Chapter 12

GHOST fans!!
Please Subscribe to read the full chapter

 

*****

 

" Dua darah lima? "

 

" Sepuluh "

 

" Sepuluh darab tiga? "

 

" Tiga puluh "

 

" Tiga puluh darab lima? "

 

" Seratus lima puluh. Yah hyung, apa bangang sangat semua ni?! Saya dah tak tahanlah dengan benda bodoh ni lagi " Suho yang bagaikan sudah berserabut menyerabutkan lagi rambutnya. Dia terduduk di atas lantai logam hitam yang memerangkap mereka selama ini.

 

" Sabar Suho, hyung tahu ada sesuatu yang kita akan jumpa dalam soalan yang kita dapat ni, cuba bawa bersabar. Kita cari sama-sama " Berlainan daripada Suho, Xiumin masih lagi tenang menghadapi situasi ini. Mungkin fikirannya yang lebih matang.

 

Suho meraup mukanya dan memandang sayu kearah satu-satunya hyung yang bersama dia itu. " Apa lagi soalan dia? "

 

" Tak ada dah "

 

" See? Hyung sendiri nampakkan betapa bodohnya kita ni? Mana ada petunjuk dalam teka teki bodoh macam ni lah! " Suho naik berang semula. Sejujurnya dia tak tahu apa nak dibuat sekarang. Nak diamuk, pada siapa dia mahu mengamuk? Nak menangis, langsung tak berbaloi kerana semua orang juga sedang kesedihan.

 

Kertas yang ditulis tadi diambil geram lalu dikoyak sesuka hati.

 

" Yah, jangan jadi bangang! Lagi kau marah lagilah dia suka kau tahu tak?! " Xiumin pantas menarik lengan Suho. Kali ini memang tak dapat ditahan lagi, Suho betul-betul mengeluarkan air matanya dan terjelepok di bawah.

 

" Tak berguna hyung.. kita dua akan mati juga, kan? " soalnya dengan sedu yang tertahan.

 

Xiumin menggeleng. " Ani, Suho. Kita tak akan mati senang-senang macam ni. Jangan mengalah, tolonglah. Kita cari mereka semua sama-sama dan berkumpul macam biasa semula, hyung yakin boleh. Kau je yang kena kuatka-"

 

" Heh. Hyung yakin sangat? Dengan ni? " Suho memotong percakapan Xiumin dan menunjuk cebisan dari kertas yang dikoyaknya tadi.

 

" Kenapa dengan ni? "

 

" Darah.. dua darah lima, sepuluh. Dua dah terkorban, hyung. Dua dah.." Suho terus menghamburkan tangisnya kali ini, tanpa ditahan lagi. Semuanya terasa sungguh perit.

 

Xiumin bangkit untuk mengumpul cebisan tadi. Dicantumnya semula dan kepalanya ligat berfikir tentang tiga puluh dan seratus lima puluh.

 

Tak disangka teka teki bodoh juga mempunyai petunjuk yang besar, siapa tahu?

 

 

 

Sementara itu, Kris dan Luhan sibuk menyelesaikan sebuah maze. Mulanya tadi mereka berjumpa dengan sebuah pintu bewarna kelabu dan mereka masuk kedalamnya tanpa mengesyaki apa-apa. Sekarang, mereka sudah tersesat di dalamnya.

 

" Kris-ah, aku dah penat ni sumpah tak tipu " Luhan memegang lututnya, sejujurnya dia memang kelaparan sejak mula lagi jadi mestilah tenaganya semakin berkurangan, tambahan pula dah diguna untuk berlari-lari dan menjerit sana sini.

 

" Sabar sikit Luhan, mungkin kita boleh jumpa jalan keluar kat sini? " Kris masih fokus, inilah yang ada pada diri dia yang sebenar, sifat tak mahu putus asa terlalu awal.

