One

Temptation

   "Apa?!" Yera bingkas bangun daripada katilnya apabila dia mendengar ayat yang baru sahaja keluar daripada mulut ibunya. Dia bagaikan tidak percaya apa dengan apa yang telah didengarinya. Dia menepuk pipinya dengan menggunakan kedua belah tapak tangannya berulang kali.

 

   “Sudahlah tu, merah pipi nanti. Omma bukannya suruh makan duri ke apa, omma hanya suruh Yera kahwin je dengan anak kawan omma tu… Bukan susah sangat pun.” Puan Gun menghalang tangan Yera daripada menepuk pipinya sendiri. “Lagi pun, Kyungsoo tu baik orangnya. Dia boleh jaga kamu nanti kalau omma dengan appa dah tak ada…” Sambung Puan Gun sambil membelai rambut anak perempuan tunggalnya itu.

 

   “Omma dengan appa nak pergi mana? Omma, Yera ni baru habis belajar… Manalah pandai dalam hal rumah tangga ni.” Yera memuncungkan mulutnya seperti mulut itik milik jiran sebelah sambil memeluk bantal merah jambunya.

 

   “Sudah, jangan banyak mulut. Esok, ikut omma jumpa dia, okey? Kita akan berbincang tentang perkahwinan kamu.” Puan Gun terus beredar dari bilik tidur anaknya sebelum sempat Yera memprotes lagi. Yera melepaskan keluhan kecil lalu merebahkan badannya semula di atas katil dan menekup mukanya dengan bantal yang dipeluk tadi.

..........

   “Kyunggie, dengarlah apa yang mama nak cakap ni…” Puan Do memujuk anak lelakinya untuk keberapa kali tetapi tetap tidak didengarnya. Puan Do mencabut earphone yang disumbat ke dalam telinga anaknya itu lalu menyimpan barang tersebut supaya tidak diambil semula oleh anak lelakinya.

 

   “Esok bangun awal, ikut mama jumpa dengan kawan mama. Kita bincang tentang hal perkahwinan kamu…” Puan Do terus beredar ke dapur tanpa memulangkan kembali earphone anaknya yang diambil.

 

   “Kalau ya pun, pulangkanlah balik earphone tu…” Anak lelakinya, Kyungsoo, memandang ibunya dengan dahi yang berkerut tetapi malangnya dia diendahkan begitu sahaja. Dia mengeluh lalu mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya. Kyungsoo mencari nama seseorang dalam senarai kenalan dan menekan punat hijau apabila dia sudah menjumpai nama yang dicari.

 

   “Jagiya, esok oppa tak boleh datanglah, ada urusan dengan mama, sorry…” Kyungsoo terus meletakkan panggilan kerana dia tidak sanggup mendengar bebelan yang seumpama ceramah di telinganya yang akan diberikan oleh teman wanitanya apabila dia membatalkan temu janji mereka pada esok hari.

..........

Yera dan ibunya melangkah masuk ke dalam restoran yang mewah. Mereka mencari seseorang di dalam restoran itu sehingga Yera menepuk bahu Puan Gun apabila dia ternampak seseorang melambai ke arahnya. Mereka berdua mengambil tempat duduk di hadapan dengan seorang wanita yang kelihatan sebaya dengan Puan Gun dan seorang lelaki yang kelihatan lebih tua sedikit daripada Yera. Beberapa saat kemudian, seorang pelayan datang ke arah meja mereka untuk mengambil pesanan.

 

Puan Gun memesan makanan manakala Yera tidak kerana perutnya masih kenyang. Setelah makanan yang dipesan sudah terhidang mereka mula menjamu selera sambil berbual kosong dan bergelak ketawa. Hanya Yera dan Kyungsoo sahaja yang mendiamkan diri mereka sambil enak memasukkan makanan ke dalam mulut.

 

   “Jadi, inilah bakal suami Yera, ya?” Kata-kata Puan Gun menyebabkan Yera tersedak. Dia mencapai gelas yang berada di sebelahnya dengan pantas lalu meneguk minuman tersebut dengan rakus untuk melegakan tekaknya. Kemudian, Yera memandang seorang lelaki di hadapan yang sedang melihat ke arahnya juga. Mata mereka bertaut seketika sebelum lelaki itu mengalihkan pandangannya. Yera pula mengelap mulutnya dengan kain napkin sambil mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Tiba-tiba, mukanya terasa panas. Dia memegang pipinya sambil menarik dan menurunkan nafasnya dengan perlahan. Dia juga tidak tahu mengapa dia menjadi seperti itu. Malu mungkin? Atau suka

 

   “Nama saya Do Kyungsoo.” Kyungsoo menghulurkan tangannya kepada Yera untuk bersalaman dengannya. Yera menyambut huluran salaman itu dengan senyuman sambil menyebut namanya sendiri. Kyungsoo menarik tangannya setelah Yera memperkenalkan dirinya.

