epilog
Jantung
EPILOG
Dia,
gadis yang berambut ikal mayang itu,
gadis yang memakai baju hitam bersinar itu,
gadis yang bibir dicalit merah itu.
Dia,
sangat indah bagiku,
ibarat bidadari di mataku,
penenang kepada jiwa sakitku.
Dia,
terbaring longlai di situ,
dengan sebilah pisau tertusuk satu,
di kawasan jantung yang dia lubangkan hari itu.
Dia,
tinggalkan satu wasiat untuk aku,
di bawah bantal tidurnya itu,
dirungkaikan satu persatu.
Dia,
gadis penghidap sakit jantung,
yang lebih sakit bila bertemu aku,
kerana selayaknya dia sudah tahu,
tak akan mungkin menjadi milik aku.
Dia,
gadis yang nanti akan pergi,
tapi tak mahu menunggu lagi,
kerana jantung telah dicemari,
"biar saja aku pergi,"
"cinta kamu sampai mati."
NOTA PENULIS
cerita ini sengaja saya akhirkan sebegini. semua persoalan saya percaya telah dijawab. jika perlu kamu baca kembali, silakan. kita tunggu senyuman puas bila kamu jumpa jawapan yang tersulit. terima kasih kerana membaca! tinggalkan saya komen ikhlas, sayang kamu dari hati. muah muah.
panda ri.
Comments