❤..iii..❤

100 Days With Kingka
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

 

 

DUM! DUM! DUM!

 

Tidur ku terganggu apabila mendengar bunyi bising itu. Bila aku angkat kepala dari meja, aku terus nampak budak lelaki kelas aku tengah main baling-baling kertas antara satu sama lain. Aku mengetap bibir dengan geram. Rasa nak campak je meja aku ni dekat budak-budak sengal-sengal depan aku ni. Umur dah 17 tahun, tapi perangai macam budak 7 tahun! Aku menekup kedua-dua telinga aku lalu memejam dengan rapat-rapat kedua-dua mata ku.

 

PAAKK!

 

Ouch! Apa benda pulak ni? Mata aku terus terbuntang luas apabila sesuatu objek telah terkena pada kepala aku. Bila aku pandang bawah meja, aku nampak pemadam papan hitam di bawah kaki ku. Aku dengan pantas memandang tajam kearah sekumpulan lelaki yang bermain kertas tadi. Diorang tengah ketawakan aku. Ketawa dan terus ketawa. Sakit pulak hati aku ni. Aku pantas bangun dari kerusi dan menapak laju ke pintu kelas. Malas aku nak layan budak-budak ni. Selalu nak buli aku. Aku tak pernah kacau diorang. Kenapa diorang suka kacau dan buli aku?

 

Bila aku buka je pintu, aku nampak mamat poyo tu dengan geng-geng dia tengah berdiri dekat pintu kelas. Aku tiba-tiba kaku. Eh? Kenapa dengan aku ni? Selalunya bila bertembung dengan mereka bertiga ni mesti main tolak je badan diorang atau buat tak tahu je. Tapi, sekarang? Ok, so weird~

 

“Kau nak pegi mana?” Soal Jackson dengan muka nak mintak penampar. Sejak bila pulak mamat poyo ni kisah kalau aku nak pergi mana-mana? Nak tunjuk gentle depan aku ke? Tch! Sekali aku humban dalam loji tahi, baru kau tau.

 

“Kau pehal sibuk? Tepilah!” Aku jegilkan mata ku padanya. Seriously, aku rasa macam nak tenyeh muka dia kat lubang jamban.

 

“Aku cuma tanyalah, bebal..bengap,” Pergh! Menusuk ke kalbu ayat dia weh! Dia ni memang nak kena makan penumbuk aku kejap lagi! Aku tolak dada bidang dia dengan kedua-dua belah tangan aku.

 

“Apa kau cakap?! Bebal?! Bengap?! Kau tu apa? Dah perfect sangat ke?! Dah lah pendek, perasan hensem lepas tu poyo!” Tudia! Terluah segala-galanya. Wajah dia yang kononnya hensem tu  terkena tempias dari air liur aku. Dia ketapkan bibir sambil matanya dipejam. Dia mengelap wajahnya yang kini terkena tempias dari air liur ku sebentar tadi.

 

Yugyeom dan Mark sedang ketawa mengekek di belakang Jackson. Aku hanya memandang sekilas wajah mereka sebelum aku melanggar bahu Jackson untuk keluar dari kelas. Stres. Aku perlu menenangkan fikiran ku.

 

Sampai sahaja aku di atas bumbung sekolah iaitu tingkat paling atas, aku terus melabuhkan punggung ku di kerusi yang selalu menemani ketika aku sedih. Nafas aku turun dan naik. Hidung ku kembang dan kempis menahan geram. Rasa marah ini masih belum reda dari hati ku. Tanpa aku sedar, air jernih tiba-tiba menitis dari tubir mata ku. Bila kita tengah marah serta merta perasaan marah itu akan menjadi tangisan.

 

“Youngji, jangan nangis. Kau kena kuat. Sabar, Youngji. Kau boleh lalui semua ni..” Aku kesat kedua-dua air mata aku. Aku memandang langit biru sambil ditemani angin lembut. Anak rambut ku perlahan-lahan di tiup angin. 

 

Tiba-tiba sapu tangan putih berada di depan ku. Aku pantas berpaling ke belakang dan ternampak Kevin si budak lembik tu tengah menghulurkan aku sehelai tisu. Dia tengah tersenyum dekat aku sambil membetulkan cermin  mata dia yang besar gedabak dia tu.

 

“Nah, janganlah nangis lagi..” Dia duduk sebelah aku sambil menghulur lagi tisu itu. Aku pantas mengambil tisu itu dan mengesat air mata ku yang mengalir. Sudah 1 minit Kevin berada dekat sebelah aku. Aku pantas menoleh kearahnya.

 

“Baliklah kelas. Kenapa kau masih dekat sini?” Aku pandang dia dengan kening yang bertaut.

 

“Takpa, saya tunggu awak..” Dia sengih dekat aku. Muka dia macam nak kena tamparan halilintar sebanyak 100+ kali dari aku je?

 

“Kau tak payah lah tunggu aku! Kau balik jelah kelas. Nanti cikgu masuk kang,” Aku pandang muka dia. Aku kerutkan dahi sekali lagi. Dia tengah mengelamun pandang aku sambil tersengih macam kerang busuk. Aku tunjal dahi dia sehingga dia tersedar dari lamunannya sebentar tadi.

 

“Kenapa kau tenung aku cam tu?”

 

“Err.. takda papelah. Err..err, aku balik kelas dulu!” Dia bangun dari kerusi. Aku dari jauh memandangnya. Pelik betul budak lembik ni. Macam ada rahsia je dia simpan dari aku. Aku palingkan wajah semula ke depan sambil di temani angin lembut.

 

“Youngji!” Aku tolehkan kepala aku ke belakang lagi apabila nama aku di sebut.

 

“Apa lagi?!” Aku pandang dia dengan pandangan tajam.