 

   “Jadi, bila kita boleh mulakan persiapan dan tetapkan tarikh perkahwinan mereka?” Puan Do memandang Puan Gun sambil tersenyum.

..........

Hari yang tidak pernah ditunggu oleh dua orang yang akan bergelar sebagai suami isteri, sudah tiba. Mereka memakai baju yang sudah ditempah oleh ahli keluarga mereka. Muka juga telah ditacap dengan pelbagai jenis bedak dan perhiasan sudah melengkapi diri mereka berdua.

 

Yera dan Kyungsoo kelihatan berseri-seri sekali di hadapan mata orang ramai, namun dalam hati masing-masing, tiada siapa pun yang mengetahuinya.  Mereka bukanlah benci, hanya tidak berperasaan sahaja ketika mereka menyarungkan cincin kepada antara satu sama lain.

 

Kini, tibalah saat yang mendebarkan hati mereka berdua, ciuman. Paderi yang ditugaskan sebagai juru perkahwinan itu sudah memberikan keizinan kepada mereka setelah kedua-duanya bersetuju untuk menjaga antara satu sama lain. Kyungsoo menatap mata Yera yang sudah sah menjadi isteri kepadanya. Jantungnya berdegup kencang saat melihat muka Yera yang sudah cantik ditacap dan bibirnya yang sudah dipakaikan pelembap menjadikan jantungnya lagi berdebar.

 

Patutkah dia meneruskan acara perkahwinan itu ataupun lari sahaja? Oh tidak, Do Kyungsoo belum gila sampai ke tahap itu lagi. Dia tidak mahu mencalarkan maruah keluarganya terutama sekali ibunya yang sudah bersusah payah menyiapkan persediaan untuknya. Mahu atau tidak, dia terpaksa lakukan perkara itu juga sekarang. Tangannya mula memegang kedua-dua belah pipi Yera merona merah. Bukan kerana pemerah pipi yang dipakainya tetapi perasaan malu yang membuak-buak.

 

   “Sorry.” Satu perkataan yang dilafazkan oleh Kyungsoo kepada Yera. Yera tidak faham akan maksud ‘sorry’ yang dilafazkan oleh kyungsoo sebelum dia memejamkan matanya dan…

..........

Jongin menepuk bahu rakannya, Kyungsoo apabila soalannya tidak dijawab. Kyungsoo seperti baru tersedar daripada alam keduanya. Dia memandang Jongin yang sudah berkerut lalu Kyungsoo mengangkat keningnya sebelah menandakan dia menyuruh Jongin mengulangi soalan tadi.

 

   “Kau ni, asik termenung je. Aku tanya, kau tak jawab, aku buat lawak pun kau tak gelak…  Ingat Bomi ke ingat Yera?” Jongin mengulangi soalan yang baru sahaja diberi kepada Kyungsoo sekali lagi. Jongin berasa pelik terhadap rakan yang seorang itu, nak kata datang bulan tidak juga sebab dia lelaki lainlah kalau dia perempuan. Nak kata rindu isteri, buat apa Kyungsoo selalu keluar malam-malam, kan? Buruk sangatkah Gun Yera tu sehinggakan Kyungsoo tidak pernah lekat di rumah apabila menjelang waktu malam?

  

   “Buat apa aku nak teringatkan dekat Yera tu? Aku kenal dia pun tidak, alih-alih aku kena kahwin dengan dia pula…” Kyungsoo menjeling Jongin lalu menghirup cappuccino yang dipesan sebentar tadi. Memang salah apa yang baru meluncur keluar daripada mulutnya. Sebenarnya, dia memang teringat akan Yera, cuma sengaja tidak mahu diberitahu kepada Jongin, takut dia akan diejek pula nanti.

 

Mana tidaknya, Kyungsoo pernah berkata kepada Jongin bahawa dia akan berkahwin dengan Bomi, kekasih hatinya walau apapun. Namun, Puan Do telah menghalang sekeras-kerasnya niat suci murninya itu. Kata Puan Do, Bomi tidak menepati ciri-ciri menantu yang dia inginkan, setakat rupa yang cantik, di bawah jambatan pun boleh dijumpai. Tetapi hakikatnya, apabila dia pergi ke bawah jambatan Sungai Han, tidak jumpa pula muka wanita yang cantik-cantik belaka. Muka seperti ikan dugong, adalah. Dia berhasrat untuk menjadikan Bomi sebagai menantu yang terbaik untuk ibunya, cuma mungkin hal itu akan mengambil masa yang lama.

