PROLOG
Being Popular30 Disember 2015
snip snip snip.
mataku mencelik memandang keliling
kelihatan seorang lelaki berbaju serba hitam duduk dihadapanku
tidak begitu jarak dariku
sambil memotong gambar untuk dijadikan koleksinya yang merupakan hobinya
kabur tapi cukup untuk mengenali siapa ‘dia’
‘dia’ memandangku dengan penuh kepuasan
‘dia’ mendekati diriku lalu berkata dengan senyuman sinisnya itu
“Selamat kembali, Yoona-ssi”
aku ketawa kosong
walaupun sebenarnya dalam hatiku ingin sekali menangis sekuat hati
sebab kini aku kembali semula disisinya…
yang merupakan satu mimpi buruk kepadaku
Comments