F I N A L

TRUE HAPPINESS

" Pabo lah kau ! Aku yang bela kau dari kecil , kerja macam ni pun kau tak boleh buat ! "

 

Pang !

 

" Mianhe imo . Jihyo janji akan dengar cakap imo . " teresak esak si gadis itu memohon maaf . 

 

" Kau tu tak habis habis dengan janji janji kau tu ! Kau fikir aku simpati ! " ditolaknya kepala Jihyo sehingga dia tersungkur .

 

" Imo, bukan salah eonni Suzy yang buat . Eonni tak salah . " Suzy saeng tiri kepada Jihyo segera mendakap erat tubuh eonninya akibat takut dimarahi oleh imo mereka .

 

" Korang ni memang mnyusahkan la ! Pergi mampus la ! Herh ! " Wanita itu berlalu pergi selepas menjadikan Jihyo mangsa amukannya .

 

" Suzy tak apa apa ? " ditiliknya stiap inci wajah gebu milik Suzy . Selepas berpuas hati bahawa Suzy tidak trcedera , dia trsenyum .

 

Suzy menangis perlahan tetapi ditenangkan oleh Jihyo .

 

 

" Suzy jangan bimbang ya . Lepas eonnie habis belajar , kita akan lari dari rumah dan mulakan hidup baru jauh dari sini . Jadi , Suzy jangan lah nangis . You have to be strong , okay ? " 

 

Makin kuat esakan Suzy selepas mendengar kata kata eonnie nya . Dia tak sanggup . Menanggung keperitan dunia yang terlalu kejam terhadapnya . 

 

Rasa cemburu selalu hinggap dihatinya pabila melihat kawan kawannya bergelak ketawa bersama keluarga mereka . Dia pun layak menerima semua itu .

 

Hanya eonni kesayangan nya dan imo mereka yang langsung tiada belas kasihan terhadap mereka yang dia ada . Mengapa dia yang harus lalui keperitan ini ? Dia tidak kuat malahan sangat lemah tak berdaya .

 

Jihyo membelai perlahan rambut ikal mayang milik Suzy . Air matanya mengalir meskipun wajahnya tidak menyatakan bahawa dia menangis . Hanya kosong semata mata . Dia harus kuat demi Suzy .

 

-----

 

" Jadi , awak dah cari tempat untuk awak dan saeng awak tinggal ? " soal Kang Gary merangkap chinggu Jihyo .

" Not yet . " Jihyo mengeluh kesal . Gary memandang Jihyo penuh simpati . Dia menepuk perlahan bahu Jihyo .

 

" Don't worry . Aku akan tolong kau cari . Jangan lah sedih , dah macam nenek aku tengok . " seloroh Gary cuba membangkitkan suasana . Jihyo menendang kaki Gary . Gary menjerit kesakitan .

 

" Aku still awet muda okay . " Jihyo membuat gaya ' flip hair ' sebelum meninggalkan Gary yang masih terkinja kinja kesakitan .

 

Gary sempat tersenyum walaupun hakikatnya dia berasa sakit akibat tendangan maut Jihyo .

 

' Aku gembira kalau kau gembira . '

 

-----

 

" Tu dekat situ . Situ situ . Situ la pabo ! " Mrs Ling a.k.a imo Jihyo dan Suzy menarik kuat rambut Suzy .

 

" Kau ni buta ka apa ?! Aku kata dekat situ kan ! " Suzy terangguk angguk . Mrs Ling melepaskan rambut Suzy dengan kasar .

 

Suzy kembali menyusun pasu pasu yang baharu milik imonya dengan teratur di atas rak . Sesekali dia memandang sipi wajah imo nya yang bengis . 

 

Akibatnya salah satu pasu berukiran bunga terjatuh lalu pecah berderai . Suzy mengetap bibir . Dia tahu tubuh nya bakal menanggung kesakitan akibat kecuainya itu .

 

" Yah ! Kau ni memang buta ka apa ?! Kerja macam ni pun tak boleh buat ke hah !? " Mrs Ling menarik lagi rambut Suzy lalu menghentaknya pada rak yang berada di situ .

 

Teriakan dan tangisan Suzy tidak dipedulinya . Amukan nya makin berterusan . 

 

Dia mengambil kaca dari pasunya yang pecah lalu ditorehnya pada betis Suzy tanpa belas kasihan .

