intro I : FIRST DAY (Sunbae Ver.)

BANG HIGH SCHOOL - HEROES

 

 

 

Di suatu pagi yang hening dengan ditemani suara burung2 berkicauan, segalanya terasa nyaman dan damai sekali hinggalah… /bgm : bunyi tape rosak/

 

“Mana tali leher aku?” soal Rapmonster panik. “Tadi rasanya ada je atas tilam ni.” Habis berselerak katil dipunggahnya. Segala bantal dan selimut terbang entah ke mana.

“Yah! Asal stoking aku tinggal sebelah je ni?” pekik Ravi yang terkejut melihat stoking belah kanan sahaja yang ada di dalam almari.

Sementara itu, Ilhoon bercekak pinggang sambil memandang uniform sekolahnya yang diletak di hujung birai katil. “Malaun mana pula yang duduk atas baju aku ni?! Memang minta penendang free, habis berkedut.”

Ren yang baru keluar dari bilik air menuju ke meja belajar untuk mengambil minumannya semula namun, “Mwoya?! Kurang asam betul! Habis licin susu coklat aku disedut. Siapa punya angkara ni, aish.”

“Burppp… ops!” Si On cepat2 menutup mulutnya sambil membuat eyes smile manakala Ren sudah merenung maut padanya.

Di katil yang paling hujung. “Hoi bangun! Kau ingat sekolah tu bapak kau punya ke? Dah lewat ni tahu tak?” Jeongmin mengejutkan Sungjae yang masih terbongkang tidur.

Begitulah suasana pagi di dorm Mars, hostel khas Bang High School yang riuh rendah dengan pelajar2 yang bermacam ragam setelah masing2 celik mata.

 

Rumah agam keluarga Kim

“Myungie, bangun sayang.Nanti kamu lewat ke sekolah. Inikan first day, cepat bangun bersiap. Mama dah siapkan pakaian kamu.” Puan Kim mengejut anak tunggal lelakinya itu dengan sabar.

“Tak bangun lagi? Aigoo…” tegur Daehyun yang tiba2 terpacul di muka pintu bilik sambil mengunyah pisang manakala tangan kiri menyeluk poket seluar.

“Entahlah Dae, puas mak cik kejutkan tapi kamu tahu sajalah, bukan main liat sungguh nak kejutkan dia time pepagi ni.” adu Pn Kim yang sudah masak dengan perangai anaknya itu. Selagi matahari belum terpacak meninggi, jangan harap matanya nak terbuka.

Baki pisang terakhir yang berada di tangan kanannya disuapkan ke dalam mulut. “Yum.. yum.. yum.. glup! Hah... Takpe mak cik, biar saya yang kejutkan.”

“Bagus juga tu. Kamu buatlah apa yang patut, mak cik turun dulu sediakan sarapan untuk kamu berdua.” Ujar Puan Kim sebelum berlalu.

Daehyun tersenyum nakal memandang sepupunya Myungsoo atau lebih mesra dengan panggilan L yang masih nyenyak diulit mimpi. “Tak nak bangun ye putera raja sorang ni.” Perlahan-lahan Daehyun menghampiri L dan mendekatkan wajahnya ke telinga L lalu dalam kiraan 3…

“YAHHH!!!” bagaikan terkena kejutan elektrik, L serta merta bangun dari pembaringannya manakala Daehyun sudah tergelak terbahak-bahak. “Oh, kerja kau rupanya. Kurang asam!” marah L sambil menggosok telinganya yang pedih dek gigitan Daehyun lalu dia mengambil bantalnya dan baling ke arah Daehyun.

“HAHAHA… sorrylah beb, itu je ubat paling mujarab untuk kejutkan kau. Sekarang kau bangun bersiap, aku tunggu kau kat bawah ok.” Daehyun sempat mengenyitkan matanya sebelum keluar dari bilik dengan senyuman yang meleret.

 

PIN… PIN…

Zico membunyikan hon keretanya beberapa kali sebaik sahaja dia berhenti di depan sebuah rumah.

“Mana si Kwanghee ni tak keluar2 lagi? Aishhh bersiap ke bersolek?” rungut Baro yang sememangnya tidak suka menunggu.

“Relax ah bro, sekejap lagi keluarlah tuan puteri tu. Kau macam tak kenal dia pulak.” Sampuk Eli sambil melihat cermin sisi kanan untuk menyikat rambutnya untuk yang ke berapa kali entah. /Kalau tak macho lagi tak tahulah -_-/

Zico memandang sekilas Taewon yang duduk disebelahnya. “Apa mimpi kau tumpang aku hari ni?”

“Saja nak bermanja dengan kau.” balas Taewon. “Ah! poyo.” Zico membuat muka menyampah.

“HAHAHA… kereta aku prob sikit. Lagipun takkan tak boleh tumpang adik sendiri?” duga Taewon.

“Boleh. Siapa kata tak boleh.” Zico memaling kepalanya ke tempat duduk belakang. “Korang ada cakap tak boleh?” Baro dengan Eli pantas menggeleng.

“Tapikan hyung.” intonasi suara Zico mula berubah manja dan itu amat difahami sangat hyungnya. “macam bia…”

“Nah.” Taewon menghulurkan sekeping not 20000 won kepada Zico. “Hehe… sayang hyung.” Wang diambil tanpa segan pilu.

Tiba2 pintu belakang kereta dibuka. “Sorry guys lambat sikit.” Ujar Kwanghee dengan termengah-mengah sambil memboloskan diri ke dalam perut kereta.

“Nasib baik. Lagi seminit kau tak keluar tadi, memang kitaorang tinggal.” Ugut Baro.

 

Di luar pintu masuk sekolah.

“Hoi! Kalau ye pun, coverlah sikit mulut tu. Mengalah badak punya menguap.” tegur Mika sambil menyiku tangan Chunji.

“Aku ngantuklah tunggu Youngwon. Dahlah sejuk berdiri kat luar ni.” Chunji menggosok-gosok tapak tangannya berulang kali.

Mika menyeluk kocek sweaternya mengeluarkan sesuatu.

“Amboi sempat lagi. Cermin siapa kau kebas tu? Omma kau? or kakak kau?” soal Chunji yang sudah masak dengan perangai Mika yang sangat mementingkan penampilan tak kira tempat.

“Adalah.” Jawap Mika dengan lagak ala2 diva.

“Good morning.” Sapa Youngwon yang muncul lalu terus memeluk bahu Chunji serta Mika daripada belakang secara tiba2.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alya_yy
#1
Update soon ^^