 

   “Sudahlah Kyungsoo, aku balik dulu… Kalau kau nak tidur dekat sini pun aku tak kisah. “ Jongin bangun dari duduknya tanpa menoleh ke arah rakannya. Dia sudah bosan asik keluar sahaja pada setiap malam. Buat apa lagi? Menjadi peneman kepada Do Kyungsoolah, kalau dengan teman wanitanya, tidak apalah juga. Sebenarnya, dia tidak berpunya lagi...

..........

   “Mana pula dia pergi ni? Setiap malam dia keluar, tak pernah nak lekat dekat rumah. Aku ni buruk sangat ke sampai dia tak nak tengok muka aku?” Yera mengeluh sambil meraba-raba mukanya di hadapan cermin biliknya. “Kalau macam tu, aku kena buat sesuatu supaya dia tak nak keluar lagi, hehe…” Muncul satu idea yang dia sendiri tidak percaya bahawa dia akan buat perkara itu. Dia mula mengukir senyuman yang penuh makna di bibir lalu menutup lampu blik tidurnya dan merebahkan badannya di atas katil yang besar dan empuk.

 

Kyungsoo melangkah masuk ke dalam rumah. Senyap. Tiada orangkah? Dia menjenguk ke dapur dan ruang tamu. Kosong. Dia pun bercadang untuk naik ke tingkat atas dan menuju ke bilik tidurnya yang dikongsi bersama Yera, isterinya. Sebelum Kyungsoo memulas tombol pintu bilik, dia melekapkan telinganya pada pintu untuk mendengar kalau-kalau isterinya belum tidur. Setelah dia tidak mendengar apa-apa, dia melihat di bawah pintu. Gelap.

 

Patutlah senyap, sudah tidur rupanya. Kyungsoo terus masuk ke dalam bilik dengan senyap, tidak mahu membuatkan Yera terjaga. Mana dia mahu lari kalau Yera tersedar? Dia tidak pernah bersemuka dengan Yera apabila berada di dalam bilik. Dia hanya melihat Yera yang sudah tidur sahaja setelah dia pulang ke rumah. Kyungsoo mencapai tualanya selepas dia membuka baju tebalnya itu dan masuk ke dalam bilik air. Dia menyegarkan dirinya ebelum masuk tidur. Satu malam lagi dia tidur di atas sofa yang tidak berapa empuk seperti tilam di atas katilnya. Dia tidak pernah tidur sekatil dengan Yera kerana dia takut jika dia ‘terapa-apakan’ isterinya itu. Kalau boleh, dia tida mahu perkara seperti itu terjadi kerana dia sudah berniat untuk menceraikan isterinya dan berkahwin dengan kekasihnya.

 

Cahaya matahari menyinari segenap ruang bilik tidur itu membuatkan Kyungsoo terjaga. Pantas tangannya menghalang cahaya matahari draipada terkena mukanya yang sembap. Siapa pula yang buka langsir ni? Dia bangun daripada sofa yang menjadi katilnya bagi setiap malam dan menuju ke bilik air untuk menyegarkan kembali mukanya. Setelah itu, dia terus turun ke bawah apabila hidungnya terbau sesuatu yang membuatkan perutnya berbunyi.

 

Setibanya dia di bawah, matanya membulat apabila dia ternampak pelbagai jenis makanan yang sudah terhidang di atas meja. Mak aih, sarapan macam makan malam dekat istana…

 

   “Sayang dah bangun?” Kyungsoo tersentak apabila Yera muncul daripada belakang dan memeluk pinggangnya. Mulalah jantungnya bergerak dengan kelajuan maksimum. Mukanya yang putih bersih itu tadi terus bertukar menjadi merah dan panas. Dia panggil aku sayang ke tadi? Kyungsoo cepat-cepat melepaskan tangan Yera yang melingkari pinggangnya. Dia berundur setapak ke belakang apabila Yera mula melangkah ke arah dirinya setapak. Yera mengerutkan muka lalu berhenti. Kemudian dia tersenyum kembali kerana rancangannya masih dijalankan.

 

Yera menjemput Kyungsoo untuk duduk di atas kerusi yang disediakan. Kyungsoo hanya menurut sahaja kerana perutnya yang sudah tidak sabar-sabar  untuk menghabiskan segala makanan yang dimasak oleh isterinya itu. Selama mereka bersama, tidak pernah sekali pun dia memakan makanan yang dimasak oleh isterinya.

