kau nak tumpang cakap la elok-elok.” Daehyun masih belum berpuas hati.

“Jalan la weh ! Kau nak mati ke?” Lelaki itu membalas.

“Amboiii ! Cantik sungguh bahasa kau ! Baik kau turun la. Aku flying kick karang !” Daehyun naik angin.

“Takde masa nak berbahasa la weh ! Jalan lah ! Benda alah tu kejar tau tak?” lelaki itu menjawab lagi.

“Benda alah apa?” Daehyun yang tak tahu apa-apa menyoal.

Suasana diam seketika sebelum akhirnya si pembonceng menjerit ala-ala penyanyi soprano.

“Tu dia benda alah dia ! Lari !!!”

Daehyun menoleh ke arah pembonceng dan matanya menyapa sekumpulan makhluk menakutkan yang membuatkan jantungnya berdegup kencang. Terjojol keluar bijik matanya saat melihat kelibat makhluk pelik itu sedang menuju ke arah mereka.

Tanpa membuang masa, Daehyun terus memecut skuternya laju.

“Wuarghhh!!!!”


 

“Mampus weh ! Mampus !” Yongguk meraung kuat. Youngjae di sebelahnya hanya diam. Fokus dengan larian. Di belakang mereka, zombi Yongnam and the gang sedang mengejar. Dahagakan darah dan laparkan otak dua pemuda yang masih bergelar manusia itu.

“Apa kita nak buat ni?” soal Youngjae cuak.

“Buat apa lagi? Lari je la selagi boleh.” balas Yongguk.

“Kalau dah tak boleh lari?” Youngjae menyoal lagi.

“Berhenti dan bersiap sedia untuk mati.” jawab Yongguk.

Mereka terus berlari tanpa arah tuju.

Huarggh!! Wuarghhh! Otak ! O…Tak…!

Semakin lama, semakin ramai zombi yang mengekori mereka berdua.

“Pikirkan jalan untuk selamatkan diri. Cepat !” Youngjae berkata dengan nada yang cemas.

“Kenapa aku? Kau lah ! Kau kan cikgu !” Yongguk membidas.

“Apa kena mengena?” Youngjae merengus.

Yongguk tak membalas. Mereke terus berlari walaupun hakikatnya masing-masing dah pancit.

Tanpa mereka sedari, mereka berdua sudah berlari hingga ke tengah bandar. Yongguk menoleh ke belakang. Begitu juga dengan Youngjae.

“Diorang dah takde.” ucapnya.

Youngjae mengangguk. Lega. Berjaya jugak mereka lari.

“Jangan lega dulu ! Aku rasa diorang ada di mana-mana. Kita kena berhati-hati.” ucap Yongguk seraya memandang  kiri dan kanan.

“Kita kena cari tempat perlindungan.” tambah Youngjae.

Dengan penuh cermat, mereka berdua melangkah. Menyusup dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain. Dari kejauhan, ada kelibat dua tiga zombi yang sedang mencari mangsa. Mereka berdua bersembunyi untuk seketika. Yongguk menghela nafas berat manakala Youngjae mengigit hujung bibir.

“Nampaknya, wabak raksasa ni dah tersebar kat seluruh bandar.” Yongguk mengeluh diikuti dengan anggukan Youngjae.

“Kalau tak ada sapa-sapa yang menghalang, silap hari bulan, satu dunia boleh kena penyakit ni. Kita tak boleh ambik mudah.” Youngjae menggaru kepalanya yang terasa gatal.

“Kau rasa dalam banyak-banyak manusia kat bandar ni, tinggal kita berdua je ke yang masih selamat?” soal Yongguk.

Youngjae diam.

“Entah. Takkan kita berdua je?”

“Aku tanya kau, kau tanya aku balik!” Yongguk mencebik geram.

Suasana kembali diam. Mereka berdua bertinggung di tepi longkang sambil bersembunyi di balik dinding sebuah bangunan.

Fikiran masing-masing melayang entah ke mana.

Tiba-tiba, mata Yongguk terpandangkan sesuatu.

“Weh ! Gerak ! Gerak ! Ikut aku !” arahnya pada Youngjae saat sesuatu terlintas di kepala otaknya.

Youngjae terpinga-pinga namun sekadar mengikut arahan Yongguk. Mereka berdua menapak mendekati sebuah van yang ada tak jauh dari mereka.

“Kau nak masuk dalam van tu ke? Kalau ada raksasa dalam tu macam mana?” Youngjae ragu-ragu.

“Takde. Aku dah tenung van ni dari jauh tadi. Gerenti selamat!” Yongguk membalas. Tangan Youngjae ditarik.

“Kau biar betul?”

“Betul. Ni van terbiar ni ! Aku rasa tuan punya van dah kena attack dengan raksasa tu dah kot. Tak pun dia dah lari sembunyi kat celah lubang mana-mana.” Yongguk buat kesimpulan sendiri.

“Memandai je kau ni !” Youngjae masih belum yakin.

Yongguk mencebik. Malas nak layan mamat ni. Banyak sangat fikirnya.

