The School's Samseng !

Please Subscribe to read further chapters

Description

" 3H is a class with no future "

The School's Samseng / The School's Thugs

Mengisahkan tentang 3 orang budak samseng yang mempunyai personaliti yang agak sama tetapi berbeza. Perjalanan hidup mereka sebagai pelajar tahun akhir kelas 3H Sekolah Menengah Tinggi Yundae penuh dengan cabaran, jenaka dan kebodohan. Bermula dengan Taehyung dengan sikap miang darjah pecah thermometer, Baekhyun pula dengan perilaku dungunya bagai katak di bawah tempurung dan Daehyun yang kuat makan serta jangan lupa seorang lagi budak tidak berdosa yang diheret sama masuk ke dalam hubungan persahabatan tiga segi mereka.

 

Kehadiran seorang guru baharu yang mengajar Bahasa Inggeris sebagai guru kelas 3H bakal mengubah pandangan mamat-mamat tiga suku kelas tersebut tentang masa hadapan mereka yang katanya gelap bak gerhana matahari. Dalam perjalanan menuju perubahan tersebut, pelbagai kejadian tentang hidup, cinta dan persahabatan telah membuka seluas-luasnya pemikiran anak-anak hingusan kelas tersebut.

 

Foreword

http://static.tumblr.com/0f334dd6b11526e028a88502a46c8eb2/aeytwtv/2fPmsak2p/tumblr_static_untitled-2.png                                                                                                             

Do Kyung Soo                                                                                                                                        

Pelajar tidak berdosa yang ditempatkan dalam persahabatan                                                                

3 orang budak samseng iaitu, Taehyung, Daehyun dan Baekhyun.                                                          

Walaupun perangainya tidak seteruk mana, dia tetap dimasukkan ke dalam                                             

kelas 3H kerana masalah kewangan.                                                                                 

  Bae Saeji

Guru baharu berusia 25 tahun ini merupakan guru Bahasa Inggeris

yang menggantikan Cikgu Hyuna. Seorang yang amat komited

dan berkeyakinan tinggi dalam melaksanakan tugas. Dia berjanji

akan mengubah 3H menjadi sebuah kelas yang disulami tekad dan 

mempunyai masa hadapan yang cerah.

.

Kim Tae Hyung

Taiko Sekolah Menengah Kebangsaan Yundae dan merupakan pelajar samseng kelas 3H.

Seorang yang mudah marah, miang, suka berlaga dan selekeh. Sikapnya yang sering mencari

masalah dengan pelajar samseng dari sekolah lain menyebabkan dia terkenal di seluruh

sekolahnya dan sering dikenakan tindakan disiplin.

http://s9.favim.com/orig/131013/bts-k-pop-korean-kpop-Favim.com-991193.png

Byun Baekhyun

Dia juga merupakan pelajar samseng kelas 3H.

Wajahnya mungkin comel dan nampak innocent terlampau.

Tetapi, disebalik itu, dia sebenarnya seorang yang nakal dan dungu.

Hampir semua warga sekolah dikerjakannya ikut sesuka hati.

http://tarinwish.files.wordpress.com/2013/01/3otjn.jpg

Jung Daehyun

Seorang lagi lelaki pelajar lelaki kelas 3H yang tidak kalah samsengnya.

Makanan itu sahabat baiknya, makan itu hobinya. Ketika lapar, dia mula

beraksi. Semua benda berhampiran pasti akan dihempasnya tanpa

belas kasihan.

http://4.bp.blogspot.com/-lg2xrukJgb0/UluUi4TOfUI/AAAAAAAAAN8/whLtmEfA8-A/s1600/ibf4ZAvvItv3wq+%25281%2529.png

Roy Kim

Guru matematik yang paling tampan dan segak di

Sekolah Menengah Tinggi Kebangsaan Yundae. Rupanya

yang sekacak bintang filem dan pemikirannya yang rasional

menyebabkan para wanita terkejar-kejarkan lelaki ini.

http://onekpop.com/wp-content/uploads/2013/05/roy-kim-spotted-on-a-date_td-si_0.jpg

Bae Chinen

Adik perempuan Cikgu Bae Saeji.

Rupawan, lemah lembut dan baik hati ialah karakternya.

Hanya kerana karakter manisnya itu dia mampu menarik

perhatian kaum adam.

http://img01.cp.aliimg.com/bao/uploaded/i3/378781246/T2DovoXo4XXXXXXXXX_!!378781246.jpg


"Author Note: "

Aku tengok cerita Jepun,pasal pelajar sekolah yang samseng. Terus datang inspirasi haha. So, By the way, enjoy.

 

Credit to :{WENDREAMS} - [Graphics]. OPEN/HIRING

 

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Seasony
#2
Chapter 33: I love this story. Saya rasa nak komen panjang2 tapi speechless! Best sangattt. Menangis!!! I love their friendshipppp. Seriously I love this fanfic!!!!
starlightkim_
#3
Chapter 37: Baru berkesempatan membaca ff ini.awak ada sense of humor yang bagus.buktinya,saya ketawa setiap kali baca lawak bodoh dan sengal taehyung,baekhyun,kyungsoo dan daehyun.ff ini jugs mengajar saya bahawa persahabatan akan tetap utuh dengan perkataan tidak putus asa.memang gempaklah ff ni!^^
Jeon_Taeha
#4
Chapter 33: Dah dekat 3 kali saya baca ff ni. Still takleh move on :'( ending dia terngiang2 dalam kepala..sebenarnya aku ship Taehyung dengan Cikgu Saeji..Hihihi
ddddehyun #5
Chapter 22: Cerita ni antara yang terbaik saya pernah baca!!!bnyak moral yang saya dapat
AsyLai
#6
Ive been reading this fanfic for almost 6 kali dah. This fanfic really teached me about life, about friendship. Walaupun depa ni agal sengal dan bengal tapi they success in finding the meaning of friendship which lead them to be more awesome. This fanfic's mood is alive. Keep up the good work, author-nim. I'll support you! eventho you dontkno me aha
HaniSofiaHana #7
Chapter 28: Fanfic ni memang daebak .Ia mengajar saya erti persahabatan.serious saya baca cerita ni ketawa x habis plus nangis huhu
#Ape la aq merepek ni anyway story ni memang daebak ;-)
hannamarkgot7 #8
Chapter 34: Fanfics ni is the best lah . Menangis woo baca