Awak Tutor Saya

Description

Disebabkan Baekhyun dapat markah rendah dalam ujian Bahasa Inggeris mamanya telah mencari tutor yang dia paling anti . Terdesak punya pasal dia mencari gadis yang merupakan kawan baiknya untuk menolong dia bagi mendapatkan markah yang lebih baik dalam ujiannya yang akan datang . Seorang lelaki dan seorang gadis yang berkawan rapat , betul ke takkan ada perasaan cinta yang bakal wujud diantara mereka ?  

Foreword

" Saeri , tolonglah . Aku merayu kat kau tolong jadi tutor aku . Aku tak nak Puan Shim yang ade misai tu jadi tutor aku . " Baekhyun merayu pada gadis yang sedang ketawa melihat dia tidak tentu arah selepas mamanya menelefon memberitahu Pn Shim yang paling dia anti bakal menjadi tutor bahasa inggerisnya . 

 

"  Lawaklah , kau nie . Aku bukan pandai sangat pun nak mengajar kau . Ala , kau ambik je Pn Shim tu jadi tutor kau , aku sure markah kau lepas nie bukan 30 mesti lepas nie markah kau tu sama macam nama kau Baek percent ( 100%) . " Gadis itu makin galak ketawa melihat muka Baekhyun merah menahan marah . 

 

" Dasar Saeri kedekut . Eh , kau ingat aku takde orang lain ke nak mintak . Sebab aku terdesak sangat aku mintak tolong kau , kalau tak dah lama aku mintak Seohyun Noona ajar aku . " Baekhyun minum Lattenya yang sudah sejuk akibat ditinggal tak bersentuh sejak beli di Kafe . 

 

" Kau nie memang muka tembok kan ? Dahla mintak tolong aku lepas tu marah-marah pulak . Kenapa kau tak mintak tolong dengan " Seohyun Noona " kesayangan kau tu . " Saeri berkata dengan nada sarkastik . 

 

" Dia ade kat New York lima bulan . " 

 

" Okay , kalau aku tolong kau ape benefit yang aku dapat ? " Saeri memandang Baekhyun yang sedang menghabiskan Lattenya . 

 

" Kau .... erm.. Aha , Kau dapat pandang muka aku yang comel nie hari-hari . " Baekhyun buat muka cute depan Saeri . 

 

" Kau nak kena curah dengan Frappuchino nie ke . " Saeri mengugut hendak menuangkan Frappuchinonya pada Baekhyun dan lelaki itu hanya ketawa . 

 

" Sorry . Anggap je la kau buat kebajikan untuk aku . " Baekhyun menunjukkkan killer smilenya . 

 

" Okay , aku setuju . "

--------------------------------------------------------------------------- 

Hi, saya baru kali pertama minat nak menulis fanfic nie . Sebelum nie bace aje . Harap korang yang bace nie comment and subscribe okay .

VIPstar
Sorry , lately sibuk sangat , and dgan writer block . Update seterusnya mungkin akan mengambil masa yang lama . Mungkin ?

Comments

You must be logged in to comment
taeliaa
#1
Hahaha lawak gila part Baekhyun nak kenalkan diri dalam BI tu lol. Update soon :)