New Home, New Life

A Werewolf Boy (Remake Version KaiSoo)

United States of Amerika, 2012.

Seorang wanita sedang merapikan dirinya dihadapan sebuah cermin. Dia memerhatikan wajahnya yg telah terlihat guratan kedut disekitar matanya kemudian membersihkan dirinya. Setelah selesai dengan acara mandinya dia pun memilih pakaian yg akan dipakainya pada hari itu. Setelah membelek-belekkan pakaian di dalam almarinya, wanita itupun memilih untuk memakai pakaian yg simple dan mengambil cardigan yg terlihat lusuh untuk disarungkan dibadannya. Hari masih terlihat sangat pagi ketika dia telah selesai menyiapkan dirinya. Dia, wanita itu ialah Do Kyungsoo. 

Kyungsoo sedang menunggu sarapan pagi bersama ahli keluarganya yg lain. Terlihat anaknya yg sedang terburu-buru menghidangkan makanan diatas meja makan keluarga tersebut. 

"Sunmi ah ~ Ibu sangat merindukan cucu sulung ibu. Apakah dia ada menghubungi mu semalam ?" tanya Kyungsoo kpd anaknya.
"Ya dia ada menghubungiku semalam". Jawab Sunmi mengiyakan pertanyaan ibunya.
"Kenapa tidak memberitahu ibu ? Ibu sangat merindukannya". Kyungsoo memarahi anaknya.
"Dia telefon pada pukul 1 pagi semalam dan saya rasa ibu dah tidur waktu itu jadi saya tak sampai hati nak kejutkan". terang Sunmi.
"Adakah dia telah mempunyai teman lelaki yg baru sehingga dia menghubungimu ?" tanya Kyungsoo.
"Nampaknya begitulah. Dia sangat gembira ketika menceritakan tentang kekasih barunya itu". Sunmi menjawab pertanyaan ibunya.
"Apa ?! Dia mempunyai kekasih baru lagi ?! Bukankah saya dah melarangnya untuk tidak bercinta sebelum dia pergi ke Korea ?! Degil betullah budak tu !"  marah Jongwoon suami kepada Sunmi.
"Biarlah Jongwoon lg pun dia sudah besar, sudah berumur 19 tahun jadi dah selayaknya dia mempunyai teman lelaki". pujuk Kyungsoo kepada menantu dan Sunmi mengangguk menyetujui pendapat ibunya. Jongwoon hanya mampu bersabar. 
"Sehun letakkan kakimu dibawah meja dan berhenti main game ! Makan sarapanmu sekarang dan selepas ni pergi bersiap ke sekolah ! Aishh anak ini !" Sunmi memarahi anak lelaki satu-satunya dan Kyungsoo hanya menggelengkan kepala melihat tingkah cucu lelakinya itu.
"Ya ibu, membebel saja ishh". gerutu Sehun dan Sunmi memberikannya death glare. Sehun terus memakan makanannya dgn senyap manakala suaminya hanya menggeleng melihat perangai anak dan isterinya di balik surat khabarnya.Kemudian telefon berbunyi dan Sunmi pun bangun untuk menjawab panggilan tersebut.
"Yeoboseyo ? Oh jadi anda ingin bercakap dengan ibu saya ? Ya tunggu sekejap saya panggilkan. Ibu ! ada seseorang menelefonmu" Sunmi memberikan panggilan telefon itu kepadanya dan dengan gembira Kyungsoo menjawab panggilan tersebut.
"Hyemi ah ~" Sunmi menggelengkan kepalanya untuk memberitahu Kyungsoo bahawa itu bukan Hyemi tp terlambat.Seketika muka Kyungsoo berubah.
"Rumah itu ? Baiklah saya akan datang ke Korea untuk menyelesaikannya". Kyungsoo meletakkan gagang telefon dan memandang anaknya.
"Sunmi tempahkan ibu tiket ke Korea sekarang juga dan ibu akan bertolak hari ini". Sunmi mengangguk lalu beredar utk membuat tempahan tiket utk ibunya ke Korea.


Incheon Airport,Korea

"HALMEONI !!! Saya disini !!" 
Hyemi memanggil neneknya sambil melambai-lambaikan tangannya. Kyungsoo berjalan ke arah cucunya lalu mereka berdua berpelukan.Setelah itu, mereka pun berjalan menuju ke arah kereta Hyemi dan memulakan perjalanan. Handphone Hyemi  berbunyi petanda bahawa ada panggilan masuk dan ternyata panggilan tersebut dari ibunya. Hyemi memasang loudspeaker agar halmeoninya juga boleh mendengar perbualanyan dgn ibunya. Seterusnya, mereka pun sampai ke destinasi iaitu rumah lama Kyungsoo.