Tanpa banyak bunyi, Yongguk masuk ke dalam van. Dia mengambil tempat di bahagian pemandu. Sengih lebar terukir di wajahnya.

“Kau ni dah kira mencuri tau tak !” Youngjae masih dengan fikiran skemanya.

Yongguk buat endah tak endah. Dia bersiul-siul. Sengaja buat Youngjae bengang. Enjin van terbiar itu dihidupkan.

“Aku nak jalan dah ni. Kau nak ikut ke tak?” soal Yongguk. Youngjae mengerutkan dahinya. Kedua belah tangannya disilang ke dada.

“Kau tak nak ikut, maknanya kau nak biar diri kau kena makan dengan raksasa tu.” Yongguk menggertak Youngjae.

“Fine ! Aku ikut !” tak sampai satu saat, Youngjae mengalah. Yongguk senyum sinis. Menang !

Youngjae masuk ke bahagian penumpang dengan wajah yang masam.

“Kau ni sebenarnya penjahat ke apa? Kau memang dah lama buat kerja curi kereta orang ek?” Youngjae menyoal Yongguk yang baru saja nak memulakan pemanduan.

“Apasal kau cakap macam tu?” Yongguk bagi pandangan membunuh ke arah Youngjae.

“Dah tu? Macammana kau boleh start van ni tanpa kunci? Nampak sangat kau ni memang penjenayah curi kereta kan? Kalau tak, memang tak boleh la kau hidupkan enjin van ni.” Youngjae main cakap lepas.

Yongguk tayang muka geram.

“Kau jangan sampai aku bagi kau kat raksasa tu, suruh diorang telan kau hidup-hidup. Aku boleh hidupkan enjin van ni sebab memang dah ada kuncinya la ! Aku kan dah kata, ni van terbiar ! Aku rasa tuan punya van tak sempat nak tanggalkan kunci sebelum dia lari kot. Kau ni main serkap jarang je la !”sungut Yongguk, bengang.

“Ouhhh….” Youngjae hanya mampu bagi reaksi tu. Terasa malu sendiri.


 

“Kingka Zelo! Mana kita nak lari ni ? Diorang ada di merata tempat !” Jongup menyoal dengan termengah-mengah. Zelo tak menjawab sebaliknya terus berlari ketakutan.

"Kingka ! Macammana ni?" Jongup mendesak lagi.

“Takda masa nak berfikir. Lari je !” Zelo berkata.

“Kingka ! Saya dah penat !” Jongup membalas.

“Lari je la ! Kau nak kena makan dengan zombi ke?”

 


 

“Waaaaaaaaaarrgghhhh! Lajunya kau bawak ! Nak melayang aku dibuatnya lah !” Himchan merungut saat merasakan kelajuan skuter yang diboncengnya berada pada tahap maksimum.

“Dah tu? Kau nak suruh aku bawak slow macam siput? Kau nak mampus ke apa? Memang nahas la kita kena tangkap dengan makhluk pelik tu !” Daehyun yang menunggang membalas.

“Ye lah ! Ye lah ! Hish! Aku dah la tak biasa naik skuter cabuk macam ni.” omel Himchan di belakang.

“Kalau kau tak biasa, kau boleh lompat turun sekarang. Kau dengan beg merah jambu besar gedabak kau ni buat aku sakit kepala je la.” Daehyun membalas.

“Gosh ! Rileks boleh tak? Aku bayar kau nanti. Aku bayar. Kau cakap je kau nak berapa, aku bagi !” Himchan berkata.

Daehyun mendengus geram.

“Tolong kami ! Tolong !”

Suara mintak tolong menarik perhatian Daehyun dan Himchan. Mereka berdua menoleh dan saat terpandangkan dua orang pelajar yang berlari laju macam kilat sedang menuju ke arah mereka, mata mereka berdua serentak membulat.

“Bang, tolong kami! Ada zombi kejar kami !” Zelo melompat naik ke atas skuter Daehyun. Dia duduk di belakang Himchan. Ini membuatkan ‘diva’ itu tersepit di tengah-tengah. Bagasi merah jambunya juga turut sama menghimpit dirinya.

Daehyun terpinga-pinga.

“Jangan tinggalkan saya !” Jongup masih berlari termengah-mengah mengejar skuter Daehyun.

Zelo mengerutkan dahinya. Ruang untuk skuter itu sudah padat. Bahkan terlebih muatan. Daehyun juga sudah melelong dan agak susah untuk mengawal skuter miliknya itu.

Tanpa banyak soal, Zelo menendang bagasi merah jambu kepunyaan Himchan. Tujuannya adalah untuk memberikan ruang kepada Jongup agar dapat sama membonceng skuter itu. Mujur kingka itu dikurniakan sepasang kaki yang panjang, sampai jugak dia nak menendang beg merah jambu striking yang menyakitkan mata tu.

Bagasi kesayangan Himchan jatuh menghentam bumi.

“Naik, Jongup !” arah Zelo.

Jongup mengangguk dan segera melompat ke atas skuter. Bayangkan, empat orang lelaki yang dah  boleh kira dewasa menunggang sebuah skuter.

