Puan Facebook
Description
Siapa sangka status facebook mampu memporak-perandakan kehidupan seseorang?
Percaya atau tidak, itulah yang menimpa Se Mina.
"Mulai esok, di hadapan nama aku akan terbit perkataan 'puan'. Who's excited?'
Kehadiran Kim Bobby, iaitu idol rapper dan juga jiran Mina seterusnya menjadi mangsa di dalam kancah penipuan gadis tersebut.
WATAK
Tragedi setahun lalu telah mengukir penyesalan di dalam hati Mina. Bertekad untuk hidup berdikari, dia memilih untuk melangkah keluar daripada zon selesa yang didudukinya kini.
"Cinta ialah hasil – hasil usaha hati yang ingin mencintai, dan dicintai."
Bukan hanya paras rupa, tetapi turut memiliki bakat yang menjunjungnya sebagai artis pujaan ramai.
"Kalau kau benci Hanbin-hyung, kau akan mengelak daripada aku dan...kita takkan ada alasan untuk bertemu lagi."
Kekasih pertama Mina yang menghilang setelah kemalangan sembilan tahun lalu.
"Sejak dari awal lagi, pilihan hati aku ialah...Shinhye."
Comments