Gangwon-do,Hwacheon-gun.

"Jadi disini tempat tinggal nenek dulu ?" Hyemi bertanya sambil berkeliling di rumah tersebut.
"Ya, tapi hanya tempoh yg sekejap sahaja" jawab Kyungsoo.
"Rumah ni nampak menyeramkan sekarang macam rumah hantu" Hyemi berkata dengan suara yg diperlahankan.
"Rumah hantu ? Ia memang begini seperti sebuah rumah yg raksasa saja yg layak tinggal" kata Kyungsoo.
"Berapa umur nenek waktu itu ?" tanya Hyemi.
"Waktu itu, umur nenek masih sebaya kamu dan masih secantik kamu. Dulu....................................."

47 tahun yg lalu.

Seorang lelaki yg tak dikenali datang ke sebuah pondok kecil yg terdapat di samping sebuah rumah. Dia mengambil kunci di dalam poket bajunya dan membuka pintu pondok tersebut. Tidak lupa juga dia mengambil sebatang besi lalu membawa masuk ke dalam pondok tersebut. Di dalam pondok tersebut terdapat beberapa ekor anjing yg sedang menggonggong, tidak dapat dipastikan sama ada mereka lapar atau ketakutan. Namun, tujuan lelaki misteri itu datang bukanlah untuk melihat anjing-anjing tersebut melainkan sesuatu yg ada di dalam bilik di pondok tersebut. Dapat didengar suara geraman di balik pintu bilik tersebut dan kemudian haiwan itu melonglong menyebabkan anjing-anjing yg ada di sana diam ketakutan. Lelaki misteri itu terus mendekati pintu bilik tersebut namun nasibnya malang ketika dia hendak membuka pintu tersebut dia malah mati akibat serangan jantungnya. 
 

Setelah beberapa bulan kejadian itu, terlihatlah sebuah keluarga yg sedang mebawa barang-barang ke dalam rumah baru mereka. Mereka turut dibantu oleh orang-orang kampung yg terdapat di sekitar kawasan itu. Tidak ramai, hanya terdapat dua buah keluarga sahaja yg mendiami perkampungan tersebut.

"Kakak menunduk !" kata Baekhyun ketika dia hendak mengangkat tikar yg sangat panjang dan Kyungsoo serta merta menunduk. Kemudian dia menghampiri barang-barang yg ada di situ dan mengangkatnya.
"Kyungsoo-ya apa yg sedang kamu lakukan ? Biar ibu dan jiran-jiran ini sahaja yg mengangkat barang-barang itu" ibu Kyungsoo melarangnya membawa barang-barang tersebut krn keadaan kesihatannya yg tidak baik.
"Saya tak apa-apalah ibu hanya barang-barang ringan ini sahaja" tukas Kyungsoo.
"Janji hanya barang-barang ini sahaja ya ?" kata Puan Do dengan nada risau. Kyungsoo hanya membalas dengan anggukan.
"Hey hey awak ! Mari ke sini bantu kami mengangkat barang-barang yg berat ini !" panggil Jung ahjussi kpd seorang lelaki yg baru tiba di rumah keluarga Do.Tetapi lelaki itu hanya menatapnya dan memberikan senyuman sinis.
"Tak apa, tak apa biarkan dia. Mari sini saya yang bantu" Puan Do menghampiri Jung ahjussi dan membantunya.
"Lihat ! Rumah yg bagus bukan ? Udaranya juga sangat baik. Villa saya hanya diseberang sana" kata Kris dengan nada yang angkuh kpd Puan Do.
"Terima kasih. Saya selamanya berhutang dengan awak" Puan Do membalas percakapan Kris.
"Ibu, tolong hentikan biarkan sahaja dia" Kyungsoo tidak menyukai apa yg diucapkan oleh ibunya. Kris yang marah terus menyepak bola Chen, iaitu salah seorang budak yg ada di perkampungan tersebut sehingga bolanya terpelanting jauh dari rumah itu.