“Hoi budak-budak ! Korang ingat ni bas sekolah ke apa?  Mana ada orang naik skuter beramai-ramai macam ni ! Pecah la tayar skuter aku nanti !” bebel Daehyun.

“Ala bang ! Darurat ni ! Ada zombi kejar kami!” Zelo membalas.

“ Pinkie (bagasi merah Himchan diberi nama ‘Pinkie’. Harap maklum) !!” Himchan meraung sendirian saat bagasi merah jambunya itu terdampar di tengah jalan. Nak patah balik dan kutip beg tu memang dah tak boleh. Jangan harap Daehyun nak buat ! Himchan nampaknya hanya mampu meratap akan pemergian Pinkie itu.

“Budak tak guna ! Apasal kau tendang beg aku !” marah Himchan pada Zelo.

“Beg tu bukan penting pun ! Yang penting nyawa kami ! Lagipun beg tu dah la hodoh ! Memang layak pun kena buang tepi jalan !” Zelo menjawab selamba.

“Budak tak guna ! Kau ni memang nak kena kan?” Himchan naik angin.

“Dah la tu ! Berapa kali aku nak cakap ! Ni bukan bas sekolah ! Ni skuter tau tak? Skuter ! Duduk la diam-diam ! Aku dah melelong bawak menatang ni tau tak !” Daehyun mencelah.

Dia terus menunggang skuter itu sehabis mungkin. Kelibat para zombi sudah menghilang namun suasana di atas skuter masih kecoh. Himchan dan Zelo masih belum berdamai.

Mereka dah berjaya membuat Daehyun sukar untuk mengawal skuternya. Namun, pemuda itu gagahkan jugak dirinya untuk meneruskan perjalanan. Sesungguhnya, dia perlu menyelamatkan diri dari makhluk pelik yang mengejar tadi.

Tiba-tiba,

“Abang, hati-hati ! Ada van kat depan !” Jongup yang tadinya diam akhirnya mengeluarkan suara. Suaranya membuatkan Zelo dan Himchan berhenti bertekak dan berpaling ke arah van yang dikatakan.

Van itu laju menghala ke arah mereka berempat tanpa ada tanda ingin berhenti. Bila-bila masa saja, mereka akan dihentam oleh van itu.

 

AHHHHHHH!!!!!!!!!!

Jeritan mereka berempat bergabung dan bergema di seluruh ruang kawasan itu.

 


*Macam ni la bentuk skuter Daehyun tu. Mohon bayangkan keadaan di mana empat orang lelaki naik atas skuter ni. Saya harap, ada logiknya di situ.*


Hai semua ! Chapter 4 is up ! Watak Jongup dalam ni macam lelaki yang lemah dan lembik kan? Hakikatnya, Moon Jongup yang sebenar adalah lelaki yang manly dan ada ABS yang.....(tak boleh habiskan ayat ni sebab speechless). Rasa tak ada mood nak sambung cerita ni sebab kebelakangan ni saya banyak habiskan masa dengan kekasih baru. /Kicked/ Ok.Tipu. Sebenarnya, saya banyak habiskan masa saya dengan membaca manga. Tapi saya bertekad jugak nak sambung dan untuk dapatkan mood tu, saya ulang lagu dan MV One Shot hampir sepuluh kali. Tiba-tiba rasa rindukan B.A.P. Hmpphh ! Ok. Maaf sebab meluahkan perasaan di sini. Akhir kata, terima kasih kepada yang membaca. Kehadiran anda di sini sangatlah dihargai ~~/ throw heart kat semua/ <3 <3

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 1: Sy sendiri rasa nk demam dngr lagu tu.. Kesian ayah yongguk xD
starlightkim_
#2
Chapter 9: Kenapa saya tak pernah tahu pasal cerita yang best sangat ni??nasib baik cik ice cream 95 rekomen kat story recommendation dia dan saya bacanya..memang best sangat..tergelak terkekeh-kekeh saya dibuatnya dengan perangai diaorg semua ni.daebaklah authornim..you are one of my favourite author..
aquariusxpisces
#3
Chapter 9: wahhhh mmg best and saya ketawa² adumakkk....anyway daehyun oppa kenapa tak bagi nombor full hahahahah... rupanya daehyun yg marah yongguk sbb dia lambat hantar bhahahah xD
aquariusxpisces
#4
Chapter 1: aww best dan kelakar sampai sakit perut saya membaca xD
misz_dina #5
Chapter 9: Memang syiok gile baca ff ni.lg2 part kingka ngn jongup..ermm,air sirap pak cha tu ada lg x?boleh sy simpan.mne tau,nanti ade zombie,kite serang la..hahaha sori merapu.pape pon,citer awk mmg jjang
michika
#6
Chapter 9: Ahahahahaha cerite nie hebat xD ...teruskn usaha awak ... saye ktawe x henti2 ..anyway good job /thumb ups/
5days_fin
#7
Chapter 9: lol nama patik di mention... akan patik call sekarang. daebak r cerita awk, smpai mak sya ckp saya giler gelak dpn lappy -_-