Dua

Emergency Love
Please Subscribe to read the full chapter

Minggu ini merupakan minggu akhir dan juga merupakan tahun akhir Derra dan kawan-kawannya di alam persekolahan.Tahun hadapan tidak perlulah lagi Derra berlari ke sekolah kerana terlewat seperti selalu.Yuram dan Yunhui juga tidak perlu juga menunggu Derra di pintu pagar sekolah seperti biasa.

"Yes ! habis juga periksa penggal akhir ni.Aku dah rancang macam-macam nak buat",kata Yuram dengan nada yang gembira."Kau ni yakin betul dengan perancangan kau tu",sinis Derra bersuara."Biarlah dia Derra asalkan kita tak terbabit sama",Yunhui berkata lalu tersenyum.Wajah itu cukup tenang pada bila-bila masa sahaja."Siapa kata engkau orang berdua terlepas daripada perancangan aku? aku dah rancang banyak benda untuk kita buat.Maklumlahkan,cuti panjang-panjang ni kadang-kadang bosan juga",jawab Yuram.

Sememangnya setiap kali cuti bermula,Yuram sahaja yang banyak perancangan untuk mereka bertiga.Jika tidak ke panggung wayang pasti ada sahaja rancangannya.Derra dan Yunhui hanya menuruti sahaja kehendak Yuram walaupun perancangannya kadang-kadang ada juga yang membosankan tetapi disebabkan mahu menjaga hati rakannya mereka merelakan sahaja.

"Derra,sekolah dah tamatkan? jadi,mummy rasa tak ada lagi alasan untuk kamu lari daripada buat kerja rumah",kata Puan Ellie."Alaa..mummy ni Derra baru nak rehat-rehat",jawab Derra dengan nada merenggek seperti kanak-kanak ribena yang mahukan lolipop di kedai runcit Mak Jemah."Sudah,jangan nak malas-malas.Pergi jemur baju tu cepat",arah Puan Ellie yang menunjuk ke arah bakul yang penuh dengan pakaian.

.Langkah yang berat diatur oleh Derra menuju ke arah muka pintu dapur untuk menjemur pakaian yang telah dicuci oleh Puan Ellie."Banyaknya baju mummy basuh hari ni.Selalunya tak adalah aku tengok banyak macam ni.Mummy sengaja agaknya kumpul baju banyak-banyak sebab nak suruh aku buat kerja",omelnya sendiri.

Baju yang pada mulanya penuh di dalam bakul semakin berkurangan,tiba-tiba Derra teringat akan kasut yang dibasuhnya ketika sedang mandi.Derra berlari menuju ke biliknya untuk mengambil kasut tersebut.Dia tertawa sendiri kerana teringat akan perbualan Puan Karen

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
saranghae_xo #1
Chapter 2: Wahhhh, siapakah pemilik kasut yg besar itu?
Keep update authornim~
xD
lissahara9
#2
Chapter 1: wah~~~
agaknya siapa lah pemilik kasut tu ye???
tak sabar nak baca next chapter... ^^
bittersweet4u
#3
Chapter 1: wahahaha.. sy tertanya2 siapa sebenarnya pemilik kasut tu XD
tpi yg plg x boleh blah bila dia komen pasal bdk yg luahkan perasaan dkt dia tu.. pftt rambut sikat tepi..
spe la tu agaknya.. serius mmg tertanya2
fourteenone
#4
Hai^^ awak kena letak malay tag pada cerita awak!
Nanti ramai malay reader boleh baca~