 

Suzy menjerit dengan kuat . Sakitnya torehan itu sangat perit . Dia tak mampu berbuat apa apa kerana imonya mencengkam kuat betisnya . 

 

Selepas berpuas hati dengan ' hasil kerja ' nya , Mrs. Ling mencampak kaca yang terdapat darah milik Suzy ke dinding .

 

" Si*lan ! Kalau tak mengenangkan aku akan dapat harta tu , dah lama aku biarkan kau orang ni mengemis tepi jalan ! Menyusahkan aku tak sudah sudah ! Pastikan kau bersihkan kaca tu , anak haram ! " wanita itu menolak kasar kepala Suzy sebelum meninggalkan ruang tamu .

 

Suzy perlahan lahanmengesot dan mengutip kaca kaca tersebut . Air matanya disapu kasar . ' Pabo ! ' Itulah perkataan yang tertera di betisnya .

 

Selesai mengutip dan membuang kaca kaca tersebut , dia cuba untuk berjalan . Tetapi cubaan nya itu tidak berjaya . Hanya kesakitan yang dirasainya .

 

Dia mengambil keputusan untuk mengesot ke biliknya . Dengan susah payah dia mengesot .

 

Mrs. Ling yang ternampak Suzy langsung tidak berasa simpati . Malahan , dia tersenyum puas . Dia masih tidak puas mendera Suzy lalu dia berjalan ke arah anak saudaranya itu.

 

" Dah siap bersihkan ? " hanya anggukan yang dibalas .

 

" Kau bisu ka apa ? "

" Dah siap imo . " 

 

" Eh kenapa dengan kaki kau ni ? " Dengan kejam , Mrs. Ling memijak betis Suzy yang ditorehnya .

 

Jeritan Suzy makin kuat pabila imonya menghentak hentak kakinya pada betis Suzy .

 

" Imo jangan ! Apeun ! Arghh ! " Suzy cuba mengelak dari dipijak tetapi disebabkan betisnya terlalu sakit . Dia tidak berdaya mengelak .

 

" Imo ! Hajima ! " satu suara yang amat dikenalinya menjerit . Jihyo mencampak beg galasnya lalu berlari ke arah Suzy .

 

Jihyo cuba menghalang imonya dari berterusan mendera saengnya . Tetapi tubuh Jihyo pula yang menjadi mangsa tendangan Mrs. Ling . 

 

Tak cukup dengan itu , kepala Jihyo dihentaknya pada dinding sehingga darah pekat mengalir .

 

Suzy tak mampu berbuat apa . Kakinya terlalu sakit untuk bergerak . Hanya jeritan dan air mata yang tidak berhenti mengalir yang dibalasnya .

 

-----

 

" Sampai bila eonnie ? Sampai bila kita nak hidup macam ni ! Selalu diseksa macam binatang ! Mungkin dia layan binatang lagi baik ! Suzy tak tahan dengan semua ni ! Mungkin ada bagusnya Suzy mati ! "

 

Makin erat pelukan Jihyo pada Suzy . Air matanya juga mengalir melihat kesedihan saengnya .

 

" Tak baik cakap macam tu , Suzy . Kita bertahan dulu . Tak lama ja lagi , saeng . Sabar . " darah luka pada kepalanya sudah beku tetapi masih sakit kerana dihentak banyak kali . 

 

Torehan pada kaki Suzy agak teruk tetapi sudah balut oleh Jihyo .Baginya , saengnya lebih penting .

 

' Eomma ... Suzy rindu eomma . Tak layak ka Suzy bahagia ? ' Esakannya makin menjadi jadi .

 

-----

 

" Mana duit kita orang hah ? " Chorong menolak kuat bahu Suzy . Minah di sebelahnya tersenyum jelek .

 

Chorong dan Minah memintanya untuk berjumpa di belakang sekolah berdekatan hutan . Dia hanya mengikut biarpun dia tahu apa yang bakal terjadi .

 

" Aku tak berhutang apa pun dengan kau . Jangan ganggu aku . " Suzy hendak berlalu pergi tetapi di sekat Minah . Chorong menarik lengannya dan menghentak Suzy pada dinding . Tongkatnya terjatuh akibat hentakan itu .

