♥ Stalker ♥
Description
Jung Hana adalah seorang gadis yang biasa-biasa sahaja di Cube Academy. Namanya pun tidaklah popular manapun. Tidak seperti kakaknya, Jung Eunji yang sering menjadi perhatian para penuntut di akademi itu bersama-sama dengan rakannya yang digelar Apink. Para penuntut di akademi tersebut pun tidak mengetahui ikatan di antara Hana dan Eunji disebabkan sikap Hana yang sering menjauhkan diri daripada Eunji ketika mereka berada di sekolah. Sejujurnya, Hana ni seorang yang agak antisosial jika dibandingkan dengan Eunji. Tanpa Hana sedari seseorang yang telahpun menghendap dirinya selama ini kerana penghendap tersebut telah lama meminati Hana. Penghendap tersebut tahu segala-galanya tentang diri Hana sedangkan Hana tidaklah terkenal seperti Eunji. Setiap hari penghendap tersebut pasti akan melekatkan nota di meja Hana dengan pelbagai ucapan. Hana bingung dan tertanya-tanya tentang diri penghendap itu. Siapakah penghendap itu yang sentiasa menghendap Hana.
Foreword
Annyeong!! Hye I'm Yanseob_Ys dah kembali!! Sorry lah sebab saya dah decide tak nak sambung lagi cerita I don't know how to love I just know how to play with love untuk sementara waktu sebab saya dah kehabisan idea untuk cerita tu. and sebagai ganti saya akan post cerita saya yang terbaru untuk reader saya sekalian! Persembahkan Stalker!!! ^^ jangan lupa komen yerr selepas anda baca. why? Sebab saya pun nak tahu pendapat korang tentang cerita saya ni. and saya tak boleh janji untuk update selalu sebab mulai minggu depan saya akan mulakan kerja sementara saya menunggu results SPM saya. hihi.. harap2 korang akan sentiasa bersama saya! Love u all!! and thanks for read my story! ^^
Comments