MY HOPE (SAD)

MY HOPE

  J-Hope menggaru kepalanya yang tak terasa gatal itu . "Jieun~ Awak kat mana?" Panggilan J-Hope tiada sahutan . "Jieun! Awak sengaja kan nak sembunyi dari oppa?" Sekali lagi tiada sebarang response . "Hmm,kalau macam tu oppa makan sorang-sorang ya?" Akhirnya,ada juga yang menyahut . J-Hope tersenyum melihat Jieun . Dia mengusap kepala Jieun dengan lembut dan ketawa .

  "Awak memang pantang kan kalau saya cakap pasal makan?" Jieun tidak membalas dengan kata-kata sebaliknya meminta J-Hope untuk mengusap kepalanya lebih lagi . "Jieun nak makan apa? Biar oppa buatkan ya?" Kali ni J-Hope mendukung Jieun dan mencium-cium dahinya .

"Meow~" Balas Jieun ringkas .

  Ya . Jieun hanyalah seekor kucing betina breed persian mix ragdoll . Jieun telah menemani hidup J-Hope sejak dua tahun lepas iaitu selepas kematian omma nya . Omma J-Hope adalah satu-satunya tempat bergantung baginya . Selepas omma nya tiada,hidup J-Hope sunyi . Appa nya pula sibuk 24/7 di office . Jadi,Jieun lah satu-satunya tempat mengadu J-Hope .

 

~~~~~~~~~~

Jieun . Ya . Itu aku . Aku telah dibelai dengan elok . Oleh siapa? Jung Hoseok a.k.a tuan aku a.k.a J-Hope . Ataupun... dia selalu gelarkan diri dia kat aku Hobie oppa,oppa... Hmm,sort of like that la . Apa-apa pun,dia sayangkan aku . Okay,bukan nak perasan tapi aku memang tahu dia sayangkan aku sepenuh hati dia . Dia selalu dukung aku,usap kepala aku,lepas tu cakap,"Jieun-ah,saranghae~" Takpun dahi aku ni dicium bertubi-tubi . 

Aku? Aku mestilah sayangkan dia juga! Aku sayang dia lebih dari dia sayangkan aku . Aku suka personality dia yang cheerful,senyum setiap masa . Entahlah,dia ni special bagi aku . Kalau dia sedih,mesti dia ceritakan kat aku . Dia selalu cerita kat aku pasal dia kena buli dekat sekolah dengan teruk . Aku faham . Hobie oppa,dia ni baik,mungkin memang senang dibuli . Kadang-kadang,sampai menangis dia cerita kat aku . Mungkin terlalu menyakitkan barangkali?

Pujuk . Hmm,semestinya aku pujuk dia . Macam mana aku pujuk dia? Mengiau je,mesti dia tersenyum . Kalau boleh,aku taknak dia tersenyum je . Aku nak dia ketawa sekali . Aku teringin nak jadi manusia . Nak bercakap . Aku nak bercakap dengan Hobie oppa . Aku nak cakap kat dia yang aku sayangkan dia . Itulah impian aku hidup selama ni . Nak bercakap tapi...

AKU TAHU PERKARA TU ADALAH PERKARA YANG PALING MUSTAHIL UNTUK BERLAKU DALAM HIDUP .

~~~~~~~~~~

    Sejak dua menjak ni,Jieun selalu menghilang di hadapan mata J-Hope . Kemana dia pergi J-Hope sendiri tertanya-tanya .

"Jieun~" 

  J-Hope berkerut dan menggigit bibirnya . Dia mula risau . Mana Jieun ni? 

"Jieun,ke mana awak pergi? Awak taknak teman oppa pergi taman ke?" J-Hope mengelilingi ruang tamu dan mencari Jieun di bawah kerusi,sofa,meja,semuanya . Semua tempat dia cari . "Jieun...? Jieun!"

"Meow~" J-Hope menghela nafas lega apabila terdengar bunyi Jieun mengiau walaupun dia tidak nampak kelibat Jieun di hadapan matanya . Jieun menghampiri J-Hope meminta J-Hope untuk mengusap kepalanya . "Yah,Jieun! Lain kali jangan buat oppa risau please? Awak hilang ke mana? Aigoo,tadi oppa baru terfikir nak beli kucing baru gantikan Jieun tau!" J-Hope bermain dengan ekor Jieun . Jieun hanya mengiau perlahan . "Anniya~ Oppa bergurau je tadi . Mana ada kucing lain yang boleh gantikan Jieun~" 

  J-Hope tersenyum seorang diri . "Aigoo,awak ni makin besarlah Jieun! Eii awak tak boleh makan banyak tau lepas ni! Awak kena diet~"

Tiba-tiba pintu utama ruang tamu itu dikuak seluas-luasnya . 

"Appa...? Kenapa appa balik rumah?"

"Sukahati akulah! Ini bukannya rumah kau! Hey,Hoseok . Pergi letak kucing tu kat luar!"

  Jieun mula pucat .

"Appa! Jieun tak bersalah pun..."

"Eish sejak bilalah Hoseok ni suka bela kucing..."

  J-Hope memandang appa nya dengan wajah yang bengis .

"Appa tahu tak Hoseok bela Jieun sejak omma pergi? Itulah! Busy sangat dengan kerja dia kat office setiap hari!" Dengan tergopoh-gopoh,J-Hope mencapai bekas makanan Jieun dan mendukung Jieun pada masa yang sama . "Jieun,kita makan kat dalam bilik ya?" J-Hope berlalu pergi dari situ . Encik Jung masih terkebil-kebil di situ . "Ku...Kucing pun ada nama...?"

-

  J-Hope meletakkan Jieun di atas katilnya . Bilik J-Hope? Takdelah menarik sangat . Biliknya cuma penuh dengan gambar Jieun sahaja . "Jieun-ah,mianhae. Appa memang selalu macam tu... Dia selalu menyusahkan Hobie oppa! Ahhh oppa bencikan dia!" J-Hope mengeluh . Keluhannya berat . "Meow~" Jieun pula hanya mampu mengiau . Kalaulah dia boleh bercakap,nak je dia cakap kat J-Hope yang kita sepatutnya menghormati orang yang lebih tua . Bukan hormat sahaja,kenalah menyayangi mereka juga .

  J-Hope merebahkan badannya ke atas katil . Dia memandang siling putih itu dengan wajah kosong . Berserabut fikirannya sekarang ni . Walaupun tiada masalah sangat pun di dalam mindanya tapi... entahlah . Dia sendiri tak faham . "Jieun,hidup ni... memang susah kan? Kadang-kadang benda yang kita nak tu,mesti tak dapat-dapat . Benda yang kita nak juga terjadi kan? ....... Kan? Jieun..?" J-Hope memalingkan pandangannya ke arah tempat Jieun duduk sebentar tadi . Jieun sudah tiada di situ . Hmm,pergi buang air barangkali?

~~~~~~~~~~

  Entahlah,aku sendiri tak faham . Sejak dua menjak ni,aku selalu bersin berhingus,badan tiba-tiba rasa seram sejuk,tak selera makan... Apa semua ni? Dah tiba ke masa aku? Tak mungkin... Tapi,macam mana kalau betul? Impian aku masih tak tercapai lagi . Wait,impian aku memang takkan tercapai . Impian aku untuk...

Confess kat J-Hope oppa yang aku sayangkan dia .

~~~~~~~~~~

  J-Hope menguak pintu rumah itu seluas-luasnya .

"Jieun! Oppa ada beli mainan baru ni~" Gembira betul J-Hope . "Jieun~~~" Berkali-kali jugalah J-Hope memanggil nama itu . Dia berjalan ke dapur . Selalunya Jieun ada di situ . Tiba-tiba telefon rumah berdering kuat . Dengan pantas dia menjawab panggilan itu .

"Yeobosseo?"

"Ah,Hoseok . Appa..."

"Appa nak apa? Hoseok tengah busy cari Jieun ni!"

"Jieun? Kucing kamu?"

"Appa tahu ke dia kat mana?"

"Ehmm,kucing kamu..."

~~~~~~~~~~

  J-Hope berlari sepantas yang boleh . Dia perlu tiba di hospital haiwan itu cepat . Tak sangka pula Jieun sakit teruk sehingga buang air berdarah dan muntah-muntah . Tiba-tiba mata J-Hope tertumpu ke arah seorang wanita berumur 20an yang berdiri di hadapan sebelah kirinya . J-Hope berhenti berlari dan berdiri di hadapan wanita itu .

"Oppa..." Wanita itu tersenyum kecil .

"Err... Awak ni siapa?"

  Wanita itu menekup mulutnya menahan tangisannya . Tanpa banyak berfikir,dia terus memeluk J-Hope erat .

"Ho...Hobie oppa...." Dia tidak dapat menahan perasaannya dan terus-terusan menangis .

"Sa....Saranghae...." Kata-katanya penuh esakan . Pelukannya pula makin lama makin erat .

"Tak baik awak marahkan dan bencikan appa awak... Dia dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan nyawa saya..." Suaranya sayu .

  J-Hope menolak wanita itu dengan lembut . Dia memandang muka wanita itu dengan pelik .

"Ji...Jieun...?"

  Wanita itu membalas dengan senyuman . Lama kelamaan kelibatnya menghilang di hadapan mata .

  J-Hope tersedar dari mengelamun . Dia perlu ke hospital itu dengan segera .

~~~~~~~~~~

  At last,impian aku tercapai juga . Walaupun masanya singkat,aku sangat bahagia .

~~~~~~~~~~

Hospital For Pet Specialist 

  J-Hope masuk ke dalam dengan terburu-buru . Dia memandang kiri dan kanan . "Appa??" Tiba-tiba seseorang memegang bahunya dari belakang . "Hoseok ." Encik Jung menyapa ringkas .

"Mana Jieun?!"

  Encik Jung memegang pergelangan tangan J-Hope dan membawanya ke satu bilik kecil . Jieun sedang terbaring lemah di atas katil yang berada di dalam bilik itu .

"Jieun!!" J-Hope berlari anak dan memeluk Jieun dengan erat . Badan Jieun terlalu lemah dan tak mampu untuk berinteraksi . 

"Jieun,oppa ada belikan mainan baru untuk Jieun! Nanti,Jieun boleh main sama-sama dengan oppa!" J-Hope sedaya upaya menampal senyuman di hadapan Jieun . Tapi akhirnya dia gagal juga . Air mata tak henti-henti mengalir dari matanya .

      "Oppa...."

Suara itu bergema di dalam kepala J-Hope . Suaranya mirip dengan suara wanita yang J-Hope terjumpa tadi . Dia tercari-cari sumber suara itu .

"Jieun,kamu ke tu?"

  Doctor dan Encik Jung memandang pelik ke arah J-Hope .

      "Gumawo oppa sebab jaga Jieun dengan baik selama ni.."

  J-Hope memandang dalam-dalam mata Jieun . 

"No,Jieun . Janganlah cakap macam ni..."

      "Mianhae,oppa . Jieun takde niat pun nak tinggalkan oppa..."

"Jieun,stop being nonsense!"

      "Jieun tak pernah jumpa tuan macam oppa . Tuan yang sangat baik . Tuan yang sangat sayangkan Jieun ."

  Suara wanita itu seperti teresak . 

      "Be happy on your future life ."

"Wait,what? No Jieun! No! Jieun! Janganlah cakap macam tu! Mianhae,oppa tak jaga Jieun dengan baik selama ni!"

      "Hobie oppa ."

"N...Nae...?"

      "Saranghae ."

"Jieun... Jieun... Yah,Jieun!"

  Tangan J-Hope menggigil-gigil memegang Jieun yang tadi badannya masih suam,berubah menjadi sejuk beku .

"Jieun! Mianhae,selama ni oppa tak jaga Jieun dengan baik... Mungkin oppa tak check kesiahatan Jieun selalu,mianhae Jieun.. Siapa nak teman oppa makan? Siapa nak tengo TV dengan oppa? Siapa,Jieun? Siapa?!!" J-Hope meraung sekuat-kuatnya dan memeluk Jieun dengan lebih erat .

"Ho...Hoseok..." Encik Jung mencuba untuk menenangkan J-Hope tetapi gagal .

  Sayangnya,semua yang sudah lepas pasti takkan kembali .

-

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
scyaheeda
#1
Chapter 1: Huhuhuhuhuhuhuhu tidak!!!! Hampir sebaldi dah ni.. *tipu*.. drama sungguh.. tp kan kesiannya kat Hobie..
chim_jim #2
Chapter 1: Huhuhuhuhuiuhuhuhuhuhoooooooooo ooo
Mwoyaaa #3
Chapter 1: omaigaaaaaaaaaaaaaaaaaddddd sian hobie kuuuuuuuuuuu plssssssssss aku nak jadi jieun(?) lol
ShazDyoHan #4
Chapter 1: sadis T^T huhu
exotic3010 #5
Chapter 1: Sedihnye cite ni
Huuhu :-(
yukiyuyana
#6
Chapter 1: XDDDD BEST EVEN SY RASA HOSEOK MACAM GILA XD
galaxy_here
#7
Chapter 1: Memang daebak lah.
Fanfic awak lain daripada yg lain.
saya suka.
93Hanafayana #8
Chapter 1: Sedihnya,,,T^T
Btw daebak^^
QuincyOat
#9
Chapter 1: Omo..sedihnya story ni. Aisy..bertuahnyalah Jieun dpt tuan sebaik Hopee. Anyway,ff awak daebak!
93Hanafayana #10
Mcm best!! Update eh~