 

" Aku tak kira . Yang penting kau bagi duit tu . Kau minta lah dekat mak bapa kau . Oh lupa , kau ni anak yatim piatu . " Chorong dan Minah tergelak . Suzy mengetap bibir . Pantang bila orang sebut pasal ibu bapanya . Suzy mencekik leher Chorong . 

 

" Lepaskan aku ! Sial ! Lepas ..." tangan Chorong terkapai kapai . Suzy duduk di atas Chorong dan mencekik lebih kuat . Kakinya yang masih sakit tidak dihiraukan . Minah terpaku seketika . Dia mengambil tongkat Suzy dengan pantas . Tanpa berfikir panjang dia memukul kepala Suzy menggunakannya . Dalam sekelip mata , Suzy bertukar menjadi mayat .

 

Chorong terbantuk bantuk . Dia cuba mengambil nafas . 

 

" Apa yang kau buat ?! " Chorong agak terkejut melihat Suzy berlumuran darah di kepalanya .

 

" Aku taktau ! Aku takmau kau mati ! Aku tiada pilihan ! " Tangan Minah terketar ketar . Jari telujuknya menolak kepala Suzy . 

 

" Apa kita nak buat ni ?! Macam mana ni ! " Minah terduduk . Dia takut . Dia dah jadi pembunuh . Chorong cuba untuk berfikir . Dia harus membantu chinggunya .

 

" Kita tanam dia . "

 

-----

 

" Mana Suzy ni ? " Jihyo menjadi gelisah . Saengnya masih belum keluar dari pagar sekolah . Sudah 2 jam dia menunggu .

 

" Eonni ... " Jihyo memandang belakang . Dia tersenyum .

 

" Saeng pergi mana ? Eonni tunggu lama tau tak . " Jihyo agak lega apabila Suzy muncul di hadapannya . Wajah Suzy agak pucat ." Mianhe . Suzy ' balas dendam ' tadi . Tu yang lambat . " jawabnya selamba . Kening Jihyo berkerut .

 

"Apa Suzy mengarut ni ? Tak baik la balas balas dendam ni . Dah jum balik . " Jihyo memimpin tangan Suzy . Mereka berpimpin tangan pulang ke rumah .

 

Dari jauh , pengawal yang berada di dalam pondok mengaru kepala yang tidak gatal . Mungkin pelik melihat pelajar perempuan itu bercakap sendiri .  

 

-----

 

" Balik pun kau . Dah taktau jalan balik ? " Mrs Ling menyapa Jihyo yang baru sahaja masuk ke dalam rumah . 

 

" Mianhe imo . Jum masuk bilik cepat ." Jihyo berkata pada Suzy . Dia cepat cepat memasuki biliknya . Mrs Ling memandang pelik Jihyo .

 

" Gila ."

 

-----

 

" Eonni . Kalau saeng dah tak ada , eonni akan ingat saeng tak ? " Kerja Jihyo terbantut seketika . 

 

" Jangan cakap macam tu . Suzy sahaja yang eonni ada . " Dia menyambung kerja memberus pakaian imo mereka . Sesekali dia mengesat peluh .

 

" Kaki saeng dah baik ? Eonni tak nampak pun tongkat saeng . " 

 

" Hilang . " Jihyomengangguk faham . Sehari dua ni , Suzy sering berkelakuan pelik . 

 

-----

 

" Selamat pagi semua . Semua orang diminta bersabar . Chorong dan Minah dari kelas 6K telah didapati hilang . Ibu bapa mereka telefon saya . Saya harap semua berdoa kepulangan mereka . Pasukan penyelamat sedang cuba mencari mereka . "

 

Dewan menjadi bising semula . Mereka semua sedang berbisik antara satu sama lain . Kebanyakan dari mereka gembira apabila mendengar berita itu kerana Chorong dan Minah merupakan pembuli yang kejam . 

 

Antara pelajar pelajar itu , ada seorang perempuan tersenyum puas . Dia kemudiannya hilang di sebalik barisan pelajar itu .

 

-----Jihyo masuk ke dalam rumah dengan senyuman lebar . Dia telah menamatkan persekolahannya maka boleh lah dia mencari kerja dan menyara saengnya . Dia pun sudah serik dengan penderitaan yang imonya buat pada dia dan Suzy .

 

" Yang kau tersengih sengih macam kerang busuk ni kenapa ? Nak lari rumah ? Sebab habis belajar ? " Mrs Ling tiba tiba muncul di hadapannya . Jihyo menelan kelat air liurnya . Dia tertunduk . 