Ibu Kyungsoo mengajak jiran-jiran tersebut makan tengahari dan berterima kasih kepda mereka krn telah membantu keluarganya. Tetapi Kyungsoo terlihat tidak senang dengan tingkah jiran-jiran tersebut ketika sedang makan. Ibunya tidak melihat reaksinya dan terus bersembang dengan jiran-jiran tersebut. Kyungsoo tahu bahawa seharusnya dia tidak sepatutnya bersikap begitu tetapi dia tidak dapat mengelaknya. Ketika berbual-bual tiba-tiba Jung ahjussi bertanya tentang Tuan Do. Seketika muka ibu Kyungsoo berubah tetapi akhirnya ia menjawab.

"Ayah mereka telah meninggal dua tahun yg lalu" semua yg ada di meja makan tersebut hanya mampu ternganga kecuali Kyungsoo dan Baekhyun. Ketika Kyungsoo hendak mengambil Kimchi Stew tiba-tiba selera makannya hilang ketika melihat jiran-jirannya makan sambil berebut terlebih lagi ketika Jung ahjussi tersedak hingga makanan yang ada di dalam mulutnya bersemburan.
"Saya sudah selesai makan" kata Kyungsoo dengan muka datarnya lalu meminta izin kpd ibunya untuk keluar sebentar mengambil buku-bukunya yg masih belum di bawa masuk. Kyungsoo mengangkat kotak bukunya dan dia terlihat gitarnya yg masih ada di dalam timbuan barang-barang tersebut. Ketika sedang asyik mengamati gitarnya Kyungsoo terdengar sesuatu di dalam pondok di samping rumahnya dan dia hanya merenung pondok tersebut.

Kyungsoo sedang memakan ubatnya manakala ibunya masih berceloteh tentang dua keluarga yg ada di perkampungan itu. Ibunya sangat senang kerana jiran-jiran di sini semuanya keluarga yg baik. Kyungsoo hanya mendengar dan kemudian membaringkan dirinya setelah memakan ubat. Kyungsoo berasa kasihan melihat ibunya yg keletihan lalu menyuruh ibunya tidur. Kyungsoo tahu ibunya pasti penat kerana seharian ini mengurusi kepindahan mereka. SEtelah ibunya keluar dari biliknya, Kyungsoo bangun lalu mengambil diarinya yg diletaknya di bawah bantal. Dia mula menulis di atas diari tersebut : 

"Aku hanyalah sebuah bayangan kegelapan yg tidak dianggap.
Tidak berguna ! Binasa !"
 


Terdapat titisan air mata yg jatuh diatas diari Kyungsoo menunjukkan bahawa dia sangat sedih dengan kehidupannya. Kyungsoo tidak pernah bersekolah lagi apabila dia disahkan menghidap penyakit kanser hatinya. Dia juga tidak mempunyai kawan-kawan menyebabkan dia berasa kesunyian. Kyungsoo hilang semangat untuk belajar membuatkan ibunya risau. Ketika Kyungsoo terus menangis dia terdengar sesuatu dicelah tingkapnya membuatkan dia terkejut dan berhenti menangis. KYungsoo terus membaringkan dirinya tetapi ketuka dia hendak memjamkan mata ada sebuat bayangan di tingkapnya membuatnya terbangun dan terus berlari mendapatkan Baekhyun.

"Baekhyun-ah ! Baekhyun-ah ! Ireona ! Ada sesuatu di luar. Tolonglah bangun dan temankan kakak" Kyungsoo terus menggoncangkan tubuh adiknya.
"Ibu kakak kacau saya tidur !! " jerit Baekhyun yg berasa jengkel dgn kakaknya. Kyungsoo mengedipkan matanya terkejut dengan tingkah Baekhyun. Kyungsoo yang putus asa dgn adiknya lalu pergi mendapatkan ibunya namun dia tidak sampai hati untuk mengejutkan ibunya yg terlihat sgt lena dan kepenatan. Lalu Kyungsoo putuskan utk keluar sendirian sambil membawa besi di tangannya. Kyungsoo melihat sekeliling dan berhenti dihadapan sebuah pondok. Kyungsoo membuka pintu pondok tersebut dan berhenti di hadapan sebuah bilik. Tiba-tiba ada sesuatu yg menerkamnya membuatkan Kyungsoo menjerit dan makhluk itu terus berlari ke arah luar sambil memperhatikan Kyungsoo. 


____________________________________________________________________________________________________________________________________________________
 

Annyeong ! Saya da update tp di sini Kai-nya belum muncul ye and Baekhyun sebagai adik Kyungsoo. Hehe kalau dibaca jln ceritanya mmg sama dgn movie tp hope korg x bosanlah. Maybe saya akan cuba ubah sikit-sikit supaya lebih menarik. Tunggu update yg lain okay ! :)

 



 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet