THE RING
Where Did You Come From? 어디에서 왔는지?
Mereka semua selamat pulang ke rumah setelah menemui Yumi dan Jungkook.
"Korang tadi pergi mana?Risau hyung..Ingat kena culik tadi.."tanya Jin.
Jungkook mengeluarkan dompet Suga dari poketnya dan menunjukkannya kepada semua orang."Nampak dompet ni?Dompet ni akan menceritakan segalanya..."Jungkook memandang ke atas..
"Oi, Oi! Ingat ni rancangan TV ke nak flashback flasback segala...Cepat cerita.."
Jungkook pun menceritakan segalanya yang berlaku sewaktu mengejar pencuri sehingga pencuri itu dtangkap.
"Serious?!"
"Betul...Plywood noona la yang belasah pencuri tu!"Semua memandang Yumi yang keluar masuk keluar masuk dari biliknya.
'Kenapa rasa lain macam je...' Yumi menggaru kepalanya yang tidak gatal.'Takpelah, baik aku sambung angkut barang.Mainan perasaan je tu..'
Budak tu..belasah orang??? Badan halus macam tu? Keturunan Bruce Lee kah Yumi tu?
***
Selepas menolong Yumi,mereka semua menghabiskan masa di ruang tamu, menonton TV tetapi apa yang dapat didengari adalah bebelan daripada mereka semua.
"Bosannya!!"
"Boleh mati kalau bosan lama-lama macam ni.."
"Boleh tak kita buat benda lain selain tengok drama yang membosankan ni?"
"Hah!"Kelihatan mentol yang bernyala berada di atas kepala Jungkook yang menandakan dia ada idea.
"Kita tengok citer ni nak?"tanya Jungkook sambil menunjukkan CD cerita hantu yang dia baru beli.
Hhuk!
J-Hope hampir tercekik air liurnya sendiri."Hyung mati nanti siap kau Kookie!"J-Hope memberi amaran.Yang ajaibnya Jimin senyap je..Tak membantah langsung..Kena sampuk ke apa?Sejak bila dia berani ni?
"Ehh,kejap!"Suga menghalang Jungkook dari memasang CD itu.
"Ada apa hyung?"
"Kita tengok tengah malam nanti la..Baru la best~"
"Korang semua memang nak aku ma-"mulut J-Hope ditekup Rap Mon.
"Takpe, kami dah buat keranda siap-siap untuk hyung..Jangan risau~Ada dekat belakang rumah...Jimin hyung pun ada jugak~"sakat Jungkook.
"Hah?Apasal Jimin hyung kena jugak?"
"Jimin hyung kan penakut jugak...Jangan nak berdolak dalih~"
"Ma-mma-mana ada!Jimin hyung tak takut lah!"Jimin membidas kata-kata Jungkook.Padahal dia memang takut pun..Cuma nak tunjuk macho kat Yumi..
"Sementara tunggu pukul 12, kita nak buat apa?"tanya Yumi.Takkan nak layan drama bosan ni.
"V,kenapa ang senyap jek?"Jin pelik sebab dari tadi V senyap je..
"Ok ke tak ni?"Bertambah pelikla si Jin tu bila tengok V tengah merenung pasu bunga dengan mata yang dibuka seluas-luasnya.
"Jap.jap..27,28,29,30!"Kemudian dia menutup matanya.Jin perasan yang V tersenyum sambil mata tertutup.
'Sera
Comments