One : First Step

Teacher, saranghamnida!

- Amy -

S
eoul. 
Bandar metropolitan yang sesak pada waktu pagi dengan kereta yang sibuk ingin ke tempat kerja. Pekerja yang berhimpit di dalam tren sewaktu pulang dari tempat kerja. Aku takut, untuk berdiri sendiri dekat sini. Tapi, aku akan cuba! Hwaiting!

Hari ini hari pertama aku akan bertugas di Kingdom High, sekolah berprestij yang ditakluki oleh pelajar kaya raya, pewaris empayar syarikat ibu bapa mereka, golongan bangsawan dan sebagainya. Gugup betul hari ni. Fuhh =.=

Wah! Ini dia sekolahnya! Selepas berjalan dari perhentian bas kira kira 15 minit, sampai jugak aku dekat sekolah ni. Heol, sekolah ni 5 kali ganda lagi besar dari sekolah pedalaman tempat aku kerja dulu.

Oh, sebelum tu, aku Han Amy.

Aku masuk ke kawasan sekolah itu. Rasa segan pun ada, terasa diri aku kecil kat sini. Aku jalan kaki je, tapi budak budak ni ada pemandu.. Ha! Tengok tu! Beg pun disarungkan oleh pemandu! Manja betul !

Sedang aku berjalan, tiba tiba ada satu kereta sport parkir kereta dia betul betul depan aku, aku ingat dia nak langgar.. Sebab dia speed kereta dia bukan main lagi. Tahu lah kereta mahal, malu pulak aku sebab terjerit masa dia speed tadi. Tak guna!

Bumbung kereta sport itu terbuka, seorang lelaki yang..urm kacak lah juga.. meloncat keluar melalui bumbung kereta. Pelajar perempuan sekitar sini terjerit jerit bila nampak lelaki itu.

Lelaki itu senyum lebar dekat aku. "Annyeonghaseyo. Maaflah, saya tak ada niat nak speed tadi, saja je usik awak. Badan awakkan keding macam lidi, mana saya nampak." spontan saja. Eh eh, cili mulut kau kang!

"Songsaenimmmmmm! Good morning!" seorang budak perempuan melambai ke arah lelaki tadi. "Hey babe! Morning!" 

Lepas je mamat bajet tadi panggil budak tu babe, terus budak perempuan tu kena eletric shock, sawan. Kesian aku tengok. Ish ish ish.. 

"Erm, annyeonghaseyo. Saya cikgu baru kat sini," aku bow 90 darjah sambil tersenyum. "Ada saya tanya, siapa awak?" muka selamba. Aish, tak guna tak guna tak guna tak guna!! Eyy , nak jugak aku tendang mamat ni kat ladang lembut kat New Zealand sana. Pfft.

"Saya pergi dulu." aku tunduk lagi sekali dan beredar laju. Ommaaaa sakitnya hati... Orang Seoul ni annoyinggg. 

"Bengang lah tu, sebab tu jalan laju laju... "

Sempat aku dengar dia gelak jahat. Aishhhh tak habis habis nak bahan aku. Heh



 




"Saya jenis yang strict, maafkan saya. Awak tak boleh pakai seluar dekat sini, awak kena pakai skirt, atas peha seelok eloknya sebab ni sekolah berprestij. Kami mementingkan gaya." tegur Madam Hong, guru besar Kingdom High.

Amy hanya tertunduk, malu. Guru guru yang lain semua tertumpu padanya. Ada yang berbisik, tergelak, buat muka kesian...

"Saya faham, puan." Amy mengangguk. "Rambut panjang awak tu, tak boleh ikat, sebab kalau awak buka lagi cantik." Amyhendak menarik getah rambutnya. "Bukan sekarang Cik Amy. Kejap lagi."

Amy memberhentikan tangannya. "Kim Myungsoo mana?"

Myungsoo keluar dari pantri. "Ya saya?"

"Awak tolong Amy ya? Kamu berdua hampir sebaya kan? Mungkin dia akan lebih faham yang sekoah ni tak sama dengan sekolah pedalaman." Madam Hong menyindir. Myungsoo mengangguk sambil senyum sinis.

*Eyy, mamat ni yang cari pasal dengan aku pagi tadi kan? Ouh, badluck Amy..* getus Amy.

Myungsoo berjalan beriringan dengan Amy. Sepi, tak ada sebarang kata, Tiba tiba Myungsoo menarik rambut Amy. "Yah~ Kenapa awak ni?" marah Amy.

"Saya tolong awak patuh peraturan." sengih Myungsoo. "Kalau macam tu, pulangkan getah rambut saya."

"Dah hilang." selamba gajah Myungsoo berkata. Amy hanya menggeleng kepala. Menyampah!



 




Amy nervous gila. Jantung berdegup macam tengah lumba lari. Peh! Mana tak nya, sejak masuk je kelas A, semua pandang dia. Pelajar baru dia, semua pandang dengan pelbagai reaksi.

"Annyeong." muka Amy semanis mungkin. Myungsoo hanya memerhati dari sudut kelas di belakang.

"Nama cikgu, Han Amy. Dulu cikgu mengajar dekat Chungkyuhwan High School. Mungkin awak semua tak pernah dengar sebab itu sekolah pedalaman.." pelajar pelajarnya buat dek, tak layan. Ada sesetengah je yang mendengar

Myungsoo buat tanda potong leher, yang membawa maksud "kita dah tak ada masa"

"Okay itu je. Ada apa apa pertanyaan, boleh tanya." senyum maintainn.

Tiba tiba seorang pelajar lelaki bangun dari kerusi. "Annyeong teacher, saya Haneul.. Ketua kelas ni. Selamat datang ke kelas kami.."

"Wooohhh ucapan panjang wehh.." jerit Woohyundari belakang kelas. Semua tergelak. "Woi gila! Saboorrr lah sengall. Kasi aku berucap dulu." Haneul menunjuk penumbuk. Sekali lagi kelas itu gamat. Amy hanya mendiamkan diri.

"Saya minta maaf cikgu. Saya minta maaf." Haneul mengeluarkan sapu tangan dan pura pura menangis. "Kenapa?" Amy pelik. Haneul duduk semula. Masih pura pura menangis.

"KAWAN KAWAN ! SHOOOT " jerit Key.

Telur, susu, krim, air .. semua bercampur. Mereka membaling semua itu ke arah Amy. Myungsoo merakam momen momen itu bersama kameranya.

Ya, itulah namanya 'ritual guru baru' .



 




< Author's Talk >

Hi :) First Chapter yeayy :D

Subscibee pleasee! :D

I'll do better ^^ I'll tryy

Goodnight :D


 





Date updated ; 10th Dec 14


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet