Jom main

The Haunted Doll

Bab 6

Jom main

 

Malam ini hujan turun dengan sungguh lebat sehingga kawasan Seoul banjir. Bunyi guruh berbunyi dengan sangat kuat sekali. Nura Kim yang berseorangan di rumah hanya mampu berdoa supaya dirinya selamat sahaja di situ. Nura Kim juga amat penakut akan bunyi guruh. Dia menutup telinganya dengan bantal supaya dia tidak mendengar guruh itu.Tiba-tiba kedengaran bunyi kaca pecah di dapur rumahnya. Nura Kim berlari menuju ke dapurnya untuk melihat.

"Aishh...pecah dah gelas ni..mesti sebab angin yang tiup" merungut Nura Kim

" Lisa di sini... Lisa di sini.. awak jom main bunuh-bunuh.." kedengaran suara kanak-kanak kecil berumur lima tahun

" Hei! sapa tu?sa..sa..pa? takut Nura Kim

" Lisa lah!sapa lagi ada kat rumah ni?"

" Jangan main-main tau! D.O ka? keluarlah!" kata Nura Kim

"Baiklah saya keluar ye" kata si misteri itu

Secara tiba-tiba terdapat kaki yang keluar dari bawak meja makan Nura Kim. Terdapat banyak darah di kaki itu. Dia muncul dengan mengatakan bahawa dia adalah Lisa.

Lisa berjalan dengan tercungit-cungit tetapi laju. 

" Jom lah main awak!" tangis Lisa

"tak!!saya tak nak!tak nak! ni semua just mimpikan?" kata Nura Kim

" Hihi mimpi? masa bila ni mimpi?" kata Lisa

" Tipu! ini semua tipu!!" jerit Nura Kim

"Hahaha!!" gelak Lisa seakan orang gila

 

Rumah Nura Kim dipenuhi darah Lisa yang merah.Lisa menangis sekali lagi. kali ini dia mengeluarkan air mata darah! tiba-tiba tingkap rumah Nura Kim pecah secara satu per satu. Kerusi bergerak dengan sendiri menuju ke arah Nura Kim. Lisa merangkak laju ke bawah meja makan lalu dia duduk bertinggung sambil menghayunkan badannya. Nura Kim perlu mencari jalan untuk keluar dari rumahnya.

Selepas mendapat akal,Nura Kim berlari keluar dari rumahnya.Banjir telah melambatkan larian Nura Kim. Tiba-tiba kakinya ditahan oleh sesuatu yang tidak diketahui. Dirinya di tarik ke dalam air banjir yang dalam sehingga dia sesak nafas akibat kehilangan oksigen. Nura Kim cuba naik ke atas pemukaan untuk mendapat oksigen. Selepas beberapa minit dia bertungkus lumus,akhirnya dia berjaya melepaskan diri dari tarikan tersebut. Lisa hanya melihat tingkah laku Nura Kim dan berkata...

"Kamu takkan pernah jauh dari saya Nura. Saya akan selalu ada bersama awak!" Kata Lisa 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Peacenowar #1
Chapter 13: Habis daa kaa ?? gantung laa . kalau bole update :)
93Hanafayana #2
Chapter 12: Update soon^^
93Hanafayana #3
Chapter 11: Lepas satu, satu..btw update soon^^
93Hanafayana #4
Chapter 10: Gile lah!!...
Btw update soon^^
93Hanafayana #5
Chapter 8: Update soon...^^
Daebak!
rismaKPOPERS #6
Chapter 7: cerita awak menarik . btw, mcm cerita annabelle pulak .
haha
rajin update yahh ?! hehe XD