 

" Fine.. kau seret aku " ujar Luhan lemah seraya menghulurkan tangan kirinya. Kris hanya menjeling endah tak endah sebelum menariknya juga. " Ah selesanyaaaa " Luhan sudah melekat ditubuh Kris.

 

" Yah! Engkau melekat macam ni macam mana aku nak bergerak? "

 

" Tak payahlah bergerak, kita tidur " Luhan yang mamai itu diluku Kris menggunakan sikunya.

 

" Boleh tak kau berkorban sikit? Tak luaknya tak tidur sekejap daripada kau jadi tidur selamanya, Luhan. Think of it "

 

Okay deep, Luhan terus tegak dan menaikkan tangan kanannya kepada Kris macam berkawad. " Aye aye sir! "

 

" Bagus " mereka meneruskan perjalanan semula. Belok sana dan belok sini tetapi hanya maze kelabu itu yang memenuhi sekeliling mereka. Mahu naik dan meninjau ke arah keluar, maze itu terlalu tinggi sehingga tak terjangkau akal fikiran.

 

" Aku rasa kan, kita ni kena culik bukan dengan calang-calang duh. Hebat punya kerja ni. Kau tengoklah dinding ni, keras dan kukuh. Tinggi pulaktu. Mesti habis banyak duit semata-mata nak culik kita ni.. hadoh tahula aku ni paling handsome pun tak payahlah macam ni. Lain kali sediakanlah makanan ke buah tangan-"

 

" Luhan, aku jumpa sesuatu! " Kris memotong omelan Luhan apabila dia menjumpai sesuatu di dinding.

 

" What what what?? "

 

" 91107 "

 

" Bwoya? Apa benda yang kau merepek tu setan? " Luhan rasa nak marah bila Kris tiba-tiba menggunakan bahasa mereka iaitu bahasa cina. Tak pernah-pernah si Kris ni.

 

" This must be something.." kata Kris. Otaknya ligat berputar apakah maksud dari petunjuk itu.

 

" Clue? "

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Vkookie_
annyeong reader!! rajin rajin lah jenguk story saye ye.

Comments

You must be logged in to comment
minlee123 #1
Chapter 12: sakit tekak nasib baik dah berbuka sbb gelak lawak lah lasung x rasa serem! pasal jimin lawak x sangka ahli bts yg ada ABS ni penakut
GreenDecember #2
Chapter 2: Tao and D.O moment....hahaha....
GreenDecember #3
Chapter 1: Hahaha...sy suka gaya penulisan awak....
Haha...bestlah cerita ni....daebak!!!
GreenDecember #4
Hahaha...bc foreward sahaja dah tergelak....
lyly_ameera #5
Chapter 12: adoooiiii mcm2 hal makhluk sesat ni. hantu pulak boleh tahan sengal nya. memang kelakar lah author nim. sye bila nmpk je tajuk cite ni dh start senyum geli hati. tengok sengal budak2 exo. update soon!
tyhah_nad #6
Chapter 12: Hahahahaha XD boleh pulk berdrama time tgh urgent XD wakakakaa
SongHaBin #7
Chapter 12: Hahahaha.. Part yg chanyeol gendong tao sambil lari 2 paling xtahan. Apatah lg siap berdrama sakan,dgn dialog klasik.. Sya gelak smpai terkentut,sumpah/muka innocent Apa2 pun,harap dpt di update cpat,huhuhu.. You're in danger/uhuk
April1699
#8
Chapter 12: Hahahah Chanyeol ,apahal kau bangang tinggalkan Lay?
happineseu
#9
Chapter 12: Layyy xD, awat kau ikut antu tuhh
Galaxy_fanfan96 #10
Chapter 11: what?? kai kna rasuk ke? abislahhhh
n part kyungsoo trbg tu, spatutnya seram ke lawak? hahahaaa sbb saya trgelak bila baca part tu. trbayang2 kat kpala saya cara kyungsoo trbang sana sini ㅋㅋㅋ