 

   “Awak ke yang masak semua ni?” Soal Kyungsoo kepada Yera tanpa menoleh ke arahnya. Matanya kini sibuk melihat makanan yang terhidang. Semua makanan tersebut bagaikan menyuruhnya untuk memakan mereka secepat yang mungkin. Yera mengangguk sambil tersenyum. Kemudian dia menuangkan air jus oren ke dalam segelas cawan dan dihulurkan kepada suaminya. Kyungsoo yang sedang enak memasukkan makanan ke dalam mengambil gelas itu tanpa menoleh dan dia terpegang tangan Yera.

 

Seperti terkena renjatan elektrik, Kyungsoo terus berhenti mengunyah dan mengalihkan tangannya daripada tangan Yera. Kemudian Kyungsoo terus pergi ke dapur dan mencuci tangannya. Dia tidak menjawab pertanyaan Yera yang bertanya mengapa dia sudah tidak mahu makan lagi.

 

Kyungsoo mengipas-ngipas badannya sambil mencapai alat kawalan jauh yang terletak di atas meja bersebelahan dengan pasu bunga plastik. Dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan televisyen dan menukarkan siaran kepada siaran yang dia minati.

 

Beberapa saat selepas itu, Yera pun duduk bersebelahan dengannya sambil bersila. Terdedah sedikit kaki Yera yang putih melepak itu kerana Yera memakai baju yang besar serta seluar yang pendek dan ternampak oleh Kyungsoo. Kyungsoo terus mengalihkan pandangannya ke arah televisyen. Dia cuba menelan air liurnya, tetapi payah sekali.

 

Dia melupakan apa yang dia ternampak sebentar tadi dan mula asyik melihat televisyen pada siaran yang dipilih. Dia leka sehinggakan Yera yang sudah pun baring di atas pehanya pun dia tidak sedar. Tiba-tiba mulutnya terasa seperti ada sesuatu yang sejuk menyentuh bibirnya.

 

   “Argh!!!” Kyungsoo tertolak Yera yang berada di atas pehanya tadi ke atas lantai. Buah tembikai yang dipegang Yera juga jatuh bersama. Mukanya kini sudah merah menyala dan panas membara. Bukan sebab marah, tetapi… Dia sendiri tidak tahu.

 

Kyungsoo segera melarikan dirinya ke dalam bilik dan menguncikan pintu dengan segera. Nafasnya seperti orang yang baru ternampak hantu, padahal hanya isteri sendiri sahaja. Dia meraup mukanya dan meramas-ramas rambutnya. Dia pergi melihat dirinya di dalam cermin sambil menampar pipinya sendiri.

 

   “Kenapa muka aku merah? Ini semua salah dia! Kenapa dia buat aku macam ni? Do Kyungsoo, kau jangan cakap yang kau dah jatuh cinta dekat isteri kau tu. Ingat! Kau akan ceraikan dia dan kahwin dengan Bomi.” Kyungsoo memejamkan matanya seketika. Kemudian, dia teringat akan sesuatu. Mata yang dipejam dibuka kembali.

 

   “Kalau aku jumpa Bomi, mungkin aku akan dapat lupakan dia…” Kyungsoo mencapai telefonnya yang berada di atas sofa di dalam biliknya. Dia mendail satu nombor dan panggilannya diangkat.

 

   “Kita jumpa sekarang…”

 


terima kasih kepada yang sudi menekan subscribe dan meletakkan komen ^_^

To FazzuraDaebak, terima kasih kerana sudi mengupvote cerita ini ^o^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiningStar99
completed! ^O^

Comments

You must be logged in to comment
hanah2212
#1
Chapter 2: Wow. Nice short and simple. Suka suka suka. At first, bila kata Kyungsoo nak kawin tu rasa mcm nak berhenti baca dh sbb rasa mcm tak boleh terima fic Dyo dah kawin. But you prove me wrong authornim. Nice plot . and good luck for your contest too ^^ sweet je Yera ngorat Kyungsoo. Omooooo
saidatulr #2
Chapter 2: woww great story author-nim. thank you for joining our contest. goodluck :)
luckyfree
#3
Chapter 2: Yah.... Sweetnya! Menyesal aku tak baca masa hari yang ko dah update hari itu...
Sweetlah sei... Kyungsoo laki akukan sweet.. Tengoklah bininya( akulah bini dia)
Yah... Ya Yera itu adalah aku.. .
Aku suka gila....
akodorayaki
#4
Chapter 2: warghh!! So sweet!!/gigit tgan D.O/ best betul laa.. sy harap author boleh menang.. ^_^
DarlingLove
#5
Chapter 2: Wuuuuu~~~
Fighting author-nim..
sorry x perasan kau buat cerita baru... xD
Virus_Day #6
Chapter 1: Okay . Best !! Good luck for next chapter !!