 

“Balik ni saya nak balik dengan awak, boleh tak?” Aku diam kejap sambil pandang dia dengan mata yang terkedip-kedip. Patut ke aku terima perlawaan dia tu? Selalunya aku akan balik sekolah seorang diri, lepas tu naik bas sorang-sorang. Takda berdua-duan pun dengan sesiapa. Aku rasa patut kot aku balik dengan dia. Dia kan budak baik.

 

“Ok lah. Kita balik sama-sama,” Jawab aku dengan sengihan. Aku tengok muka dia tak berhenti senyum selepas aku bagi jawapan yang aku nak balik dengan dia.

 

“Ok!” Dia terus membuka pintu yang terdapat dia atas bumbung sekolah tersebut lalu berdar dari tempat ini. Aku mencebik lalu menghembus nafas lega. Perasaan sedih sebentar tadi, telah reda sedikit daripada tadi.

 

 

Aku mengetuk pintu  kelas lalu membukanya, kelihatan cikgu di kelas aku telah masuk ke kelas. Aku mengetap bibir lalu menundukkan kepala ke bawah. Langkah kaki terus ke arah meja ku. Dengan pantas aku melabuhkan punggung ku ke kerusi. Cikgu yang berada di depan ku menggeleng-geleng lalu mengeluh. Dia menyambung menulis di papan hitam. Aku mengeluarkan pensil serta buku tulis untuk menyalin nota yang ditulis cikgu di papan hitam tersebut.

 

“Aaaarghhh!! Rantai aku!” Pensil aku tercampak ke belakang iaitu ke meja Myungsoo. Mata aku bulat kerana terkejut apabila terdengar jeritan itu. Dengan pantas aku menoleh kebelakang dan melihat kearah pemilik suara tersebut. Terkebil-kebil aku memandang Jackson. Dia menyelongkar beg sekolahnya sehingga bertaburan semua buku-buku di atas lantai. Semua pelajar-pelajar tertumpu pada Jackson.

 

“Kenapa dengan awak,  Jackson?” Soal guru yang sedang mengajar di kelas ku itu.

 

“Cikgu tak payah sibuk!” Kata-kata itu sangat biadap. Tetapi, aku hanya diam membisu. Aku amati wajahnya yang kini merah. Dia menggenggam penumbuk. Matanya merah meliar ke semua tempat.

 

“Jackson-ah! Aku tahu siapa yang curi rantai kau!” Mata aku terus tepat memandang Hyeri.

 

“Siapa?!” Suara Jackson sebanyak sedikit menakutkan aku. Adakah Jackson seorang lelaki yang garang dan dayus? Oh my gad~

 

Hyeri pandang aku di ikuti Minah dengan senyuman yang penuh makna. Aku mendeguk air liur. Oh no! Malepetaka apa pulak yang melanda aku hari ni?!

 

“Youngji,” Jawab  Hyeri dengan lirikan dan senyuman tanda kemenangan terhadap dirinya. Aku terlopong mendengar pengakuan palsu itu dari mulutnya sendiri. Aku kaku dan memandang Jackson yang sedang memandang tajam kearah ku.

 

“Yah! Apa masalah kau! Hah?!” Aku terus bangun dari kerusi apabila Jackson tiba-tiba mencampak beg ke lantai dengan kasar sambil meninggikan suaranya kepada ku. Aku menggenggam kedua-dua tangan ku dan memandang Jackson yang kini di depan mata ku dengan wajahnya yang bengis. Aku meneguk air liur lagi.

 

“Ma-masalah apa kau ni?!” Aku cuba memberanikan diri untuk meninggikan suara ku kepada Jackson. Dia mencebik lalu memegang erat lengan kanan ku. Aku tersentak di atas perbuatannya merentap tangan ku.

 

“Jangan nak buat-buat tak tahu lah! Kau yang curi rantai aku tu kan?! Mana? Mana?!” Dia terus mengambil beg sekolah ku lalu menyelongkar isi di dalam beg aku. Aku dengan pantas menghalang Jackson dari terus menyelongkar beg aku.

 

“Yah!! Aku tak curilah rantai kau!! Bagilah balik beg aku!!” Aku terus menarik beg ku dengan sepenuh tenaga. Jackson masih lagi berdegil menarik beg aku.

 

“Lepaskan lah!!”

 

“Tak! Aku takkan lepaskan selagi kau tak lepaskan beg aku dari tangan kau!” Aku mengigit bibir sambil kedua-dua mata aku pejam dengan rapat.

 

“Ada aku kisah?!”

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ayunie_98
1k views! :D terima kasih sangat2! :)

Comments

You must be logged in to comment
Didie_BTS #1
Chapter 4: daebakkk!!!!!! authornim!!! update pleaseeeee!!!!! saya ni pembaca baruxD saya pon jackji shipper jugak!!xD
elyshaL #2
Chapter 4: Update soon
hyemipark
#3
Chapter 4: AUTHOR -NIM DAEBAKKK
PLEASE PLEASE PLEASE UPDATE SOON^^
FIGHTING!!!
YoonSooWan
#4
Chapter 4: Woohoo~senang giler die propose youngji jdi gf die~
Hahhaha!! Mesti bnyk kali gaduh nnti><
Update soon~
ClumsyBrain
#5
Chapter 4: Update soon!!! Citer ni best gilerr
Azmaniawati #6
Chapter 3: Update lh cepat !! Best sngat-sngat tak bosan
nzrhhhhh #7
Chapter 3: Tak sabar nak tunggu awak update lagi
whutever #8
update laaa >.<
JinMark_MarkJin
#9
Chapter 3: Chapter 3: Hahaha~~ oklah tu.. taklah boring sgt.. tpi kalo jackson tlg youngji part dia kena buli tu... perggghhh.... >\\\\<