 

" Err . Tak . "

 

" Memandangkan kau dah habis belajar , tak payah la aku jaga kau dah kan . Jadi aku nak hantar kau kerja dekat pusat hiburan . Jadi pelacur . Dapat juga aku buat duit lepas dah lama aku jaga kau . " Jihyo melopong seketika . Dia memegang kaki imonya .

 

" Please jangan imo . Imo boleh buang Jihyo tapi jangan hantar Jihyo dekat situ . " Mrs Ling menendang kuat Jihyo . Jijik apabila anak saudaranya memegang kakinya .

 

" Aku tak kira ! Aku bagi kau makan , jaga kau ! Lepas tu kau tak balas apa apa ? Jangan harap ! " Jihyo masih tak berputus asa . Dia memegang kembali kaki imonya .

 

" Please imo please ... " Air matanya mengalir deras . Dia tak sanggup . 

 

Mrs. Ling menolah kepala Jihyo . Tak cukup dengan itu , dia mengambil pasu di atas rak yang berdekatan dan menghentaknya pada kepala Jihyo . Darah mengalir . Perlahan lahan mata Jihyo tertutup dan dia rebah .

 

Mrs Ling melopong . Tangannya menjadi sejuk . Dia berlari ke dapur dan mengambil guni yang memuatkan seorang manusia . 

 

Dia bertekad . Dia akan menanam Jihyo yang disangkakan mayat . 

 

Sedang dia mencari guni , tanpa disedarinya Jihyo yang kepala nya masih berdarah memegang serpihan pasu dan menikam Mrs. Ling menggunakan nya .

 

Jihyo terduduk di sebelah mayat imonya . Dia menangis perlahan . Dia sanggup membunuh dari membiarkan tubuhnya dinodai .

 

" Padan muka kau ! Kau dera aku sangat ! Hahah ! Mampus kau tak guna ! " Jihyo menikam lagi imonya dengan bertubi tubi . Dia bagai dirasuk . Apa nak jadi jadilah !

 

" Eonni ... " Jihyo memusingkan kepala nya dengan pantas . Suzy !

 

" Suzy ... Suzy ... Eonni ... " Suzy berlari dan memeluk Jihyo dengan erat .

 

" Eonni ... eonni nak tak ikut saeng ? " Jihyo mengangguk . 

 

" Bawak la eonni ke mana pun . Eonni dah tak larat kena dera . " Pelukan Suzy tiba tiba menjadi kuat . Jihyo mengerang kesakitan . Tulang tulangnya kedengaran seperti patah .

 

Dari rumah tiba tiba mereka berada di dalam hutan . Suzy melepaskan pelukan nya . Kerana tulangnya sudah patah , Jihyo rebah . 

 

" Kita akan hidup gembira eonni . Tiada lagi penyiksaan . Tiada lagi kata cacian . Saeng sayang eonni ... sangat sangat . " Suzy tersenyum lalu hilang . Di sebelah Jihyo , terdapat mayat yang sudah membusuk .

 

Suzy , Chorong , Minah ! Tahu lah dia bahawa Suzy sebenarnya sudah meninggal . Perlahan lahan dia menutup mata , senyuman nya masih dibibir . Sekurang kurangnya dia tak sendirian .

 

THE END


Hai , assalamualaikum . Harap korang suka ff ni . Feel free to upvote/subscribe/feedback . lots of love .

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Chocolate_strawberry #1
Chapter 1: Haha,ff ni besftttt. Sad .. nangis smpai .. sya bru je baca .. kalau awk ada buat ff tntang Jihyo bgitau sya taww .. promote kat sya
NurRahSyaXD #2
Chapter 1: Jinjja daebak!!! Pandai eonnie buat ff... kenal saeng x??? Nama fn saeng Nurul Syahinda... Saeng sukalah baca ff eonnie.. semua best2....
SyiqaYeollie
#3
Chapter 1: so sad....saya suka!!!
hyemipark
#4
Chapter 1: So so sad but happy ending I like it
Hoho Daebak!!
JungJK #5
Chapter 1: padan muka mrs ling tu hah
jeonnamjoo
#6
Chapter 1: too cruel! too sad! too short~ omai, my tears T T
Hajar_EXO
#7
Sedihnya.....